Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Tuesday, November 30, 2010

Selamat hari lahir...anak2 ku.

Sabtu lepas, aku ngan en. hassan sama2 menyambut birthday anak2. Walaupun sebenarnya tarikh lahir dia org nie x sama, tapi kami sambut sekali harung je...(3 dalam 1). Sambutan dibuat sgt kecil-kecilan, kalau tgk keknya pun sgt kecil, x sesuai utk 3 dlm 1. Tapi x pe la, dpt gembirakan budak2 nie, kita org buat kat umah mak aku, Tok Haji dia org yg bacakan doa. Bukan apa, buat sekali sebab tarikhnya dekat2...

Abang long (21Oktober) kini 7 tahun,
Kak ngah (27 November) kini 4 tahun,
&
Zahwah (9 November) kini 1 tahun

Untuk anak2 ibu dan ayah, moga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, menjadi insan yg berguna untuk agama, bangsa dan negara...Amin...







Monday, November 15, 2010

Puding strawberi dengan sos coklat

Salam semua. Hujung minggu aku berkesempatan nak mencuba resepi yg ade dlm kepala aku setelah mencuba resepi dari Dayang jack, sebelum ini, puding coklat ngan sos kastard.

Kali nie, dari resepi tersebut, aku cuba lak nak buat puding strawberi dengan sos coklat. Dan hasilnya tidak la mengecewakan, dari si anak sampai ke ayah pun suka...

Siapa yang nak mencuba sila la:

Bahan2 untuk puding:
  • 10 gram agar2 (plain)
  • 1/4 cawan gula pasir (bole dikurangkan)
  • 200 ml air
  • 500 ml susu perisa strawberi
  • 250 ml susu cair
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 3/4 sk strawberi emulco
  • 1 sb kastard dilarutkan dengan 2 sb air
  • 1 sb mentega
  • 1 sk esen vanilla
  • sedikit pewarna merah (jika perlu)
Cara-cara : Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu perisa strawberi, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan strawberi emulco, esen vanilla, tepung kastard, mentega dan pewarna. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan2 untuk sos coklat:
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan susu cair
  • 2 sb tepung kastard
  • 1 sb serbuk koko van houten
  • 1 sk esen vanilla
  • 4 sb gula pasir
Cara-cara : Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung dan serbuk koko larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil sehingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, bolehlah dihiaskan dgn apa2 yg ko org suka.







Tuesday, November 2, 2010

Puding coklat ngan sos kastard

Salam semua... hujung minggu lepas, aku sempat lagi menyebukkan diri membuat puding, saja nak buang2 masa dengan menda2 yg berfaedah sikit. Aku biasala, mana2 resepi yg aku buat semuanya dari blogger2 masakan...

Terima kasih la kat blogger masakan kerana memberikan pencetus & idea untuk aku mencuba resepi ko orang..apatah lagi dengan gambar makanan yg menarik..sampai tertelan air liur menengoknye..

Kali ni resepi puding aku ambil dari teratak dayang jack. Untuk dayang terima kasih ye dayang..memang sedap...

Jadi aku kongsi kan resepi ini...atau ko org bole tgk kat SINI.
Disebabkan aku cuma na mencuba je, aku buat sikit, semuanya aku bagikan separuh...tp di sebabkan sedap, x cukup la pulak, lg2 si kak ngah.

Bahan2 untuk Puding Coklat :
  • 10 g serbuk agar2 (plain)
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 100 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 sb susu pekat
  • 2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
  • 1 sb tepung kastard + 2 sb air
  • 1 sb mentega
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara : Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan2 untuk sos kastard :

  • 2 cawan susu segar/susu cair (boleh dicampurkan kedua2nya sekali)
  • 2 sb tepung kastard
  • 4 sb gula pasir
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara : Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil sehingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, bolehlah dihiaskan dgn apa2 yg ko org suka.








Related Posts with Thumbnails