Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Tuesday, April 6, 2010

Simpan...jangan tak simpan

Salam semua. Hari nie, aku nak cakap pasal duit. Sebelum tu satu persoalan yang perlu ko orang jawab ialah sudahkan ko orang mula menyimpan?

Aku percaya ada di antara kalian yang dah pun mula menyimpan...dan sampai sekarang da berkepok-kepok duit. Dan mungkin ade juga yang baru nak mula menyimpan dan mungkin ade juga yang langsung belum ade simpanan.

Aku cuma nak katakan di sini, menyimpan adalah satu amalan yang baik untuk jangka masa panjang. Kalau nak menyimpan, maka simpanlah sekarang, jangan tunggu bulan depan, tahun depan, dua tahan akan datang atau beberapa tahun akan datang.

Kenapa ek kena simpan sekarang?

Jawabnya, kalau korang belajar nilai masa wang, kita ada satu istilah nilai masa hadapan. Maksudnya nilai wang yang ada pada hari ini akan digandakan pada masa akan datang. Dengan kata lain nilai wang pada hari ini akan menjadi lebih besar nilainya pada masa akan datang. Ini disebabkan terdapat faedah yang akan dikompaunkan. Bermakna faedah bukan sahaja dikira atas amaun prisipal tetapi juga ke atas faedahnya sekali.

Contoh kalau korang ade duit RM2,000, andai kata faedah 8% setahun, maka hujung tahun 1 nilai wang sudah jadi RM2,160. Hujung tahun ke-2, faedah akan dikira bukan sahaja atas RM2,000 tetapi juga ke atas faedah RM160 yang anda dapat pada tahun 1 tadi.

Satu lagi faktor supaya simpanan anda banyak, jumlah yang hendak simpan mestilah besar. Tapi itu ikut kemampuan la. Paling minimum simpanan ialah 10% daripada pandapatan gaji anda.

Cuma nak cakap kat sini jangan kita jadi mcm orang zaman dulu, simpan duit bawah bantal. Kalau mcm ni, duit kita tidak akan berganda. Simpanlah di mana-mana institusi kewangan yang menawarkan faedah simpanan.

Satu lagi, aku tak setuju sangat kalau kita simpan melalui cara "main kutu". Pernah dengar tak? Main kutu tu caranya, 1 kumpulan akan dibentuk yang terdiri biasanya 12 orang untuk cukupkan tempoh satu tahun. Setiap bulan, setiap orang kena bagi contoh RM100. So, kat sini sebulan dapat kumpul RM1,200. Pemain kutu pertama akan dapat sejumlah wang ini, diikuti pula pemain ke-2 pada bulan hadapan dan seterusnya. Proses ini pun menyimpan juga namanya. Tetapi ia tidak dapat menggandakan duit kita. Kita keluar RM1,200 untuk 1 tahun dan akhirnya kita akan dapat balik RM1,200 juga.

Satu lagi, cara aku, kalau kita dah simpan, sebaik-baiknya jangan kita usik atau keluarkan kecuali kalau keadaan terdesak la sangat2.

Dan satu lagi berjimat dalam berbelanja adalah segala-galanya. Kalau rasanya perkara tu tak perlu, so tak usah kita keluarkan duit. Berbelanjala hanya yang perlu sahaja.

Ok la...harap2 lepas ni sama-samalah kita menyimpan.


4 comments:

  1. Simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit..

    ReplyDelete
  2. setuju..............entry y amat bermanfaat.teruskan usaha..

    ReplyDelete
  3. Salam, wah.. bagus entry Ayu ni. Patutlah dilantik jadi bendahari BKS setiap dua tahun...

    p/s: duit Ayu mesti dah bkepok3 jugak ni...

    ReplyDelete
  4. Hai kak yus. udah2 lah tu...letih la jadi bendahari. kalau kayo pun duit orang. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails