Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Monday, October 26, 2009

7 Nov 2009

Tarikh yang ditunggu dengan penuh debaran. Walaupun, telah melalui pengalaman bersalin dua kali, namun perasaan takut untuk menghadapi situasi itu nanti tetap ade. Almaklumlah lain anak, lain pula pengalamannya, susah ke atau senang, hanya Allah SWT sahaja yg tahu.
Apatah lagi mengandung kali ini, aku disahkan ade kencing manis pula. Kalau sehingga tarikh tersebut, masih belum bersalin lagi, maka kenalah masuk wad pada 7 Nov nanti.

Pengalaman anak pertama, aku disahkan dapat darah tinggi, so kenalah bersalin awal dari tarikh yang dijangka.

Aku sentiasa berdoa, agar Allah SWT mempermudahkan proses kelahiran kali ini dan semoga semuanya selamat.

Kepada rakan-rakan dan sesiapa yang membaca blog ini, doakanlah agar segala-galanya berjalan lancar dan selamat hendaknya. Amin.

Friday, October 23, 2009

21 Oktober 2009

Hampir aku terlupa pada tarikh ini, adalah hari lahir anak sulung aku yg ke-6 tahun. Mujur buat reminder kat hphone.Tak sangka dalam diam-diam masa berlalu begitu pantas.
Teringat lagi sangat melahirkan si abang....tup2 da 6 tahun.
Untuk abang long, ibu doakan supaya menjadi anak yg soleh dan sentiasalah mendengar nasihat ibu ngan ayah.

Walaupun sambutannye alar kadar, hanya belanja makan pizza hut je...tp ingatan dan kasih sayang ibu ngan ayah itu adalah lebih bernilai dari segalanya....semoga menjadi orang yg berguna kepada agama, bangsa dan negara. Amin.

1 tahun


2 tahun

3 tahun

terkini


Related Posts with Thumbnails