Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Showing posts with label zaman belajar. Show all posts
Showing posts with label zaman belajar. Show all posts

Thursday, April 30, 2009

Kawan lama di SMT

Minggu Saham Amanah Malaysia di JB bermula 20 - 27 April 2009. Saya sempat juga ke sana semasa perasmian oleh PM kita. Hari Sabtu selepas itu, saya pergi sekali lagi bersama husband. Tak sangka pulak dapat jumpa kawan lama (Nezila Mokhtar) masa sekolah kat SMT, Mersing, 1993. Rupanya dia ajen Etiqa Insurance Bhd. Cuma mungkin kami tak terserampak masa hari perasmian tu.

Bayangkanlah setelah 16 tahun ,kita orang jumpa balik. Tentulah banyak cerita, tapi masa tak mengizinkan, dapat la cerita serba sedikit kisah hidup masing-masing. Sedih juga dengar kisah Nezi. Tak pe ye Nezi, sabar. Sebagai kawan, aku doakan kau tabah mengharungi kehidupan dan menemui apa yang diimpikan.

Bila dikenang-kenang, seronoknya masa zaman persekolahan. Tapi tak mungkin masa itu akan kembali.


Wednesday, March 18, 2009

Kenangan di POLISAS

Gambar ini dirakam semasa saya belajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Masa tu zaman muda-muda tahun 1994-1997. Muka pun cute lagi laa... Kat sini saya ambil diploma akauntansi (DAT).

Bila tengok gambar lama-lama ni teringat pulak kat kawan-kawan.

Menjadi amalan di sini setiap semester mesti buat family day untuk course kita orang.. Biasanya yang bertanggungjawab buat ialah Sem 6 la sebab dia orang yang paling senior. Yang junior ni kena pergi kalau tak nanti kena cop dengan senior;..... tak baik la, tak campur orang la, sombong la dan bla bla....

Biasanya kita orang buat kat Pantai Teluk Cempedak @ Pantai Balok (kalau tak silap, lupa pulak nama tempat tu). Tapi Pantai Balok lebih sesuai sebab mempunyai kawasan pantai yang luas. Mudah utk kita orang bersukaneka..

Banyak lagi aktiviti lain. Kalau citer panjang lebar la pulak.

Kawan-kawan, kalau agak terbaca /tertengok blog ni....contact2 la ye....


Pelajar perempuan DAT 94-95


Pelajar lelaki DAT 94-95


Family day97 (masa ni kita orang da sem 6)


Hari usahawan & konvokesyen.....muka masing-masing
da penat tu....tak laku gak...


Jamuan perpisahan kita orang...lepas ni buat
haluan masing-masing


Related Posts with Thumbnails