Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Friday, June 22, 2012

Motivasi Jumaat

Kegirangan tidak terletak ketika 
memotong padi,
tetapi kegirangan adalah memotong
padi tanaman sendiri.

Dari jiwa manusia bukan tumbuh 
kerana upah,
tetapi kerana kerja yang 
sewajarnya mendapatkan upah.




Apa2 pun semoga kerja kita sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Mencari rezeki di muka bumi Allah dengan cara yang sah. Tidak mengambil hak orang lain. Kerana dengan hasil inilah kita akan menyara keluarga kita, anak2 kita... Bagaimanakah kalau kita menyara mereka bukan dengan harta yang bukan milik kita?.. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita. Amin..

Monday, June 18, 2012

Cuti 2012 @ CH

Perjalanan bermula:
Sabtu 2/6/2012 - 4pm Pulai Indah, JB - 6pm Felda Sibol - 9pm Bukit Gambir, Muar
(hantar atok dulu balik umah dia)


Ahad 3/6/2012 - 9.30am Bukit Gambir, Muar - 2pm Kuala Lumpur International Hotel, KL.
Sampai hotel kena tunggu 1 jam setengah - bilik belum siap dibersihkan. Hawis pulak
da buat kuih.  
Gi KL dulu sebab esok ader bengkal kat UTM, Semarak.

Isnin 4/6/2012 - 8am bergerak ke UTM (tinggalkan cikgu hassan & anak2 dgn dibantu mak mertua)
1.30pm - Bengkel selesai.

2pm - UTM, Semarak - Simpang Pulai - 6pm Brinchang, Cameron Highlands.
Check in hotel Rosa Pasadena.
(malam nie rehat saja tak mo gi mana2, hilangkan penat jap)



                                        Hadifah Zahwah                      Hadifah Zahrah

Selasa 5/6/2012 - 9am turun breakfast. pastu gi jalan2 beli 
apa yang patut. Ikut hati mcm semua nak beli bawa balik.
12.30pm check out hotel - 1pm Ros Chalet, Kg Taman Sedia, Tanah Rata.


Chalet, ok la, sebab dpt bilik yang kecil, yg lain semua da penuh. Paling 
best, dekat dgn stoberi farm, tuan punya chalet pun ade.
Sblm check in chalet, lepak dulu kat gerai & stoberi farm pemilik chalet.
pergi juga kat kebun2 stoberi yg sederet tu.
Paling seronok, petik buah strawberi. Anak2 aku paling suka, sampai
yg x masak pun nak di petiknye.
Anak2 mcm jakon makan stoberi ngan coklat, nyum...sedap...





Habis petik baru check in 2pm.

3.30pm Taman Agro Teknologi MARDI.
Sangat cantik, rasanya banyak lg kawasan taman yg kami x pergi.
6pm balik chalet.







8pm - jalan2 gi pasar brinchang, (tinggal hawis & mak mertua di chalet)
 tp x dapat, sebab x de parking. Puas juga tawaf 3 kali. 
 Tak de rezeki.
So, patah balik, turun Tanah Rata, x brp menarik sgt malam di sini, 
kami makan saja.
Siap mkn mak mertua kat chalet call, hawis nangis, sian hawis demam
Bergegas balik chalet.


TIDUR............

Rabu 6/6/2012 - 9pm siap2 check out chalet. 
Sblm balik sekali lg pegi petik stoberi & 
terus gerak balik JB, turun ikut Tapah. 
Singgah sekejap di Bharat tea.



Cuti yg seronok, tp tak puas sebab condition Hawis yg x brp nak sihat. 
Dia mula demam hari Sabtu sblm naik Cameron. 

Apa2 pun Terima Kasih byk2 buat Cikgu Hassan.



Wednesday, May 30, 2012

Apa ada dalam hidungnya?..

Assalamualaikum
Ini adalah kisah anakku Hadifah Zahwah & kisah ini telah berlaku beberapa minggu yang lepas. Alkisahnya balik dr IOI Mall, Kulai selepas menghadiri gathering sekolah lama, 5 mei lepas, lebih kurang jam 6.00 ptg, sesuatu telah berlaku kepada zahwah. Ada sesuatu dalam lubang hidungnya? apakah dia? dan bagaimana benda tu berada di situ?


Aku dan cikgu hassan sangat panik, apatah lagi Zahwah menangis kesakitan. Asalnya aku tak tahu apa yg ade dlm hidungnya, & cuba nak keluarkan dgn cara menekan hidungnya seakan2 menyuruh anak menghembuskan hingus.  Rupanya, tindakan aku semakin menyakitkan zahwah, dan dia semakin menjerit & menangis.


