Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Monday, April 5, 2010

Jom, main dam ular

Salam semua. Macam mana dengan cuti hujung minggu anda? Tentu banyak aktiviti yang dibuat bersama sekeluarga. Sebagai surirumah yang tak sepenuh masa ni, biasalah mengemas rumah di hujung minggu adalah menjadi amalan biasa. Kalau nak mengemas lepas balik kerja...emm..itu kadang-kadang buat, kadang-kadang tidak. Kadang-kadang, baru beberapa minit mengemas da bersepah balik...dek dikerjakan hero dan heroin aku tu la.

Semalam, sedang asyik aku mengadap laptop, anak bujang aku sibuk mengajak aku main dam ular. Malas betul aku nak melayan. Sebenarnya da lama da aku tak main benda2 ni ngan anak2. Jadi aku fikir apa salahnya melayan si abang hadif ni.

Budak2 kalau main biasala, kalau boleh asyik nak menang aje. Aku terpaksa main sampai 3 kali sebabkan 2 kali main aku je yang menang. So, abang hadif tak puashati ajak main lagi. Kali ni bila dam dia kena telan ular, dia ngelat pulak tak nak turun. So, aku kata tak kisahlah nak menang sangat. Takpe la yang penting aku nak anak aku happy . Kelakar juga bila dam abang hadif asyik kena telan ular aje. Satu lagi aku rasa dengan main dam ular ni dapat meningkatkan kemahiran hadif untuk mengira dengan pantas....Tapi sebenarnya, aku ade jugak main ngelat....Lepas tu, en. hassan pulak gantikan aku melayan si hadif tu.

Aku rasa ini ade lah satu cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Banyak lagi cara yang kita boleh buat supaya anak2 kita rasakan kita, selain ibubapa mereka, kita juga adalah kawan rapat mereka. Kadang-kadang ibubapa sekarang ni tak de masa nak layan anak2 mereka disebabkan kesibukan bekerja dan sebagainya. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan aku dan suami masa untuk menghargai apa yang dikurniakan oleh-Nya dengan sebaik-baiknya. Insyaallah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails