Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Thursday, March 19, 2009

KLKM tu ape?

Gambar ini dirakam semasa zaman muda-muda di UUM. Di sana setiap pelajar wajib mengikuti aktiviti ko-kurikulum selama 4 semester sebagai syarat untuk tamat program ijazah sarjana muda.

Saya di sana telah memilih mengikuti Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM). Sebabnya, saya memang minat aktiviti lasak ni. Cuma bila da meningkat usia ni, tak larat la pulak nak buat aktiviti lasak.

Untuk makluman, Pengakap Kelana Siswa ini merupakan pergerakan yang berbeza daripada Pengakap Remaja dan Kanak-kanak kerana pada peringkat ini ahli Pengakap akan diberi pendedahan sebagai seorang pemimpin. Pengakap Kelana Siswa hanya ditubuhkan di institusi-institusi pengajian tinggi yang bernaung di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia. Pada peringkat ini ahli-ahli hendaklah mempraktikkan Persetiaan Pengakap, Undang-undang Pengakap dan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dengan tugas-tugas yang lebih meluas lagi.

Kita orang kena hadiri kursus kepimpinan manik kayu 1 hingga 4 bagi melayakkan pentauliahan sijil pemimpin. Aktiviti ini melibatkan perkhemahan, pengembaraan, membuat gajed, malam kebudayaan dll.

Bila dikenang-kenang, rindu pulak zaman belajar kan??? Tapi masa yang berlalu tak akan berulang lagi.


Kursus manik kayu 3 di hutan Sintok UUM



Jangan tak caya, dalam hutan pun ada kuali tau...


Menara ni saya la yang buat....tak caya ke???????????

Wednesday, March 18, 2009

Kenangan di POLISAS

Gambar ini dirakam semasa saya belajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Masa tu zaman muda-muda tahun 1994-1997. Muka pun cute lagi laa... Kat sini saya ambil diploma akauntansi (DAT).

Bila tengok gambar lama-lama ni teringat pulak kat kawan-kawan.

Menjadi amalan di sini setiap semester mesti buat family day untuk course kita orang.. Biasanya yang bertanggungjawab buat ialah Sem 6 la sebab dia orang yang paling senior. Yang junior ni kena pergi kalau tak nanti kena cop dengan senior;..... tak baik la, tak campur orang la, sombong la dan bla bla....

Biasanya kita orang buat kat Pantai Teluk Cempedak @ Pantai Balok (kalau tak silap, lupa pulak nama tempat tu). Tapi Pantai Balok lebih sesuai sebab mempunyai kawasan pantai yang luas. Mudah utk kita orang bersukaneka..

Banyak lagi aktiviti lain. Kalau citer panjang lebar la pulak.

Kawan-kawan, kalau agak terbaca /tertengok blog ni....contact2 la ye....


Pelajar perempuan DAT 94-95


Pelajar lelaki DAT 94-95


Family day97 (masa ni kita orang da sem 6)


Hari usahawan & konvokesyen.....muka masing-masing
da penat tu....tak laku gak...


Jamuan perpisahan kita orang...lepas ni buat
haluan masing-masing


Tuesday, March 17, 2009

Baru balik haji ke?

Tahun lepas, ibu dan ayah mertuaku, balik dari mengerjakan haji. Maka, menjadi kelaziman, Pak Haji dan Mak Haji pulang dengan membawa sedikit buah tangan untuk anak-anak & cucu-cucu mereka. Tidak ketinggalan saya sekeluarga turut menerima buah tangan tersebut. Anak sulung saya dan sepupunya diberi jubah. Seronok lah sangat mereka tu. Apa lagi masing-masing memberikan pose yang menarik entah ape-ape....

Jom tengok keletah mereka..


Untuk mak & ayah semoga mendapat haji yang mabrur....



Abang Hadif & Adik Mirul control 'baik'

Control 'cute.....sangat'

Pak aji-aji yang tak sedar diri.....


Aksi ganas....jangan tiru

Oppocot...nasib baik tak jatuh

Monday, March 16, 2009

Patutkah menerima pemberian orang?

Apabila anda ditanya "Awak nak ke barang ni?". Jawapan yang biasa kita dengar, apatah lagi kalau barang itu bernilai dan berguna, pasti anda menjawab "Kalau orang nak bagi, saya ambil lah"...

Tapi, tidakkah anda terfikir adakah anda berhak untuk memiliki barang itu? Tanpa anda selidik, anda menerima & menggunakannya kerana anda fikir barang itu berfaedah buat anda.

Saya cadangkan kepada anda agar berfikirlah duhulu sebelum menerima pemberian orang. Mungkin sepatutnya barang itu tidak menjadi milik anda tetapi merupakan hak orang yang lebih berhak.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu berfikir halal atau haramnya barang itu.
Walau bagaimanapun, Islam menggalakkan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk bagi meringankan beban yang ditanggung lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

Mereka yang memberi perlulah ikhlas, begitu juga sebaliknya orang yang menerima pemberian perlu ikhlas menerima dengan senyuman dan ucapan terima kasih.

Namun biarlah kita menjadi orang yang memberi daripada yang menerima, kerana tangan di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah.

Friday, March 13, 2009

PESAYA 2009

Pagi tadi kat ofis, Zai (single pentanque), tanya saya "jadi tak gi pesaya tahun ni? Bos da panggil training petang esok"... Saya jawab "tak lah...". sedih juga tak dapat join pesaya (sukan antara yayasan) tahun 2009 ni.. Almaklumlah 2 tahun sekali. Lagi pun tahun ni di buat di Kuantan.....Lagi la sedih....Teringin nak tengok Kuantan..cam ne sekarang. Tempat jatuh lagi dikenang. Saya dulu belajar di POLISAS, Kuantan. Habis belajar, memang tak pernah ke sana lagi sampai leeee ni.

Tahun 2005 (kat Perlis) & 2007 (Melaka) saya dapat pergi untuk
team netball & pentanque.
Bukannya tak nak join.... tapi c
adang-cadangnya nak tambah lagi sorang....jadi tak boleh lah nak lasak sangat.

Ini antara
gambar yang dapat dirakam di pesaya 2005. Hassan (husband saya) turut sama.....takraw & pentanque.

Malam perasmian PESAYA 2005




Pasukan Takraw (hassan paling kiri baris depan)



Sehati sejiwa



Jangan terkejut, dua-dua muka da macam arang....berjemur..



Malam penutup & penyampaian hadiah

SPM .....

Semalam result SPM keluar. Adik Ayu (adik suami yang bongsu) telah ke Sekolah Menengah Sains Bandar Penawar bersama ayah untuk mengetahui keputusan dia. Petang semalam baru husband bagi tahu apa yang Adik Ayu dapat.

Sebelum ni, SPM 2007, adik bongsu saya, Za juga di sekolah yang sama. Sekarang di dia Uitm Shah Alam dalam bidang perundangan.

Untuk Adik Ayu, tahniah atas kejayaan yang dicapai. Apa jua keputusan, Kak Long harap akan menjadi lebih tabah dan lebih success.

Masa adik-adik bersekolah di sini saya, suami & keluarga rajin juga menjenguk dia orang.
Lepas ni...tak lagi la...sebab tak de lagi yang sekolah kat situ...mungkin anak-anak saya pulak kot......

Ni gambar sekitar sekolah, yang baju biru tu la Adik Ayu.

Adik Ayu & Abang Hadif









Mak & Alin

Thursday, March 12, 2009

Edit gambar? Boleh ke?

Boleh .....apa tak bolehnya. Teknologi sekarangkan makin canggih.

Ini lah gambar anak-anak Pak Mat & Mak Miah. Gambar lama 30 tahun yang lepas yang telah diedit semula. Asalnya hitam putih je.... Tapi dah di tacap dengan sedikit warna..... Nampaklah comel sikit dia orang nie.... Kalau tak sememeh je...

Yang paling kiri tu la yang paling comel sekali....my husband; Hassan bin Ahmad. Yang mengedit gambar ni pulak yang tengah tu...

Rombongan ke KL


Minggu lepas, anak sulong saya bagi surat dari cikgu dia. Katanya surat untuk pergi KL. Bukan main teruja lagi, ada ke patut saya tengah drive, di tunjukkan surat tu depan muka saya, nak suruh baca la konon. Tak pasal-pasal kena marah.

Dua tahun lepas Tadika Hikmah YPJ buat rombongan ke KL juga, lokasi; Eye on Malaysia, Aquaria KLCC & Zoo Negara. Jadi kali ni pun abang berharap dapat pergi lagi. Saya & suami apa lagi ugut la dia, kalau nak pergi, tiap-tiap malam kena rajin mengaji & lepas tu baca buku. Itu je la umpan dia, kalau dia malas........tak payah pergi KL. Jadual rombongan bulan April ni.