Lantas, aku minta handphone cikgu hassan sebab handphone dia je ade lampu.  Bila disuluh, aku nampak hijau2 & masih tak dpt mengenalpasti, apakah itu, begitu juga dgn cikgu hassan. Kami beberapa kali menyuruh zahwah menghembusnya, tp tak keluar juga. Akhirnya kami terpaksa ke hospital besar & agenda seterusnya utk ke danga city mall terpaksa dibatalkan. Sampai hampir ke jam 7 ptg. Faham2 je la, kami terpaksa menunggu lama sehinggalah jam hampir 10 malam, baru dapat jumpa doktor. Pd masa ini aku & anak2 yg lain x sanggup menunggu dan duduk sahaja dlm kereta, apatah lg baby Hawis pun mula merengek. 


Cikgu hassan sahaja yg menemankan zahwah. Sampai di bilik doktor, hanya dgn 5 kali hembusan, akhirnya, keluarlah benda tersebut dr lubang hidung zahwah.  Alhamdulillah doktor kata, tiada apa2 kecederaan dlm hidungnya... Cuma agak tension kerana terpaksa menunggu lama. Mungkin kalau kami tidak panik dan terus berusaha mengeluarkan dgn menyuruh zahwah menghembus beberapa kali, mungkin kami tak perlu menunggu begitu lama. Tapi tak pelah, seelok-eloknya kita serahkan kepada yg pakar. 


Inilah benda yang dimaksudkan.......Aku tak tahu dari mana zahwah dapat benda nie.  Tapi menurut kakak dia benda nie dia jumpa di tempat permainan IOI Mall, ader 2 biji. 1 biji lagi kakak dia dah buang. Hai..macam2 anak2 ku ini...


Sebiji manik berwarna hijau

Wednesday, May 16, 2012

Deko2 - Selamat Hari Guru 2012

Assalamualaikum. 

'Selamat hari guru'

Aku ucapkan kepada semua guru2, dan para pendidik di seluruh Malaysia. Diharapkan, setiap guru2 akan menjadi insan yg lebih gigih untuk mendidik anak murid menjadi insan2 yg berguna kepada agama, bangsa dan negara, terututama dlm kehidupan moden skrg. 



Tak lupa juga buat guru2 taska Akid yang bersusah payah menjaga keempat2 anak aku.  Dgn harapan dapat menjaga dan menunjuk ajar anak2 ku sebaik-baiknya.  Jarang sekali, bila tiba hari guru, aku sibuk nak buat ole2 utk cikgu2 anak2 aku. Nak senang beli je kat kedai.

Tapi, tahun nie, aku terlebih excited menyiapkan hadiah utk guru2 di taska. Jom tengok apa yg aku sibukkan tu.  Harap2 cikgu2 semua suka pemberian yg tak seberapa nie.  Masa penyediaan mengambil masa kira2 4-6 jam.. huhu ....lama tak?...Tapi aku suka. Teringat balik zaman sekolah dulu2...


       
                      1. Bentuk love,bulat2 & bintang yg digunting.          2. Proses menampal-guna
                                                                                                       mangkuk polistrin je.

                  
                                  3. Buat kad                                  4. Tampal2 lagi-gambar anak2 pulak

5. Masuk kan coklat...nyum..nyum..
                               
6. Proses membalut, paling aku x reti.

7.  Da siap....Opppss..kena tambah lg 2 utk cikgu abang long




Thursday, May 3, 2012

Selepas PESAS 2012

Assalamualaikum,
Citer selepas PESAS 2012.......Kecederaan lutut aku semakin teruk. Aku hanya pergi ke klinik selepas 3 hari PESAS berakhir. Itu pun sebab tidak dapat menahan sakit. Ingatkan bole la dapat mc 2 hari, Khamis dan Jumaat. Malangnya 1 mc pun tak dapat. Diberinya aku ubat sendi perlu dimakan 2 bulan, ader juga ubat urat saraf dan tahan sakit. 

Ubat dari klinik


Selepas 5 hari makan ubat, sakit masih tak kurang. Cikgu hassan cadangkan pergi dukun patah. Dukun patah nie katanya glamour kat JB nie. Sblm nie  cikgu hassan pernah bawa anak aku yg sulung ubat jari dia yg bengkak akibat jatuh kat bilik air,...memang ramai org,cikgu hassan cakap.

