Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Thursday, April 8, 2010

Apa tu?...Leptospira?


MySpace Animals Glitter Graphics
Jumaat yang lepas 2 April 2010, pelawak dan deejay popular telahpun meninggalkan kita. Ramai yang beranggapan beliau meninggal disebabkan jangkitan kencing tikus, apatah lagi beliau baru sahaja menjalani pengambaran di Zoo Negara. Namun begitu bagi yang tak tahu sebenarnya allahyarham meninggal bukan disebabkan jangkitan tersebut tetapi disahkan meninggal akibat demam denggi berdarah.

Berdasarkan pembacaan saya di Akhbar Kosmo, Dr Intan Suriati Abdul Manaf, seorang pakar perunding veterinar, memberitahu bahawa, jangkitan kuman kencing tikus dikenali sebagai bakteria leptospira. Jangkitan kuman ini memang boleh berpindah dari haiwan kepada haiwan lain dan manusia. Bakteria ini boleh hidup selama 1 bulan dalam air tawar dan boleh juga membiak dalam air masin.

Menurut beliau lagi bakteria ini bukan sahaja terdapat pada tikus, malah terdapat juga pada haiwan yang lain seperti kucing, arnab, lembu, babi, kuda, anjing dan haiwan liar yang lain. Cuma di sini, tikus dianggap penyebar utama disebabkan ia senang membiak. Dikatakan, tikus betina boleh bunting ketika usia nya 6 minggu...ha dasyat tu...sekali melahirkan di antara 5 hingga 7 ekor.

Aku rasa semua orang maklum kat mana tikus ni suka duduk....tentulah tempat2 yang kotor, banyak sampah, kawasan bertakung seperti longkang.

Biasanya haiwan atau manusia yang dijangkiti bakteria ini akan mengalami simptom dalam masa 4 - 12 hari selepas dijangkiti. Organ utama pembiakan bakteria ini ialah hati dan pundi kencing. Dalam keadaan kritikal, pesakit mengalami kencing berdarah akibat pembuluh darah pecah dan boleh mengakibatkan kerosakkan kedua-dua organ tersebut dan boleh juga membawa kematian.

Jadi aku sarankan agar sama-sama lah kita menjaga kebersihan terutama tempat kita tinggal. Elak daripada menjadi sarang pembiakan tikus. Begitu juga kalau nak makan kat luar tu tengok2 la persekitarannya. Carila kedai makan yang bersih. Bukan sedap dan enak di dalam tetapi memualkan di luar, bak kata En Karam Singh Walia...kalau tengok Aduan Rakyat la malam tadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails