Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Wednesday, April 28, 2010

Panduan menghukum anak

Memberi hukuman kepada anak apabila mereka melakukan kesalahan, memang perkara
biasa.

Masa kanak-kanak adalah masa paling penting dalam proses kehidupan manusia. Tempoh
berkenaan adalah tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk menjadi manusia dewasa sama
ada dia akan menjadi manusia berguna atau sebaliknya.

Mendidik anak boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara iaitu memberi nasihat, arahan,
petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun teladan. Tetapi jika ia tidak berjaya
dilakukan, cara memberi hukuman boleh diterapkan.

Perlu diingat menghukum anak bukan dengan memukulnya saja, tetapi hukuman boleh diberi
dalam pelbagai cara. Malah, ada kalanya memberi hukuman dengan cara memukul tidak
berkesan malah dapat menimbulkan impak negatif.


Berikut adalah cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak:

1. Pandangan mata yang sinis.
Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri anak.Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam.

2. Keluarkan suara daripada tenggorok (mendengus) sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan untuk anak mengenai apa yang sudah dan akan dilakukannya.

3. Puji orang lain di hadapan anak tetapi dengan syarat memberi rasa sangsi kepada si anak dan mendorongnya untuk menjadi sebagus yang dipuji.

4. Tunjukkan seolah-olah tidak peduli pada anak.
Ini tindakan berlawanan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, palingkan wajah sehingga si anak menyedari kesilapannya.
Dalam hal ini, haruslah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya berterusan kerana
peranan ibu bapa adalah mendidik bukan menyeksa.

5. Tidak memberi ganjaran sama ada wang dll, tidak mengajaknya melakukan aktiviti rekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang digemarinya seperti basikal, bermain permainan video atau menonton televisyen.

6. Beri ancaman dengan syarat ancaman itu tidak terlalu berat. Ancaman terbabit juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya.

7. Memulas telinga. Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi daripada Abdullah bin Basr al-Mazni r a, dia berkata: "Aku telah diutuskan oleh ibuku dengan membawa beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada baginda, ketika aku menemui Rasulullah s.a.w baginda memulas telingaku sambil berkata;
"Wahai penipu!"

8. Memukul sebagai alternatif terakhir. Ia tidak harus dilakukan kecuali semata-mata untuk
mendidik dan menghukum. Memukul anak dapat dilakukan jika cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak sudah mencapai umur kerana anak yang belum mumaiyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah. Bahkan anak-anak tidak menyedari kesalahannya dan berasa apa yang dilakukan adalah betul.


Beberapa petua berikut boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak termasuk:

1. Rasa selamat. Sayangi anak sepenuh hati akan memberi perasaan selamat pada anak dan
membina emosi anak yang kental. Jika anak menunjukkan sikap tidak hormat kepada ibu dan bapa, tegur dan beri penjelasan.

2. Rasa dihargai. Sentiasa menghormati pandangan dan pendapat anak yang sedang membesar kerana mereka juga mempunyai perasaan serta keinginan untuk dihargai sebagai individu. Oleh itu, babitkan dirinya dalam perbualan seharian keluarga seawal usia satu tahun.

3. Rasa penting. Kadang-kala ibu bapa ingin memberi sepenuh kasih sayang menyebabkan anak dikongkong. Oleh itu, beri mereka peluang untuk memegang tanggungjawab. Latih anak melakukan beberapa tugas kecil dalam keluarga mereka supaya berasa dirinya penting.

4. Jadikan waktu membesar menceriakan. Keluarga bahagia adalah keluarga yang ceria.
Rumah tempat memupuk keceriaan, suasana riang dan membina kenangan manis.

5. Hadiahkan mereka nilai murni. Menjadi lumrah kanak-kanak meminta sebarang benda yang mereka lihat di televisyen atau milik kawannya.

Oleh itu, latih anak menghargai setiap pemberian daripada rakan dan sanak-saudara. Ini akan
menyemai nilai bertimbang rasa, kesyukuran, persahabatan dan hormat-menghormati pada
jiwa anak.

Sumber :
Harian Metro

Rahsia kelebihan Surah Yaasiin (ayat; 32 - 40)

N3 ni adalah sambungan daripada n3 yg sebelumnya (Klik sini)

Rahsia kelebihan ayat 32
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik

Rahsia kelebihan ayat 33-35
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yg suka bercucuk tanam

Rahsian kelebihan ayat 36
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di bumi ini dijadikan
berpasang-pasangan. Elok diamalkan bagi sesiapa yg belum berkahwin
supaya dipertemukan jodoh.

Rahsia kelebihan ayat 37
Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri.
Hati yg kering akan hidup semula

Rahsia kelebihan ayat 38
Mengisahkanyg bulan dan matahari pun sujud pada Allah SWT yang satu.

Rahsia kelebihan ayat 39
Mengisahkan ilmu falak

Rahsia kelebihan ayat 40
Merupakan kenyataan Allah SWT yg satu.

Tuesday, April 27, 2010

Award dr Mama Najlaa


Dapat award lagi.
Kali ni dr mama Najlaa.
Tq...mama Najlaa..
Kalau ader lagi, sudi2 la bagi lagi...heheh...
tengok la award ni
cantik tak?
pink lagi..

nak sesuaikan ngan award ni...font aku ni pun kaler pink gak la..
Jadi...tak salah kalau aku nak share award ni ngan blogger2 yg lain..
Sape2 follower aku yg sudi datang la ambil ye...
Terutama bg mereka2 yg lum ader lagi award ni.

Award dr Citarasa Riduan

Pg ni aku nak ucapkan terima kasih kat AYU....
kerana sudi bagi award yg cantik ni.
ada rama2 lagi....


Cam biasala nak award ni kenalah ade pengerasnya:

1. Buat 1 Entry Tentang Award ini (Copy badge "BEAUTIFUL BLOGGER AWARD"untuk letakkan diblog anda) - DONE!
2. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut- DONE!
3. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima Award -
tp aku letak 8 je....


tp kalau ade sape2 yg belum dpt dr mana2 blogger,
boleh la ambil ye...
letak di blog anda.


Monday, April 26, 2010

Bumi.

Bumi merangkumi lautan, udara, daratan dan segala isi di dalamnya.
Mempunyai hasil yang sangat istimewa
iaitu anugerah dari Ilahi.

Tetapi
sayangnya manusia tidak menghargai anugerah itu,
dengan membuat kerosakkan pada alam sehingga
membuatkan Allah SWT membalasnya dengan
menurunkan bencana seperti;

banjir
tsunami
gempa bumi

Semua ini supaya manusia sedar bumi itu sudah semakin rosak
dan semakin tua.

Sebuah kisah metaforik ketika Nabi SAW
melakukan Mikraj ke Sidratulmuntaha.
Baginda melihat seorang tua yang
bergigi rompong,
beruban,
tidak berisi,
dan berwajah sangat tua.

Lalu Nabi SAW bertanya kpd Jibrail,
"Siapa gerangan orang tua itu?"

Jawab Jibrail,
"Orang tua itu adalah perumpamaan bumi yang berusia lagi sudah tua"


Renung2 lah...sudah terlalu banyak kebinasaan bumi yg Allah SWT
tunjukkan satu persatu.

Sebahagian....


terkini...tanah runtuh di Keelung, utara Taiwan (25/4/2010)


gempa bumi Turki (8/3/2010)

gempa bumi Chile (28/2/2010)

gempa bumi Chile (28/2/2010)



Maut dlm keadaan...?

Salam semua...ini kes berita semalam di Gombak. Seorang pelajar lelaki dipercayai dr kolej komuniti menemui maut akibat terjatuh dr tingkat 5, Apartmen Julutong di Selayang Heights....gara2 cuba melarikan diri dari ditangkap khalwat bersama pelajar perempuan. Beliau dikatakan maut ditempat kejadian & mayatnya ditemui di longkang.

Dikatakan mereka berdua2an di rumah itu kerana rakan serumah pelajar perempuan tersebut tiada...

Hasil maklumat penduduk setempat...Jais menyerbu kediaman tersebut.

Bayangkan lah kawan2....mati dalam keadaan yg boleh dikatakan sedang mahu melakukan perkara yg dilarang oleh Allah SWT. Doa2 lah agar kita semua mati dalam keadaan yang beriman...dan bukan dalam melakukan maksiat...Amin...

Dan biarlah kematian kita mendapat keampunan dr orang2 disekeliling kita....terutama org2 tersayang...Amin.

Namun dalam hal ini, hanya Allah SWT yg mengetahui...Kita mungkin tak tahu, mungkin terdapat amalan2 baik yang dilakukan oleh individu tersebut....Allah SWT jua yg mengetahui.

gambar dr kosmo

Sunday, April 25, 2010

Abang long...hai...abg long.

Salam semua....asal kat umah je...mulut aku ni tak berhenti2 membebal....
Ko orang ade tak mengalami masalah sama cam aku....

Ini lah pasal masalah anak bujang aku sorang nie...usia dia da 7 tahun...masalahnya...aku geram sangat ngan dia....da berbuih2 rasanya mulut ni dok menegur kesalahan dia.....yg susah sgt laaaaaa dia nak ingat...

Tabiat dia yg aku naik hangin tu....

1. bila da guna tandas tu, tak reti2 nak flush....bila kita nak guna...hai...sisa dia ade lagi....cam ni tiap2 hari basuh tandas tu pun tak guna.

2. bila da guna bilik air tu, bersepah2...dengan sabunnya, syampunya, baldinya, gayung nye...dan apa2 lagi la..

3. sebelum nak masuk bilik air, (selalu dia guna bilik air depan) mandi, baju ngan seluar dia parking baik punya depan pintu bilik air tu....lepas tu, tak reti2 nak letak dlm bakul baju kotor.

4. lepas mandi, tuala tak reti nak sidai...dibiarnya atas karpet la...atas tilam la...

5. lepas ambil baju untuk di pakai, tak reti pulak nak tutup pintu almari tu....dibiarnya ternganga...nak suruh cicak masuk agaknya...

Ini lah masalah aku ngan anak bujang aku ni...bukan tak dicakap...da ckp byk kali....masuk telinga kanan keluar telinga kiri...

Akhir sekali, aku da tak larat nak menegur setiap kesalahan dia, jadi aku pun panggil dia dok bersemuka dengan aku & aku bagi tahu dia apa kesalah dia dari no. 1 - 5 di atas, lepas tu aku suruh dia sebut balik kesalahan tu, bior dia ingat & bagi amaran kat dia supaya dia tak buat lagi...

Sekurang2nya lepas ni aku x perlu sebut 1 per 1, tapi aku cuma ckp, "abg long, tolong buat apa yang patut" Jadi kerja dia la, ingat balik kelima lima perkara tu...mana yg dah buat, mana yg belum..

Tapi, Alhamdulillah nampaknya, ada perubahan sikap dia tu....Tapi biasala budak lelaki ni kepala dia ingat nak main je....Selang beberapa hari lupa balik...Kita kena ingatkan dia balik...mcm tulah.

Aku harap ibu bapa di luar sana jgn la jemu untuk terus mendidik & mendisiplin kan anak2 kita...Kesabaran yg tinggi kena ada...(emm...mcm la org yg menulis ni sabar sangat..hehe..). Bila masa cam ni...barulah kita sedar...susah payah mak ayah kita mendidik anak2...lagila kalau yg ramai anak nye...cam ne lah yek?...



Abg long...bergaya bukan main pandai lagi.

Friday, April 23, 2010

Kempen kami prihatian. Mari turut serta.

STICKY MODE UNTIL 30 APRIL 2010

Sekiranya anda rasa anda seorang blogger yang prihatin, tampal banner ni kat sidebar blog masing-masing. Jemput kawan-kawan anda untuk turut serta dalam kempen ini....

Sayangilah Anak-Anak Kita.


MATLAMAT KEMPEN:

MENINGKATKAN KESEDARAN ORANG RAMAI TENTANG GEJALA PENDERAAN KANAK-KANAK DAN PEMBUANGAN BAYI......

Lagu Tema Kempen: Harapan Tanpa Suara

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu : S. Atan
Lirik : Habsah Hassan

Untuk Klip Video Klik SINI.
Semoga usaha kita sedikit sebanyak dapat selamatkan mereka yang tidak berdosa. Berikanlah mereka peluang yang sama seperti apa yang pernah kita dapat dari orang tua kita......

Jom Banteras Penderaan dan Pembuangan Bayi.

Maklumat lanjut kempen, Klik SINI.

Info Penting:
Untuk join kempen ini, memadai anda menggantung banner di atas di sidebar blog masing-masing dan tinggalkan komen tanda sokongan anda di SINI. Sekiranya berminat untuk copy paste keseluruhan n3 ini, usaha anda amatlah dihargai.

Thanks in Advance.

Thursday, April 22, 2010

Emm..sedapnya mangga nie..

Salam semua....minggu2 yg menyibukkan...memang rasa cam tak nak n3 apa2...tapi...aku tak boleh lah kalau tak n3 langsung...apa tak nya sekurang2nya...bila aku n3 ni hilang sikit tension aku bila menanda tugasan & ujian budak2 aku....yg memeningkan kepala nie...

Dan aku pun risau gak kalau2 kawan2 dtg umah aku tp....tuan umah...tak de pulakkan?...
Dua hari lepas, aku ngan kawan kat ofis, melayan mak buyung yg mengidam nak makan mangga epal. Ni la mangganya yg dia orang kait kat pokok depan ofis kita orang..masam...mangga muda la katakan...tp ok je kalau cicah ngan rojak buah...