Isnin 23 april, aku cuti lagi. Ptg barulah aku ngan cikgu hassan ke dukun patah di Ungku Mohsin JB. Sampai da pukul 5 ptg. Nampak mcm ramai org.  Ambik2 giliran dpt no.38....Alamak...dlm kepala fikir sempat ke nie, nak ambik lagi anak2 dr taska sblm 7 ptg.  

Akhirnya kami tunggu dan lihat.  Rupanya no giliran skrg baru 16. Percaya @ tidak, giliran aku dipanggil jam 6 ptg. Bermakna 1 jam je aku menunggu.  Punye la cepat. Apa taknye, purata dia mengubat seorg pesakit dalam anggaran tak sampai 5 minit.

Tiba giliran aku, aku ckp dua2 lutut aku sakit sebab bersukan. Dalam dia dok tanya2 kat aku sambil pegang lutut aku, terus je dia rentap kaki aku. Apa lagi menjeritla aku...'keletup'...lebih kurang la bunyi lutut aku tu.  Huhuhu...sakit giler masa dia rentap.  Tapi alhamdulillah, sakitnya berkurang. Khamis naik kerja, da boleh da sikit2 naik turun tangga. Nak tahu tak berapa harga yg kena aku bayar?...Untuk 1 lutut RM40, so 2 lutut RM80. 

Aku sempat gak ambik video di sekitar tempat dukun nie...dia tak la eksklusif mana pun, kat bawah kolong je..hehe, aku pun mcm tak caya je tempat nie. Ko org bila tgk video nie, jgn fikir yg bukan2 pulak ye. Yg pakai singlet hitam tu org yg sediakan ubat, yg akan dibalut di tempat yg sakit.  Perempuan cina tu pembantu dia utk urusan pembayaran. Dan terdapat beberapa orang sedang menunggu utk dirawat.


Oklah...ini semua adalah kenangan PESAS 2012. Jika dipanjangkan umur jumpa lah PESAS tahun depan.  Amin..
Wassalam.


Thursday, April 26, 2012

Berlangsungnya PESAS 2012

Assalamualaikum,
Sambungan PESAS (Pesta Sukan Antara Staf) 2012 lagi...  PESAS kali ini terdiri dari 4 kumpulan yg bertanding iaitu: ITP, KP&KIJ, KK dan KPMS&IH. Berlansung di Kompleks Belia dan Sukan Johor.

Pembuka tirai PESAS bermula pada Jumaat 13 April bagi perlawanan bowling di Danga City Mall. Aku sempat juga datang memberi sokongan kat mereka. Cuma yg sedihnya, pasukan bowling perempuan ITP merasakan seolah-olah tlh dianak tirikan oleh pihak urusetia. Apa tidaknya, team yg terdiri 4 org ini telah dipecah2kan mengikut lane pasukan pihak lawan. Keadaan ini telah menjatuhkan semangat para pemain.  Diharap pihak pengajur di masa akan datang lebih prihatin & bersikap lebih adil. Jgn fikir nak menyenangkan kerja sahaja. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku sekiranya pihak urusetia mengambil langkah lebih awal. 

Pasukan bowling lelaki ITP (dalam kumpulan), mujur tidak dipecahkan
sebagaimana pasukan perempuan ITP.


Keesokannya, Sabtu 14 April,  aku terlibat utk perlawanan bola jaring. Kami kalah dengan KP&KIJ, dan menang dengan KK dan KPMS&IH.  Malang tidak berbau, Masuk perlawanan ke-2 aku telah mengalami masalah lutut, dan tidak dapat meneruskan perlawanan membantu rakan2 yg lain. Pada masa itu, aku mula fikir, esok mcm mana? Dpt tak aku bermain utk futsal?...Haaa....sedih, sebab training beriya2, akhirnya tak dapat nak main. Aku cuma berserah saje. Kalau andainya tak dpt main futsal, nak buat cam ne. Apa2 pun, alhamdulillah, ITP walaupun tak juara, tp dpt tempat ke-2 bg acara bola jaring. (Tidak mencapai sasaran-JUARA)

 
1st game - ITP bertemu dengan KP&KIJ. Kalah 5-3.

Ini pula pasukan bola tampar perempuan.

