Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Saturday, April 3, 2010

Makan malam hujung minggu

Salam semua. Baru beberapa minit aku anak beranak balik dari jalan-jalan cari makan (jjcm). Sebenarnya ini kali kedua kita orang makan kat sini. Restoran ni nama dia Huizu Hot Wok, menghidangkan pelbagai masakan chinese food. Lokasinya di Mutiara Rini, Skudai. Kalau sesiapa yg mengidam nak makan masakan cina bolehla ke sini. Ha..sempat juga aku mengambil beberapa keping gambar, jom tengok;


sempat bergambar sementara menunggu makanan sampai


nasi goreng cina yang penuh dengan aksesorinya.

udang goreng tepung yang disaluti dgn quaker oat - rasanya
agak manis sedikit

tomyam sayuran



tengah-tengah hujan ni pun nak juga minum air ais.

Sebenarnya ade dua lauk lagi yg tak sempat nak ambil gambar. Da kelam kabut dengan anak2. Almaklumlah anak aku ni spesis jakon sikit.....mujur zahwah tak buat perangai, boleh la makan dengan tenangnya. Kalau nak makan kat sini, untuk keluarga aku sekali sekali tu boleh la...sebab harganya boleh tahan. Lagipun tekak kita orang ni tetap tekak melayu jugak..tak berapa nak cina.

Akhir sekali, apajua yang anda makan, makanlah yang berkhasiat dan jaga kesihatan anda...
Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang, sebagaimana sabda Rasulullah SAW.


3 comments:

  1. kak, macam sedap aka menyelerakkanlah...........nanti bagi alamat penuh eik..nak rasa lah...tq for sharing

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih atas kesudian berjamu di restoran kami. Kami mengalu-alukan sokongan dan kunjungan tuan/puan. Minta laluan/ izin untuk link your blog entry dalam Huizu Hot Wok Facebook.
    Terima Kasih sekali lagi dari - the Founders of Huizu Hot Wok

    ReplyDelete
  3. Huizu Hot Wok; sama2..lepas ni kalau kita org makan lg bole bg diskaun byk sikit..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails