Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Showing posts with label KPYPJ. Show all posts
Showing posts with label KPYPJ. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Berlangsungnya PESAS 2012

Assalamualaikum,
Sambungan PESAS (Pesta Sukan Antara Staf) 2012 lagi...  PESAS kali ini terdiri dari 4 kumpulan yg bertanding iaitu: ITP, KP&KIJ, KK dan KPMS&IH. Berlansung di Kompleks Belia dan Sukan Johor.

Pembuka tirai PESAS bermula pada Jumaat 13 April bagi perlawanan bowling di Danga City Mall. Aku sempat juga datang memberi sokongan kat mereka. Cuma yg sedihnya, pasukan bowling perempuan ITP merasakan seolah-olah tlh dianak tirikan oleh pihak urusetia. Apa tidaknya, team yg terdiri 4 org ini telah dipecah2kan mengikut lane pasukan pihak lawan. Keadaan ini telah menjatuhkan semangat para pemain.  Diharap pihak pengajur di masa akan datang lebih prihatin & bersikap lebih adil. Jgn fikir nak menyenangkan kerja sahaja. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku sekiranya pihak urusetia mengambil langkah lebih awal. 

Pasukan bowling lelaki ITP (dalam kumpulan), mujur tidak dipecahkan
sebagaimana pasukan perempuan ITP.


Keesokannya, Sabtu 14 April,  aku terlibat utk perlawanan bola jaring. Kami kalah dengan KP&KIJ, dan menang dengan KK dan KPMS&IH.  Malang tidak berbau, Masuk perlawanan ke-2 aku telah mengalami masalah lutut, dan tidak dapat meneruskan perlawanan membantu rakan2 yg lain. Pada masa itu, aku mula fikir, esok mcm mana? Dpt tak aku bermain utk futsal?...Haaa....sedih, sebab training beriya2, akhirnya tak dapat nak main. Aku cuma berserah saje. Kalau andainya tak dpt main futsal, nak buat cam ne. Apa2 pun, alhamdulillah, ITP walaupun tak juara, tp dpt tempat ke-2 bg acara bola jaring. (Tidak mencapai sasaran-JUARA)

 
1st game - ITP bertemu dengan KP&KIJ. Kalah 5-3.

Ini pula pasukan bola tampar perempuan.

Hari ke-3, Ahad 15 April, pagi perlawanan futsal lelaki dan perempuan.  Ternyata aku tak dapat turut serta bermain. Lutut aku semakin bengkak & amat sakit.  Memang tak boleh berlari. Namun terima kasih pd Kak Hanim yang menggantikan tempat aku. Walau bagaimanapun, aku turun juga utk memberi sokongan kepda rakan2. Dan tahniah kepada pasukan futsal perempuan kerana berjaya juga memperolehi tempat ke-2 setelah melalui persaingan yang sengit.

Srikandi futsal.

Kumpulan perbarisan ITP (biru)

Tahniah juga kpd kontinjen perbarisan kerana mendapat tempat pertama. Siap ade pemegang sepanduk & 2 maskot. Ko org semua memang best , walaupun keseluruhan kita jatuh no-3. Takpe..sukan akan dtg kita cuba dptkan no-1. Insyaallah.

2 maskot ITP. 

Wednesday, April 25, 2012

Sebelum PESAS 2012

Assalamualaikum, 
Alhamdulillah, kerana masih diberi kesempatan utk mengupdate blog nie. Kali nie, nak citer sedikit persiapan sebelum PESAS 2012 (sambungan entry sblmnya). Lebih kurang hampir 2 minggu atlet2 ITP dok training sebelum perlawanan sbnr.  Terasa seronok pulak setelah sekian lama tak bersukan. Nampaknya kebanyakan warga ITP memberi kerjasama memuaskan sepanjang latihan. Disebabkan kami tak cukup org, maka team netball dan futsal saling tolong menolong antara satu sama lain. Bila main netball, team futsal akan tolong, dan bila main futsal, team netball akan tolong pulak.  


Aku nie pulak asalnya main netball je, tp entah cam ne terjoin pulak pasukan futsal. Jadi aku kena main dua2, mujurlah jadual perlawanan tak sama. Di mana perlawanan netball pd Sabtu manakala futsal hari Ahad. Bila main futsal, eh....mcm best pulak. Ini first time aku main futsal. Sblm ni tak teringin pun nak main..


