Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Monday, April 5, 2010

Sasaran kerja lagi ke?

Alamak...apa ke benda ni? Ha.. ini lah dia dokumen yang baru aku dapat pagi nie, untuk diisi dan kena submit esok. Seingat aku, aku baru je isi borang ni semester lepas, da nak kena isi lagi.

Oppsss...tak2. Aku tersilap semester lepas tu yang aku isi adalah sasaran prestasi, maknanya anggaran peratusan prestasi yang aku mungkin dan yakin boleh capai. Dan dokumen yang baru aku dapat nie untuk output nya.....hasilnya la tu, sama ada apa yang aku harapkan atau peratusan prestasi aku tu tercapai atau jauh dari sasarannya.

Kalau kita belajar pengurusan, penilaian prestasi itu adalah sangat penting dalam mana2 organisasi, terutama bagi sesebuah organisasi yang besar. Antara tujuannya ialah untuk melihat pencapaian kerja kakitangan sama ada mengikut keperluan organisasi atau sebaliknya. Ia dapat membantu meningkatkan prestasi pekerja.

Penilaian seharusnya dibuat secara adil dan saksama tanpa ada birokrasi, kroni dan sebagainya. Dan sepatutnya berdasarkan penilaian yang adil itulah, maka pekerja yang mempunyai prestasi yang baik seharusnya dihargai sama ada melalui kenaikan pangkat, gaji, bonus dan sebagainya. Manakala bagi pekerja yang prestasinya menurun atau tidak memuaskan, haruslah dikaji apakah faktor2 sama ada dalaman atau luaran yang mungkin menjejaskan prestasi mereka dan seharusnya tindakan lanjut perlu dibuat.

Kesimpulanya, aku rasa penilaian prestasi pekerja memang patut dibuat oleh mana2 organisasi. Cuma bagaimana prosedurnya mungkin berbeza antara satu organisasi dengan organisasi yang lain. Tapi yang tak bestnya kalau organisasi itu buat penilaian hanya untuk melepaskan batuk ditangga sahaja, maka itu tak akan membantu kepada kemajuan sesebuah organisasi.

Akhir sekali buatlah sesuatu dengan bersungguh-sungguh supaya apa yang diinginkan akan tercapai...Ok..aku nak isilah borang nie...salam.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails