Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Wednesday, September 30, 2009

Raya 2009

Syawal datang lagi. Apa pun, raya tahun 2009 tetap meriah. Tahun ini kesemua adik beradik aku dapat berkumpul bersama-sama beraya di Tenggaroh, Mersing pada hari raya pertama. Apa tak nye, tahun lepas, aku, angah dan uda beraya di rumah mertua terlebih dahulu. Apa tah lagi tahun ini pertambahan anggota baru dalam keluarga kami, iaitu anak buah aku; Megat Iskandar Shah yg baru berusia 7 bulan.

Macam biasa la persediaan makanan dibuat sehari sebelum raya, diketuai oleh mak aku sendiri. Tahun lepas tak dapat rasa masakan mak. Tahun ini, alhamdulillah. Masakan mak tetap istimewa.

Selepas sembahyang raya acara biasa ialah bermaaf-maafan dan diikuti dengan pemberian duit raya kat anak-anak buah. Lepas tu sesi bergambar ramai-ramai.

gambar sekeluarga

Aku, en.hassan dan anak-anak

Angah dan keluarga.

Cucu-cucu mak & ayah

Petang raya pertama aku dan en. hassan serta anak-anak balik ke kampung atok en. hassan di bukit gambir muar. Tapi kita orang da tertinggal untuk beraya bersama dengan rombongan mak miah (mak mertua ku).

Sesi bergambar di rumah atok dapat dirakam pada hari raya ke-2.



Gambar beramai-ramai bersama atok

Keluarga belah en. hassan

Aku sekeluarga

Hafiz dan keluarga

Abol & isteri (pengantin baru)

Aksi Hadif

Aksi Zahrah

Baik2 lompat, jangan patah kaki, nanti tak dapat
nak raya

En. hassan & hadif...suka sangat
Related Posts with Thumbnails