Sori la ye kat mak buyung-mak buyung kat luar sana...kot2 mengidam gak nak makan mangga nie....tak pe, kat pasar banyak....boleh cari. Sila la jamu....mana2 yg teringin tu...hehe..


besarkan buah dia...


emmm...sedapnya bila cicah ngan rojak buah

pokok mangga depan ofis kita orang

Sedikit info tentang mangga:
Mangga mengandungi carotenoid yang disebut beta crytaxanthin, sebuah antioksidan yang dapat melindungi terhadap beberapa jenis kanser seperti kanser usus dan kanser tulang tengkuk. Mangga termasuk buah yang kaya caratenoiddan serat. Juga kaya dengan vitamin A, E dan C yang dapat membantu sistem pencernaan.

Tuesday, April 20, 2010

Minggu2 menyibukkan..

Salam semua. Minggu2 yang menyibukkan....
Mungkin untuk seminggu 2 ni, aku tak dapat la nak n3 selalu...sebab..anak2 didik aku da nak menghadapi final exam. So, aku pun akan sibuk jugak la nak menyiapkan MKK (markah kerja kursus) dia orang..Harap2 kawan2 memahami keadaan ini...

Sebenarnya byk n3 yg ada kat kepala aku ni...tp apa2 hal pun, aku kena slow sikit...pasal nak siapkan kerja hakiki...& nak fulun ulangkaji budak2 nie...

Amanah tetap amanah yg perlu diselesaikan...
Untuk kawan2 terima kasih semua kerana sudi
menyinggah di umah aku ni dan sudi menjadi
kawan, walau di alam maya.


Sebahagian tugasan yg belum ditanda

Akibat tergesa-gesa...

Salam semua. Pagi ni, cam biasa la..sambil memandu ke tempat kerja bukak la sinar FM. Topik hari ni akibat tergesa2...lawak giler...sorang caller, dia bagi tahu akibat tergesa2, dia terbawa seluar kecik orang umah dia yang di sangka tuala atau saputangan la tu...sebab dia ni jenis yg kuat berpeluh....apatah lagi....tgh2 karen tak de pulak.....

Topik ni pulak mengingatkan kisah aku 2 tahun lepas 2008, masa tu en. hassan tgh praktikal KPLI.....di sekolah kat Simpang Renggam. Setiap hari kena ulang alik dr pulai...Disebabkan agak jauh dia kuar awal dari aku...dlm kul 5.50 pg. Kes ni terjadi beberapa hari praktikal...may be dia penat kot....satu hari tu dia kuar lepas tu dia kunci kami anak beranak dlm umah...da aku tak boleh nak kuar....terpaksala pusing ikut pintu belakang....heii geram jugak aku dibuatnya....tapi tak pelah aku memahami keadaan dia.

Kes tergesa2 ni biasalah. Aku rasa ko orang ada pengalamn yg sama gak. Kadang2 malam tu semua barang nak di bawa untuk kerja da siap da...tapi akibat bangun lambat...mungkin ader lagi yg tertinggal.

Seorang caller lagi cerita....akibat bangun lambat....dia tergesa2 masukkan semua brg2 beg sekolah anak dia & brg dia utk ke pejabat...lepas tu...punya kalam kabutnya dia terus masuk kereta, start enjin....bukak radio terus jalan.....beberapa minit lepas tu baru perasan apasal la kenderaan ni sunyi je?...tgk2 belakang anak2 dia..........la tertinggal kat umah.

Hai...macam2...aku dalam keta tergelak la sorang2........dapat la juga mengurangkan tension....apatah lagi kalau jalan sesak...he ....he

Monday, April 19, 2010

Cara baru...Jauh lah hendaknya.

Salam semua...n3 ni pulak aku dapat beberapa tahun yg lepas...da basi kot...tapi boleh lah kalau nak berkongsi tu, kalau ade2 yang belum terbaca.

Pasal kuman HIV. Aku rasa semua orang tahu tentang HIV nie..

"Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit" ataupun AIDS adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit.


Bagaimana HIV ini boleh dijangkiti?

1. melalui perhubungan seks tidak selamat (seks tidak selamat adalah seks tanpa

menggunakan kondom lateks).

2. melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari.

3. melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.


namun terdapat cara baru bagaimana kuman HIV ini boleh tersebar....angkara orang yang tidak bertanggungjawab.....Doa2 la agar dijauhi oleh Allah SWT...Amin

gambar hiasan

1. Terdapat kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling iaitu di mesin air minuman...
jadi pastikan bila anda membeli air, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... ..mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.


2. Di restoran makanan segera, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos.

gambar hiasan

3. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.


4.Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang duduk dikerusi dan terasa sesuatu benda mencucuk. Apabila berdiri didapati ada jarumpenyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat
virus HIV.

gambar hiasan

5. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, terdapat penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

Semoga kes2 cam ni tak berlaku di bumi Malaysia.
Related Posts with Thumbnails