Hari ke-3, Ahad 15 April, pagi perlawanan futsal lelaki dan perempuan.  Ternyata aku tak dapat turut serta bermain. Lutut aku semakin bengkak & amat sakit.  Memang tak boleh berlari. Namun terima kasih pd Kak Hanim yang menggantikan tempat aku. Walau bagaimanapun, aku turun juga utk memberi sokongan kepda rakan2. Dan tahniah kepada pasukan futsal perempuan kerana berjaya juga memperolehi tempat ke-2 setelah melalui persaingan yang sengit.

Srikandi futsal.

Kumpulan perbarisan ITP (biru)

Tahniah juga kpd kontinjen perbarisan kerana mendapat tempat pertama. Siap ade pemegang sepanduk & 2 maskot. Ko org semua memang best , walaupun keseluruhan kita jatuh no-3. Takpe..sukan akan dtg kita cuba dptkan no-1. Insyaallah.

2 maskot ITP. 

Wednesday, April 25, 2012

Sebelum PESAS 2012

Assalamualaikum, 
Alhamdulillah, kerana masih diberi kesempatan utk mengupdate blog nie. Kali nie, nak citer sedikit persiapan sebelum PESAS 2012 (sambungan entry sblmnya). Lebih kurang hampir 2 minggu atlet2 ITP dok training sebelum perlawanan sbnr.  Terasa seronok pulak setelah sekian lama tak bersukan. Nampaknya kebanyakan warga ITP memberi kerjasama memuaskan sepanjang latihan. Disebabkan kami tak cukup org, maka team netball dan futsal saling tolong menolong antara satu sama lain. Bila main netball, team futsal akan tolong, dan bila main futsal, team netball akan tolong pulak.  


Aku nie pulak asalnya main netball je, tp entah cam ne terjoin pulak pasukan futsal. Jadi aku kena main dua2, mujurlah jadual perlawanan tak sama. Di mana perlawanan netball pd Sabtu manakala futsal hari Ahad. Bila main futsal, eh....mcm best pulak. Ini first time aku main futsal. Sblm ni tak teringin pun nak main..


Acara sukan ni sbnrnya KPYPJ buat 2 thn sekali. Tu yg seronok kan main tu. Tapi kali nie, aku dah dianggap kategori veteran. Memang rasa agak berat sikit bdn nie, lutut pun da semacam je rasa bila berlari tu..huhu...Tapi yg penting semangat mesti ade. Di bwh ni adalah sebahagian gambar sepanjang latihan.

Ha....baling...baling... jgn tak baling...Staf lelaki turut membantu pasukan bola jaring

Barisan pasukan bola jaring.

Jurulatih futsal sedang memberi tunjuk ajar. Tq en. jurulatih (Fendi)

Thursday, April 19, 2012

Assalamualaikum
Hari ni, dah petang2 begini, rasa mcm nak update blog nie...mungkin da terasa bosan tak ade nak buat ape. Lg pun da lama benor aku tak update blog nie...da byk nor sesawangnya...hehe..

Alhamdulillah, student2 aku masih lagi dlm mood final exam minggu ni, tinggal 3 hari lagi je sblm boleh bercuti panjang selama 2 bulan, begitu juga lah dgn cikgunya. Namun bg aku, tempoh 2 bln ini akan digunakan utk kemas kini nota2 dan penyediaan kuiz, ujian dan sebagainya.

Alhamdulillah juga, kerana jumaat, sabtu dan ahad lepas (13-15 april 2012), pesas (pesta sukan antara staf KPYPJ) telah selesai dgn keputusan kolej aku ITP memperolehi tempat ke-3 drpd 4 pasukan. Tak pe lah boleh cuba lg di tahun hadapan. Insyaallah.

Oklah, Insyaallah aku akan sambung lagi cerita2 sblm, di sepanjang & slps pesas 2012.

Wassalam, jumpa lagi.

Friday, January 6, 2012

Lindungi keluarga kita dari Dasim.

Salam, sekadar ingin berkongsi,

Dasim adalah syaitan yang kerjanya memporakperandakan rumahtangga. Dia duduk di atas pintu rumah kita. Gangguan Dasim akan menyebabkan hubungan suami dan isteri tidak baik, sering bergaduh dan anak-anak pula tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa. Oleh itu sebelum masuk ke rumah silalah baca 'bismillah' 3x, beri salam dan kemudian masuklah dengan mendahului kaki kanan. Semoga keluarga kita dilindungi oleh Allah SWT dari kejahatan Dasim. Amin...

(pesanan dari Datuk Dr. Fadzilah Kamsah)
Related Posts with Thumbnails