Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Monday, December 5, 2011

Abang Long berkhatan

Sudah seminggu berlalu, Alhamdulillah. 27 November 2011, abang long selamat menjalani proses berkhatan. Keinginan berkhatan sebenarnya datang dlm diri dia sendiri, kami, ibu & ayahnya tak suruh dan memaksa. Aku dan cikgu hassan ingatkan dan khatankan abg long bila dia berusia 9 atau 10 tahun. Tapi nampaknya, abg long lebih bersemangat nak berkhatan di usianya 8 tahun. Benda yang baik, kami tak nak lah tunggu2. Alhamdulillah semua berjalan lancar, dan lukapun hampir sembuh. Cikgu hassan byk membantu abang long sepanjang seminggu, sebab aku nie jenis seriau sikit. Sebagai ibu, aku doakan selepas berkhatan nie, abg long akan jadi anak yang lebih bertanggungjawab, disiplin dan soleh.

Abang long berkhatan gunakan teknik clamp, di Poliklinik Bio-Sucinas. KLIK SINI. Teknik ni dikatakan kurang sakit dan cepat sembuh.


abang long(baju merah), & Zafran (kanan) bergambar sebelum berkhatan

Tarikh yg sama juga, adalah hari lahir kak ngah, genap 5 tahun. Semoga kak ngah menjadi anak yg solehah.

Buat cikgu hassan juga selamat hari lahir pada 3 Disember yg lepas. Semoga Allah sentiasa melindungi kita sekeluarga dan bahagia hendaknya.

*terima kasih kepada ina yg sempat mengambil gambar di atas.

Monday, November 14, 2011

Pertama kali Hawis demam

As salam. Sekarang ni cuaca agak tidak menentu, kadang2 hujan, kadang2 panas. Mungkin sebab itulah juga si bayiku Hawis yg baru berusia 2 bulan 26 hari dilanda demam, selsema dan batuk. Disebabkan dia demam juga aku terpaksa ambil cuti kecemasan hari ini dan terlepas lah juga temuduga aku utk jawatan pensyarah kanan hari ini.

Hawis da mula demam hari Sabtu yang lepas, dan semalam kami ke klinik pakar kanak2 di Taman Ungku Tun Aminah. Kami sampai lebih kurang jam 12.00 thg hari, giliran no. 28. Dan nombor semasa 13. Aku rasa inilah masa paling lama kami tunggu. Jam 2.40 ptg baru selesai. Hampir 3 jam. Memang pun ramai orang. Ramai juga bayi yg senasib Hawis. Ada di antara ibu bapa kanak2 datang dari Kluang untuk mendapatkan rawatan anaknya. Katanya di Kluang tiada klilik pakar kanak2 di sana.

Aku juga sempat berbual dengan seorg kakak dari Kulai. Katanya dia sudah lama mendapat rawatan di situ utk anak2nya dari anak yg sulung lagi sejak anak itu masih kecil. Sekarang anak yg sulung itu dah berusia 19 tahun. Fuhh..memang lama betul tu. Kali ini dia datang kerana anak no.5 yang berusia 4 bulan pula demam.

Mungkin disebabkan ubat2 yng diberi memang bagus, semua ibu bapa sanggup menunggu utk mendptkan rawatan anak mereka. Bagi aku ini baru kali ke-2 kami datang. Sebelum nie anak no. 3 kami.

Sebagai ibu aku mendoakan Hawis akan pulih segera, dan aku tidak perlu bercuti lagi hari esok. Amin..

Hari pertama, hawis demam.

Hari Kedua, suhu badan masih belum turun walaupun sudah
makan ubat.

Thursday, November 10, 2011

Terima kasih buat 3 jejaka.

As salam, hari ini hari ke 24 mula kerja selepas pantang. Setelah sekian lama menunggu barulah hari ini muncul 3 jejaka berjumpa dengan aku. 3 jejaka tu bukan la sesiapapun, mereka tu pelajar aku. Sebagai guru mereka, aku mengharapkan mereka berjumpa dengan aku, kalau2 nak tanya tentang soalan final exam. Almaklumlah sepanjang cuti berpantang 2 bulan, kelas ku diganti oleh pensyarah lain.

