Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Monday, April 12, 2010

Zahwah pun ada.

Salam semua. Minggu lepas aku hantar Zahwah check up. Lepas tu aku terus hantar dia gi klinik kat Taman Teratai. Bukan ape. Aku dapati nafas si Zahwah da kuat bunyinye. Batuk ngan selsema ada la sikit-sikit.

Aku fikir Zahwah tak mcm abg ngan kakak dia...rupanya sama juga..menghadapi masalah alahan, susah bernafas, pernafasan berbunyi dan masalah kahak seakan-akan simptom penyakit asma.

Menurut doktor, selain pemakanan, keturunan juga merupakan faktor anak mendapat masalah ini. Memang betul pun, mak aku kata, aku pun menghadapi masalah yang sama semasa kecil.
Masalah ini dikenali sebagai bronkitis atau bronkospasm. Jadi doktor pun bagi la rawatan nebulizer untuk membuka saluran pernafasan yang sempit. Apa lagi melalak-lalak lah si Zahwah. Lepas dapat nebulizer tu kurang sikit bunyi nafas dia. Dan doktor bagi ubat batuk dan ubat untuk cairkan kahak.

Nampaknya, Zahwah pun kena la tukar susu. Sebelum ni dia minum susu dumex dulux. Aku dan en. hassan tukarkan kepada isomil (susu soya), ikut lah mcm abg ngan kakak dia juga. Dalam nangis2 tu sempat juga la kita orang ambil gambar si kecik ni.

Beberapa hari ni, alhamdulillah syukur dan kurang la sikit.


Zahwah melalak-lalak diberi nebulizer


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails