Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Friday, April 16, 2010

Asap ape ni?

Hai asap apa lak ni? Ha..kalau ko orang nak tahu ni asap akibat adenya kes denggi kat tempat aku. Semburan ni dibuat semalam petang.

Rupa2 jiran depan umah aku, baby dia disahkan denggi.

Bila semburan cam ni, teringat la aku kisah 2 tahun yang lepas. Awal 2008, pertama kali kawasan rumah kita orang disembur. Masa tu, nak tahu siapa yg kena denggi? ha...en. hassan aku la. Mana dia dpt pun aku tak tahu.

Terpaksalah duk kat hospital Kulai...masa tu beberapa hari sebelum dia daftar KPLI. Aku pulak baru berjinak2 bawa keta...sblm tu jadi jadi bos je, duk sebelah driver. Kenalah drive sendiri gi keja...mujur en. hassan sempat ajor aku sblm dia masuk hospital.

Bila semburan kali ke-2 ni, risau gak kita orang, doa2 jangan la ade kes baru lagi. Untuk pengetahuan ko orang, semburan ini hanya dapat membunuh nyamuk aedes dewasa sahaja. Seseorang yang terkena gigitan nyamuk aedes ini akan menunjukkan tanda2 seperti demam dan diikuti dengan tanda2 lain antara 3 ke 14 hari.

Antara tanda lain spt; sakit kepala yg teruk, sakit sendi dan otot, keradangan (bintik2 merah), sakit perut, mual muntah dan cirit-birit

Biasanya, pesakit akan digalakkan untuk minum air dengan banyak, tetapi jika pesakit tidak mampu meminum, maka cecair intravena akan dilakukan bagi mengelak dari berlaku kekeringan atau hemoconcentration yang teruk. Jika bilangan platelet darah rendah, pemindahan darah mungkin adalah diperlukan.

Jadi, aku sarankan...sama2 lah kita menjaga kawasan persekitaran tempat tinggal kita...jangan biarkan ada air yang bertakung. Sebab nyamuk ni cepat membiak, dalam masa 14 hari, dia dapat menyelesaikan kitaran hayatnya pada 20 darjah celcius.

Akhir kata, cegahlah DENGGI.







No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails