Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Thursday, July 16, 2009

Blueberry cheese tart. Cubala...

Masa cuti baru-baru ni, aku sempat belajar buat blueberry cheese tart dengan seorang kawan yang mahir membuatnye. Kalau ko orang nak cuba membuatnye, bolehlah tengok resepi kat bawah ni. Tapi kalau malas nak buat, senang je, beli je kat kedai. Tapi mahal la sikit. Kalau buat sendiri, puas la memakannya. Kalau nak buat jangan le buat sorang-sorang, jenuh pulak nak menenyeh kat acuan dia nanti.

BAHAN-BAHAN A

BUTTERCUP 250G

TELUR (KUNING SAHAJA) 1 BIJI

ESEN VANILLA ½ SUDU TEH

GULA ISING 100G

SUSU TEPUNG 1 SUDU BESAR


BAHAN B

TEPUNG GANDUM 510G


BAHAN-BAHAN C

CREAM CHEESE 250G

BUTTERCUP 20G

GULA KASTOR 60G

TELUR 1 BIJI (GRED A)


CARA-CARANYA

  1. PUTAR BAHAN-BAHAN A SEHINGGA KEMBANG.
  2. MASUKKAN BAHAN B KE DALAM BAHAN-BAHAN A, BENTUK SEHINGGA MENJADIN DOH & BENTUK DALAM ACUAN. KEMUDIAN BAKAR.
  3. PUTAR BAHAN-BAHAN C (KECUALI TELUR) SEHINGGA KEMBANG SELAMA 20MINIT.
  4. SETELAH KEMBANG, MASUKKAN 1 BIJI TELUR GRED A PUTAR SEHINGGA RATA.
  5. BAHAN-BAHAN C YANG TELAH SIAP, DIMASUKKAN KE DALAM DOH YANG TELAH SIAP DIBAKAR BERSAMA-SAMA BLUEBERRY.
  6. BAKAR SEHINGGA CHEESE MASAK.

Bahan-bahan membuatnye.

Jenis cheese yg digunakan

Blueberry

Da siap pun, em......sedapnye


Wednesday, July 15, 2009

Hantar adik2 sambung belajar

Bulan lepas Jun 2009, aku 1 family gi hantar adik bungso aku daftar di UUM, Kedah (28 Jun). Manakala adik bungso en. hassan pulak dapat Uitm Arau (27 Jun). Aku tak la excited sgt nak ikut, tapi org tua da ajak, lagi pun boleh mengimbau kenangan lampau setelah hampir 10 tahun meninggalkan UUM. Adik ayu pula adik en. hassan & mak mertua aku yg hantar. Kita org konvoi tapi sampai utara kita org berpecah sebab agendanye lain2.

Kita orang tolak pagi Jumaat sebabnya, pg sabtu ade acara meminang anak jiran, dpt org Kedah. Lepas meminang, kita org gi ambil peluang gi Padang Besar. Bukan nak belipun, saje2 nak jln2. Dulu masa belajar kat UUM, pernah gak aku sampai kat sini. Kalau ko org kata barang kat sini murah, pada aku tak la murah, apatah lagi kita ni org luar. Aku ade tanya meja kecil utk budak2 menulis, kat sini aku beli RM17 je. Tapi kat sane dia jual RM25. Kalau nak beli tilam toto narita tu bole la kot...bole beli pada harga RM39.90 tapi nipis la. Tapi aku rasa itu memang harga dia kot.... x de la murah pun.

Tapi yg malangnye, 2 malam tu kita org x dpt hotel, semuanye da penuh baik kat alor setar, kangar mahupun arau. Dan akhirnya dpt homestay yg entah ape2. Malam ahad kita org bermalam kat homestay di Kampung Sungai Baru. Pemiliknya duk KL. Aku rasa la, rumah tu peninggalan org tua dia. Bila sampai, masyaallah, nak tido pun tak selesa. Tapi nak buat cam ne kan, da x de tempat. Mlm tu kita org makan kat tepi laut, boleh tahan la makan kat situ.

Esok pagi terus ke UUM, mujur tak le lama tunggu adik daftar. Kul 11 pg da siap. Dia dpt kolej ke-16 (SME Bank). Masa aku belajar dulu, kolej ni x de lagi. UUM banyak da berubah, bangunan dan kolejnya da bertambah. Tapi da tak berapa cantik, anak sungai & tasik da jadi sempit dipenuhi rumput2. Lepas hantar barang adik ke bilik dia, sempat juga pusing sekali lalu dan bergambar di depan Dewan Muadzam Shah. Untuk Za dan Ayu selamat belajar & pandai2 jaga diri ye...al maklum la jauh dari keluarga.