Acara sukan ni sbnrnya KPYPJ buat 2 thn sekali. Tu yg seronok kan main tu. Tapi kali nie, aku dah dianggap kategori veteran. Memang rasa agak berat sikit bdn nie, lutut pun da semacam je rasa bila berlari tu..huhu...Tapi yg penting semangat mesti ade. Di bwh ni adalah sebahagian gambar sepanjang latihan.

Ha....baling...baling... jgn tak baling...Staf lelaki turut membantu pasukan bola jaring

Barisan pasukan bola jaring.

Jurulatih futsal sedang memberi tunjuk ajar. Tq en. jurulatih (Fendi)

Thursday, April 19, 2012

Assalamualaikum
Hari ni, dah petang2 begini, rasa mcm nak update blog nie...mungkin da terasa bosan tak ade nak buat ape. Lg pun da lama benor aku tak update blog nie...da byk nor sesawangnya...hehe..

Alhamdulillah, student2 aku masih lagi dlm mood final exam minggu ni, tinggal 3 hari lagi je sblm boleh bercuti panjang selama 2 bulan, begitu juga lah dgn cikgunya. Namun bg aku, tempoh 2 bln ini akan digunakan utk kemas kini nota2 dan penyediaan kuiz, ujian dan sebagainya.

Alhamdulillah juga, kerana jumaat, sabtu dan ahad lepas (13-15 april 2012), pesas (pesta sukan antara staf KPYPJ) telah selesai dgn keputusan kolej aku ITP memperolehi tempat ke-3 drpd 4 pasukan. Tak pe lah boleh cuba lg di tahun hadapan. Insyaallah.

Oklah, Insyaallah aku akan sambung lagi cerita2 sblm, di sepanjang & slps pesas 2012.

Wassalam, jumpa lagi.

Friday, June 4, 2010

Kursus penasihatan akademik

Salam semua.. .2 hari aku tak bersiaran, sbnrnya kerana aku menghadiri kursus penasihatan akademik, untuk pertama kali diadakan pada tahun ini yg melibatkan semua tenaga pensyarah di setiap kolej di bawah KPYPJ.

Alhamdulillah, nampaknya kursus ini berjalan dgn agak memuaskan. Tujuan kursus adalah utk memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang penasihatan akademik di kalangan pensyarah terutama pensyarah baru.

Setiap pensyarah dikolej kami, dilantik sebagai penasihat akademik bagi membantu sekumpulan anak buahnya/pelajar dalam membimbing serta menyelesaikan masalah sama ada dalam bidang akademik mahu pun bukan akademik. Tujuannya, untuk memastikan agar pelajar di bawahnya dapat bergraduat dengan jayanya.

Selain sistem penasihatan akademik, asas kaunseling juga merupakan sebahagian silibus kursus. Ini kerana, sebagai pensyarah terutama di IPTS, mereka bukan sahaja mengajar tetapi sebagai penasihat akademik, mereka dianggap juga sebagai kaunselor, yg sedikit sebanyak berusaha menyelesaikan masalah anak2 buahnya. Maka itu, perlu jugalah didedahkan dengan asas2 kaunseling.

Dari kursus ini, ada juga sebahagian ilmu yang aku da tahu dan ada juga ilmu baru, yg aku belum tahu. Di harap, pihak majikan, akan dapat memikirkan lagi kursus yang baik untuk staf2 agar dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran. Insyaallah.

Diakhir kursus setiap peserta menerima sijil.

Dalam pada2 kursus tu, sempat lah juga aku ambil gambar yang entah apa2 nie.



Sebahagian penceramah

Menu sarapan pagi hari pertama & gula2 utk hilang ngantuk

Gambar dulu sblm melantak..hehe

Monday, May 31, 2010

Penutup Sukan YPJ 2010

Salam semua, n3 ni da lama aku nak post, tapi asyik x sempat je....sampai da jadi basi pun...
Tak pe la. Aku x kira, aku nak postkan juga n3 nie.

Ni gambar sekitar sukan YPJ di Kompleks Belia & Sukan Larkin. Aku cuma masuk 2 sukan aje, iaitu pentanque yg bermula 9 Mei 2010, dan bola jaring pada 16 Mei 2010. Alhamdulillah kedua2 acara yg aku masuk tidak menghampakan aku. Insyaallah kalau ader rezeki, x de aral melintang & umur panjang aku ingin menyertai sukan PESAYA pula tahun hadapan, di Sabah.

Sekitar perlawanan bola jaring & berehat sementara menunggu
majlis penutup

Majlis penyampaian hadiah & penutup

Pasukan kami; gabungan 3 kolej


Ini dia, pencapaian aku & kumpulan untuk sukan tahun ini.