Tengok lah ni, masa rombongan 2 tahun lepas. Mak Uda dia pun ada sama.



Ngeri juga naik ni beb.......


Abang Hadif di hadapan Eye on Malaysia


Pemandangan waktu malam

Eye on Malaysia dibuka sempena Tahun Melawat malaysia 2007, dirasmikan oleh PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 6 Januari 2007. Ditempatkan di Taman Tasik Titiwangsa KL. Mempunyai ketinggi 60 meter. Tinggi tu... bayangkan kalau anda di gondala paling atas sekali....tiba-tiba terberhenti...... seram sejuk jugak kan.... , juga mempunyai 42 gondola. Sekarang ni dah dipindahkan ke Melaka bermula 8 November 2008.



Ikan pari....besar tu.



Di Aquaria KLCC


Macam tak de perasaan je, pegang burung kakak tua tu...




Hati-hati, nanti singa tu ngaam....


Hadif tu takut kat unta ke?



Cantik tak burung ni?


Friday, March 6, 2009

Boring la..Jom gi pantai


Sekali-sekali jalan-jalan kat pantai ok juga kan.. Saya ni nama je orang mersing, walaupun dekat dengan pantai tapi jarang-jarang nak pergi. Pantai terdekat dengan kampung saya "Tanjung Leman". Kalau sebut nama pantai ni mesti ramai yang dah tahu di mana kampung terdekat tukan?..... Tak yah sebut la...

Biasanya kalau adik ipar dari KL tu balik, rajinlah dia ajak anak-anak buah (anak-anak saya la tu..) gi pantai ni. Jom tengok apa dia orang buat kat pantai.




Si baju oren tu, orang yang paling tak sabar nak mandi..





First time ni, zahrah mandi laut...Takut tu dia...





Acara kuak lentang




Punyala takut nak pijak air, walau didokong pun tetap tak henti nangis. (adik & Pak Abol)

Dari pantai Tanjung Leman ini boleh juga pergi ke Pulau Sibu. Lebih dekat dari sini jika dibandingkan kalau naik bot dari jeti bandar mersing. Saya tak pernah sampai sebenarnye ke Pulau Sibu ni. Almaklumlah tak de orang nak ajak. Pantai dia boleh tahan la cantik dan bersih.



Nampak tak? Tu la Pulau Sibu.




Pemandangan ketika matahari hampir tenggelam.


Apa lagi kawan-kawan, kalau rasa-rasa tersesat kat area Mersing tu ke atau nak gi Tanjung Leman, contact la saya. Bolehlah singgah rumah..


Monday, March 2, 2009

Pentanque

Pentanque merupakan sejenis permainan tradisional Perancis telah diperkenalkan pada tahun 1907. Permainan ini menggunakan bola besi digolek/dibaling boleh dimainkan oleh semua peringkat umur wanita dan lelaki dan di mana sahaja ada tempat lapang.

Permainan ini dimain secara single, double atau triple. Permainan yang melibatkan seora
ng lawan seorang akan diberi tiga biji bola besi masing-masing. Setiap balingan bola besi perlu mensasarkan / menghampiri ke arah bola kecil "jack". Mata akan dikira bagi bola besi yang menghampiri "jack" berbanding bola besi pihak lawan.

Walaupun permainan ini sudah lama diperkenalkan, tapi saya baru mengenali permainan ini. Itu pun kerana saya ingin menyertai "PESAYA" (Sukan Antara Yayasan) ke-8 di Perlis pada tahun 2005. Walaupun pertama kali Yayasan Johor menyertainya, namun berjaya mendapat tempat pertama (Johan bersama Terengganu) kategori perempuan.




Pasukan Pentanque Yayasan Johor 2005


"Johan bersama Terengganu" kerana kami kesuntukan masa untuk pergi ke "final". Tiada pertandingan di peringkat akhir. Yayasan Johor dan Terengganu bersetuju untuk berkongsi tempat pertama. Maka, tempat kedua tiada. Permainan ini tiada had masa yang ditetapkan, asalkan pemenang mencapai mata yang dikehendaki yang biasanya perlu mendapat 13 mata. Sebab itu lah, kadang-kadang ia mengambil masa yang
lama untuk satu-satu perlawanan.

Apa macam? Ada gaya tak?



Sedang melihat bola besi siapa yang paling dekat dengan "jack"

Related Posts with Thumbnails