Di Padang Besar


Sedang menunggu makanan...perut da lapar ni, lagi2
en. hassan kite.


Asrama blok 16A


Da dapat bilik..rehat jap.

Hadif di depan Dewan Muadzam Shah

Tuesday, July 14, 2009

Natrah - sensitiviti menegakkan akidah Islam

Siapa kah Natrah? Dia adalah Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Baru2 ini kita dikejutkan dengan kematian beliau
pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda.

Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia pada 24 Mac 1937. Tetapi pada Disember 1942, ketika berusia 5 tahun, beliau telah diserahkan kepada Che Aminah untuk dipelihara. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Semenjak itu, Natrah dididik dengan ajaran Islam dan adat melayu.

Perebutan berlaku apabila bapanya telah dibebaskan. Dan akhirnya kemenangan di pihak bapanya dengan sebab Natrah telah dikahwinkan pada usia 13 tahun. Di mana menurut undang2 Belanda, remaja di bawah umur 16 tahun tidak boleh dinikahkan dan ia berlaku di Singapura yg mengamalkan undang2 British. Dia dibawa pulang ke Belanda dan dimurtadkan yg akhirnya mencetuskan rusuhan di Singapura pada 12 Disember 1950, yg mengakibat 18 kematian dan 173 cedera.

Inilah semangat ke-Islaman yang tertanam dalam diri seorang muslim pada ketika itu, walaupun, tiada kemudahan telekomunikasi yg canggih, berita kemurtadan Natrah begitu cepat tersebar. Orang2 seperti
Karim Ghani, Dr Burhanuddin al-Helmy dan ramai lagi orang Islam yg lain sanggup bermati-matian dalam menegakkan akidah seorang budak kecil. Namun pada masa kini isu kemurtadan yg sering kita dengar dianggap bukan isu yang sensitif, malah ada pula pihak yang memperjuangkan kewajaran murtad itu atas tiket kebebasan beragama, seperti kes Lina Joy (Azlina Jailani).

Kalau dulu kita dijajah oleh bangsa asing, namun masih ada insan yang bersuara untuk menegakkan tunggak agama, namun hari ini, walau sudah tidak dijajah, tiada suara-suara kedengaran. Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada musuh-musuh Islam. Amin.


Monday, July 13, 2009

Penilaian pertengahan tahun - Hadif

Sebelum Hadif exam, aku ngan en. hassan janji kat hadif, kalau hadif dapat no. 1, kita org nak belikan dia basikal. Lepas exam, selalu aku tanya dia dapat no brp? Dia jawab dapat 100. Aku pelik, rupa-rupanya ade setengah kertas yg cikgu dia da tanda dapat 100%. Aku selalu ckp ngan dia budak pandai mesti dapat no.1. Dia ckp no.10 lagi boleh ibu belikan basikal. Mungkin dia tak faham agaknye. Pada dia no yg besar tu lebih baik dari yg kecil.

19 Jun yg lepas, aku ngan en. hassan gi sekolah dia na
k ambil report card dia. Sampai2, cikgu Kaseh kata Hadif dpt no. last. Terkejut aku. Tapi bila dia tunjukkan report card tu, rupanya hadif dpt no.6 drpd 23 student. Ok la walaupun tak dpt no.1, dan ini pertama kali dia ambil exam. Almaklumlah atas sebab yg x dpt dielakkan tahun lepas aku hantar dia ke taska je. Disebabkan itu, kitaorang tangguhkan dulu nak beli basikal. Dia pun tak kisah. Aku nak dia cuba lagi peperiksaan akhir tahun pulak.

Lagi satu, cikgu Kaseh ckp, hadif ni x takut kat cikgu dia. Kalau dia nak tanya, main tanye aje. 1 soalan yg dia tanya kat cikgu Kaseh "Cikgu, cikgu da kawin ke belum?" Aku ngan en. hassan senyum je la....hadif memang banyak mulut mcm ayah dia ju
gak....

Untuk anak ibu, rajin2 la baca buka. Jangan asyik nak disuruh baru nak baca.



Keputusan keseluruhan

Semuanya 100% kecuali sains & pendidikan islam

English

Jawi

Bahasa arab

Bahasa Melayu

Matematik

Lukisan

Related Posts with Thumbnails