Tapi malangnya dari 55 orang pelajar, hanya 3 orang je yang datang jumpa aku hari ini untuk bertanya mana yg tak faham. Itu pun peperiksaan kertas ddw1313 pada sabtu ini. Aku apa lagi, sangat bersemangat la aku memberi penjelasan tentang soalan yang ditanya. Terima kasih lah kpd mereka ini atas kesudian berjumpa dengan saya.

Em...tak pelah pelajar2 ku tersayang, kalau rasa da pandai, tak jumpa saya pun, tak ape lah....Harap2 final nanti dapatlah jawab soalan dengan sebaik-baiknya. Saya sebagai pensyarah anda tetap mendoakan agar anda berjaya memperolehi gred yang baik dalam apa jua subjek yang di ambil.

Usaha tangga kejayaan.

Wednesday, November 9, 2011

Ahli keluarga baru

Assalamualikum. Setelah sekian lama menyepi, baru hari ni terasa nak menulis sesuatu. Alhamdulillah, pada Sabtu, 20 Ogos 2011, yang lepas, aku selamat melahirkan anak yang ke 4 di Hospital Sultanah Aminah. Hadif Zulhawis diberi nama. Dia lah anak yang paling senang aku lahirkan, mungkin kerana berkat di bulan Ramadhan. Terima kasih kepada jururawat2 yang melayan baik sepanjang aku di HSA.

Diimbas kembali, pada pagi Sabtu tersebut, aku bersama suami dan anak2 masih sempat membeli belah baju raya walaupun perut telah rasa sakit2. Sempat balik rumah sebelum ke hospital 2.30 petang. Hawis dilahirkan jam 5.15 petang.

Dan hari ini, genap umur Hadifah Zahwah 2 tahun (anak no.3). Semoga semua anak2 ku menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Amin.



Hadifah Zahwah (2 tahun)


Hadif Zulhawis (2 bulan)

Friday, January 14, 2011

Air sungai warna hijau?..

As salam. Nie merupakan sebuah sungai yg airnya bertukar hijau. Terjadi di sungai Goldstream, Ottawa, kanada. pd 29 Disember lepas. Bagaimana ia boleh bertukar warna?...yg pastinya bahan pewarna ini tidak menjejaskan kehidupan sungai tersebut & warnanya akan bertukar semula ke warna asal selepas sejam..

gambar kosmo

Mari saksikan video ini....nampak cam cantik je air berwarna hijau...





Friday, January 7, 2011

Pengemis yang bersuara emas

As salam. Ini adalah salah satu berita yg menarik perhatian aku malam td. Pengemis yg mempunyai suara emas dan bakal menjadi seorang jutawan.

COLUMBUS, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pengemis yang tidak berumah di sini, Ted Williams dihujani tawaran lumayan yang membolehkan dia bakal menjadi jutawan selepas permintaannya untuk diberi kerja dengan menggunakan suaranya disiarkan di Twitter dan laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.

gambar kosmo

Nasibnya itu berubah selepas seorang jurugambar akhbarColumbus Dispatch merakamkan video yang menunjukkan pengemis tersebut memegang cebisan kertas kotak yang mengandungi tulisan:

"Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan."

Pengemis itu turut bercakap dengan gaya seorang penyampai radio yang mempunyai suara unik semasa gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar tersebut dari dalam keretanya di Houston Street, Columbus.

Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN).

Seorang pengarah filem untuk NFL, Keviv McLoughlin berkata, bosnya mengarahkan pengemis itu diambil bekerja jika dia tidak mahu dipecat.

Dia juga mendapat tawaran berjumlah AS$10,000 (RM30,725) untuk menyumbang suara untuk sebuah persatuan perniagaan, Liga Kesatuan Kredit Ohio.

Sementara itu, seorang ejen pencari bakat di bidang penyiaran di Los Angeles, Shane Cormier berkata, Williams memiliki bakat yang amat unik.

"Kami boleh menjadikan Williams seorang jutawan," katanya.

Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah.

"Namun, kini saya telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan saya," katanya. - Agensi

Sumber: Kosmo

Jom kita tengok pulak videonya. Memang sedap suara dia.

Tuesday, January 4, 2011

Disleksia

As salam. Pagi td terbaca 1 artikel tentang disleksia. Pernah dengar tak tentang disleksia? Kalau tak pernah dengar, aku nak kongsi sikit info nie. Disleksia atau bahasa biasa yg sering digunakan ialah lembam.

