Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Thursday, April 30, 2009

Kawan lama di SMT

Minggu Saham Amanah Malaysia di JB bermula 20 - 27 April 2009. Saya sempat juga ke sana semasa perasmian oleh PM kita. Hari Sabtu selepas itu, saya pergi sekali lagi bersama husband. Tak sangka pulak dapat jumpa kawan lama (Nezila Mokhtar) masa sekolah kat SMT, Mersing, 1993. Rupanya dia ajen Etiqa Insurance Bhd. Cuma mungkin kami tak terserampak masa hari perasmian tu.

Bayangkanlah setelah 16 tahun ,kita orang jumpa balik. Tentulah banyak cerita, tapi masa tak mengizinkan, dapat la cerita serba sedikit kisah hidup masing-masing. Sedih juga dengar kisah Nezi. Tak pe ye Nezi, sabar. Sebagai kawan, aku doakan kau tabah mengharungi kehidupan dan menemui apa yang diimpikan.

Bila dikenang-kenang, seronoknya masa zaman persekolahan. Tapi tak mungkin masa itu akan kembali.


Thursday, April 23, 2009

Majlis kesyukuran

Sabtu lepas, majlis kesyukuran atas kelahiran anak buah telah dibuat di kampung. Haji Sakaria dan Hajah Daliyaton menyambut kelahiran cucunya yang ke-5. Majlis dimulakan dengan bacaan yassin diikuti dengan berzanji. Majlis dibuat ketika bayi berusia 53 hari. Tetapi sebenarnya rambut bayi dah pun dicukur semasa usia bayi 7 hari. Tahniah buat uda atas kelahiran anak sulung. Jangan serik nak dapat baby lagi.


Tuesday, April 21, 2009

Zahrah pulak kena cengkering

Baru beberapa minggu lepas Abang Hadif kena cengkering. Sekarang ni da jangkit kat adik dia pulak. Tapi mujur la kena lepas balik dari lawatan ke KL. Le ni Zahrah ada kat kampung, mungkin seminggu kot. Malam tadi dia call sedih pulak dengar suara dia asyik cakap nak balik je. Maklumla dia tu tak pernah kena tinggal sorang kat kampung tanpa abang dia. Tapi nak buat cam ne kan, kena tunggu sampai dia baik dari cengkering la.

Masih ceria lagi

Lawatan KL 2009

12 hb April yg lepas, lawatan Tadika Hikmah YPJ ke KL. Hari yang Abang Hadif tunggu-tunggu. Mujur la dia da baik dari cengkering. Kita orang bertolak Sabtu malam jam 12 tengah malam. Tahun ni 11 buah bas digunakan yang membawa ahli rombongan bagi seluruh tadika hikmah YPJ Johor. Tahun 2007 yang lepas 7 buah sahaja. Tapi yang ramai pergi mak bapak budak-budak. Budak-budaknya tak la ramai mana. Tapi tetap seronok.

Sampai ke Putrajaya 5 pagi, berhenti untuk siapkan diri, solat subuh dan sarapan. Destinasi pertama ialah Muzium TUDM di Sungai Besi. Kemudian ke Planetarium dan terus ke Sunway Lagoon.

Hadif paling seronok kat Sunway Lagoon la. Zahrah sampai menggigil-gigil, tapi tetap nak mandi lagi. Ini sebahagian gambar yang dapat dirakam.


Wajah ceria sebelum bertolak jam 10.45 malam.

Di Putrajaya (pagi)

Kat Planetarium


Muzium TUDM


Kat Sunway Lagoon. Gambar mandi manda tak dpt nak rakam

Thursday, April 9, 2009

Exora

My husband minat sangat dengan Exora nie.. Jom layan...........











Berita gembira

Baru balik dari kampung semalam. Dapat berita gembira. Untuk Andak & Ain, tahniah kerana bakal menimang cahaya mata yang pertama. Samalah pulak yek, due date nya bulan November 2009 nie dengan Kak Long.

Hai...macam tak caya pulak Andak da nak jadi ayah. Semoga dapat menjadi ayah yang baik.



Gambar semasa perkahwinan Andak & Ain pada Disember 2008

Nampaknya Haji Sakaria & Hajah Daliyaton dapat 3 cucu la ye tahun nie. Baru-baru nie Uda selamat melahirkan baby sulong pada 25 Februari 2009. Sama pulak tarikhnya dengan hari lahir Usu. Tahniah untuk Uda & suami.

Thursday, April 2, 2009

Abang Hadif kena cengkering..

Dua hari ni rasa badan kurang enak. Abang Hadif pulak sekarang ni kat kampung. Selasa malam kita orang hantar dia sebab kena 'chicken-pox' (cengkering). So, tak boleh la gi sekolah. Tu yang tak larat badan sebab balik hari. Tolak lepas maghrib, sampai kampung kul 10 malam, kul 11 da tolak balik JB sampai umah kul 1 pagi.

Ingat nak update blog semalam, tapi kat ofis pun melepek je....makan pun tak selera.. Hari ni adala selere sikit nak makan, lepas makan 2 jam da keluar balik segala isinya. Hai letihnya orang bawa budak ni.

Telefon kampung, mak kata Abang Hadif ok je. Budak lasak la katakan. Tak pulak kena demam walaupun cengkering. Orang kata biasanya sebelum cacar tu keluar kita akan demam dulu. Mak ka
ta lagi, makan pun boleh tahan ada selera, ngalahkan ibu dia. Mak pun ada bagi minum air kelapa muda.

Mujurla Abang Hadif kena minggu ni, sebabnya minggu depan kita orang nak join lawatan Tadika YPJ ke KL. Cakap kat Abang Hadif rajin makan ubat, cepat baik, kalau lambat baik tak boleh gi KL.

Untuk Abang Hadif, Ibu doakan semoga cepat sembuh, dan jangan nakal-nakal kat kampung tu.















Related Posts with Thumbnails