Keputusan untuk johan keseluruhan telah dimenangi oleh YPJ Holdings. Tahniah la kepada yang menang tu...untuk yang kalah boleh cuba lagi utk sukan YPJ akan datang, yg dibuat 2 thn sekali....aku harap akan datang ramai lagi staf yg akan turut serta, jadi tak la asyik muka org yg sama je main pelbagai acara....

p/s; n3 sebelum ini sila KLIK

Monday, May 10, 2010

Berpentanque di hari ibu.

Salam semua. Aku nak ucapkan selamat hari ibu utk ibu2 & juga yg bakal menjadi ibu..Saat hari2 ibu, ahad semalam, aku pulak berada di gelanggang pentanque manakala en. hassan bersama anak2 di rumah. Alhamdulillah kurang satu bebanan / tekanan yg aku hadapi. Debaran semalam akhirnya menempatkan aku naib juara kategori wanita.

Dikesempatan ini ingin aku merakamkan jutaan terima kasih kepada penyokong2 aku yg sanggup menunggu sampai ke final....terima kasih kepada kak min, ezreen, zai, jun dan dibah di atas sokongan kalian..tapi aku minta maaf lah sebab aku hanya layak bergelar naib juara sahaja...mungkin perlu lagi banyakkan latihan. Untuk Zai, walaupun kau tidak mara ke final, tp pada aku kau tetap single terbaik pasukan YPJ.

Kalau aku diberi pilihan, aku lebih selesa bermain secara bergu...dan bukan single. Sebab apa? sebab aku tak kuat utk berdepan dengan tekanan jika bermain scr berseorangan.

Mungkin sesetengah org menganggap permainan ini tidak mencabar spt permainan bola sepak, bola jaring, badminton dll. Tetapi sebenarnya pentanque ada cabaran & kemahiran yg tersendiri. Di mana anda perlu tentukan bila masa bola harus masuk @ memukul bola pihak lawan. Anda juga harus bijak mengawal emosi dan tekanan..kerana jika anda tidak bijak mengawalnya, kemungkinan balingan anda akan tersasar dr yg sepatutnya. Kemungkinan juga selepas bermain, kaki anda akan lenguh2 kerana berdiri lama sepanjang bermain. Mcm aku ni, x dpt tido mlm tadi pasal lenguh2 kaki.

Tamat acara pentanque, bola jaring pulak akan bermula Sabtu dan Ahad depan (15 & 16 Mei). Jom mana2 yg dok sekitar JB dtg la ke Kompleks Belia & Sukan, Larkin kalau nak bagi sokongan, terutama staf2 YPJ yg x de acara tu.

Aku sempat gak ambil gambar sepanjang perlawanan pentanque ni.


khemah urusetia





final (aku.....baju biru)

dr kiri; kak min, ezreen dan dibah
(promote blog sekali ezreen...hehe)

penangan pentanque

Sesiapa yg tak mengenali sukan pentanque, bolehlah baca artikel ini...SILA KLIK
atau post terdahulu yg pernah aku tulis.

Friday, May 7, 2010

Demam sukan YPJ

Salam semua, sejak beberapa hari ni aku sibuk training utk sertai sukan YPJ. Setiap hari aku & staf yg terlibat dgn acara diberi pelepasan 2 jam untuk buat latihan bermula 8-10 pg...tp kadang2 terlajak gak sampai ke pukul 11 pg. Apa taknya, bukan 1, malah 2 acara aku masuk; netball & pantanque.

Biasanya sukan ini dibuat 2 tahun sekali...utk pemilihan ke PESAYA (Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se Malaysia) tahun depan ....Tahun depan giliran tuan rumah PESAYA ialah Sabah. Tentu ramai staf yg nak gi...almaklumlah naik 'belon'.

Sempat gak lah ambil gambar masa tgh training....

pantaque

yg tgh duduk tu training ke melepak?



pasukan takraw

Untuk hari ni da bermula acara pertama, bowling kat Dangan City Mall....Pantanque pulak ahad ni kat Kompleks Belia & Sukan Larkin bermula 8.30pg hingga selesai..Netball pulak minggu depan bermula 15-16 mei.
Sape2 rasa nak buang masa, boleh la dtg bagi sokongan...terutama kat staf2 KP yang x join apa2 acara tu.....mcm COMEL, ALAM SARI ...hehe...jgn marah ye...


Related Posts with Thumbnails