Disleksia berasal dr perkataan Yunani iaitu 'dyn' bermaksud 'susah', manakala 'lexia' bermaksud 'tulisan'. Bukan merupakan penyakit, tetapi lebih kepada masalah pembelajaran dan biasanya dialami oleh kanak2 walaupun mempunyai daya pemikiran yg normal. Masalah berpunca apabila cara otak kanak2 disleksia berfungsi dgn cara yg berbeza dlm menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Kanak2 biasanya menghadapi kesukaran dalam:
  • membaca
  • menulis
  • memahami
  • mengeja
  • mengira
huruf ??????


Dianggarkan 4-8% pelajar yg mempunyai masalah ini. Dikatakan pelajar lelaki lebih ramai menghadapi disleksia berbanding perempuan.

Jadi, ini adalah 1 ujian besar buat cikgu cikgi di sekolah untuk membantu kanak disleksia ini. [terutama buat my husband, cikgu hassan]

Ciri-ciri disleksia, di peringkat prasekolah, antaranya;
  • lambat bertutur
  • sukar menyebut sesuatu sebutan / rima
  • sukar menulis nama sendiri
  • sukar mengenal bentuk atau warna
  • sukar menceritakan semula apa yg telah didengarinya
Manakala di alam persekolahan:
  • gagal menguasai tugasan sekolah spt; membaca, mengeja, mengira atau menulis
  • tidak suka membaca & mengelak dr membaca di kelas
  • kesilapan nombor, huruf atau perkataan (bacaan terbalik) spt; 'b' & 'd', '15' & '51' , 'was' menjadi 'saw'
  • kurang koordinasi spt mengikat tali kasut
  • keliru dgn konsep masa; 'semalam', 'hari ini' dan 'esok''
  • sukar untk memahami, mengingat atau mengikut arahan
  • selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
Namun begitu, kanak2 ini tidaklah tergolong dlm golongan yg bodoh. Kerana kajian mendapati kanak2 ini sbnrnya mempunyai tahap kecerdasan intelektual yg normal dan tidak ada masalah pendengaran mahupun penglihatan. Dan ramai juga antara mereka yg berjaya, mempunyai pemikiran yg kreatif, berimaginasi tinggi & boleh berfikir dalam pelbagai sudut.

Kanak2 yg telah disahkan sebagai disleksia boleh berdaftar sbg orang kurang upaya (OKU). Dan seharusnya mereka perlu hantar ke kelas yg khusus iaitu Pendidikan Khas di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri dan layak mendapatkan wang bantuan RM150/bulan dr JPN.

p/s: utk cikgu hassan, semoga kuat semangat dan diberi kesabaran yg tinggi utk mendidik kanak2 yg mempunyai masalah disleksia ini.


Monday, January 3, 2011

Salam tahun baru 2011.

As salam... selamat tahun baru 2011, walaupun hari nie 3hb Januari 2011, rasanya belum terlambat untuk mengucapkan salam tahun baru. Rasanya terlalu cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik, umur kita semakin meningkat. Kalau 10 tahun yg lepas, aku baru je menamatkan zaman belajar dan sedang sibuk mencari pekerjaan, namun kini tanpa disedari aku sudah punya 3 anak, dan berita yang akan mengembirakan, walaupun mcm x ready lagi, tp Insyaallah keluargaku semakin membesar lagi. Semuanya rezeki dr Allah SWT..syukur...Alhamdulillah.

Apa yang penting aku berdoa, semoga tahun ini, akan menambahkan lagi keceriaan keluarga kami, menambahkan rezeki dan harap2 semuanya yg baik2 belaka. Semoga anak2ku membesar dengan sempurna, menjadi anak2 yg soleh & solehah. Abang long sekarang darjah 2, harap2 dia bertambah rajin mengulangkaji, dan utk kak ngah da 5 tahun, jgn lagi susah nak bangun pagi...pg ni alhamdulillah senang je dia bangun tido..semangat nak ke sekolah. Si kecil, Zahwah, belum tahu apa2, agar menjadi anak yg boleh berdikari.. Amin..

Related Posts with Thumbnails