Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Friday, April 16, 2010

Bersangka baik

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan jahat

Orang beribadat disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang berpakaian baru disangka menunjuk-nunjuk
Orang yang berpakaian buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka kedekut

Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang ceria disangka membela

Mana tahu
yang diam itu kerana berzikir kepada Allah SWT
yang senyum itu kerana sedekah
yang masam itu kerana mengenang dosa
yang menawan itu kerana bersih hati & mindanya
yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu di makan api

Sesuatu benda yang dilihat, macam-macam kesimpulan yang boleh dibuat.
Semuanya bergantung bagaimana seseorang melihatnya.

"Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya Islam
akan tertegak di atas bumi kamu"
Imam Al-Syahid Hassan Al Banna

2 comments:

  1. betul..betul...betul..

    adat manusia biasa

    ReplyDelete
  2. yup betul...dlm ertikata yg lain, think positive..jgn cepat sgt nak pkir mende2 yg tak elok kat owang lain...tak baik...tak pasal2 aje dosa kita bertambah

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails