Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa

21 Jun adalah hari bapa. Selamat hari bapa kepada semua bapa-bapa, semoga anda menjadi bapa yang terbaik dan dapat mendidik dan membimbing keluarga anda ke jalan yang diredhai.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari bapa untuk ayahku. Sukar untuk aku ucap dengan kata-kata. Terima kasih di atas bimbingan dan didikan yang diberikan. Tak lupa juga buat mak, terima kasih atas segala pengorbananmu. Semoga mak dan ayah akan berbahagia selamanye...




Sentuhanmu

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Melodi: Abai Os (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Jemputan Rakan

13 Jun lepas aku dan family gi birthday party anak kawan aku di Nusa Bestari. Sebenarnya da banyak kali da kawan aku ni jemput birthday party anak dia, cuma aku dan en. hassan tak berkesempatan, apa tak nye asyik balik kampung je. Birthday girl (Mimin) kite ni baru menyambut ulang tahunnya yang ke-4. Untuk Mimin, acik ayu doakan supaya mimin jadi budak yang baik, dengar cakap mama dan papa, jangan ganas-ganas tau......

Ade la sikit gambar yang dapat aku rakam. Untuk budak-budak ada juga game kerusi bertuah. Abang Hadif no ke 2 yg terkeluar. Mimin pulak kalau tak silap no. ke 4 terkeluar. Budak berdua ni bukannye reti nak rebut kerusi...


Mimin paling kiri

Hadif & Zahrah sibuk dok keliling kek orang


Zahrah takut ngan chicky

Rebut kerusi

Tuesday, June 16, 2009

Demo kat rumah aku.

Malam jumaat yang lepas, ada la sorang jurujual tu nak buat demo kat umah aku. En Khairul namanye. Sebelum tu dia da call en. hassan minta persetujuan nak buat demo tu.... En. hassan kata nak buat demo tu tak kisah tapi jangan harap la kalau nak beli barang tu.

Sebenarnya barang yang en. khairul kita jual ni ialah vacuum jenama aura roboclean keluaran Jerman. Aku ngan suami aku memang tertarik la dengan produk nie.. kalau ade duit nak je beli. Vacuum ni tak sama dengan yg lain sebab dia berasaskan air. Tujuannya untuk menyerap habuk & habuk tidak akan kembali semula ke udara. Selain dari itu, pewangi juga boleh dititikkan dalam air tadi, dan apabila kita membersih ia akan mengeluarkan bau tersebut. Tapi lepas habis vacuum, mak oi....air dia hitam dek habuk-habuk yang terperangkap.

Masa tu en. khairul dok demo bersihkan kita orang punya cadar, tilam, bantal, carpet, anak patung zahrah sekali pun dia vacuum. Nak tahu tak berapa harga dia....antara Rm5000 - Rm7000. Tapi kita orang tak beli pun, Insya Allah la kalau ade duit lebih nanti. Sape-sape yg ade duit lebih tu, boleh la kalau nak beli. Terutama kalau ada antara ahli keluarga yg ade asma.

Laptop pun dia tolong bersihkan, berus tu dibuat dr ekor kuda tau..
tujuannya supaya permukaan yg dibersihkan x calar

Habis semua anak patung zahrah kena sedut



ha.. ini bantal pulak

Tilam hadif paling banyak habuk, padahal
beru je beberapa bulan lepas basuh


Thursday, June 11, 2009

Sarung bantal

Sebelum pulang dari bercuti di kampung mak mertua aku sempat la jahitkan untuk Zahrah 2 helai sarung bantal baru. Sebabnya sarung bantal yang sedia ada tu da buruk bebebor. Si zahrah mulanya excited sebab sarung bantal baru gambar cartoon.

Setiap kali balik kampung, mesti bawa 1 bantal (kalau tak tak bole tido) dan 2 lagi tu tinggal la kat umah. Dua bantal sarungnya sama dan da uzur pun. Dan yg 1 lagi tu bole dikatakan masih baru, sarung bunga2. Tapi bantal ini bukan kesukaan dia.

Namun begitu, bila sampai je Pulai, bantal yang sarungnya da uzur tu juga yang menjadi pilihan zahrah. Dia tak nak pun pakai sarung yang baru tu.

Aku hantarla gambar ni kat mak aku kat kampung, terkejut & hairan dia tengok..."kenapa masih baring atas bantal sarung lama tu" aku jawab "entah...dah itu yg dia suka...nak buat cam mane?"

Hai, Zahrah-zahrah, kalau kata dia tu, itulah juga yg kita kena ikutkan....
Anak2 ko orang macam mana pulak?


Masih setia menggunakan sarung bantal yg uzur.

Ini sarung bantal baru

Sarung bantal lama yg warnanya da pudar berbanding
sarung bantal baru

Scrapbook

Ni tengah tak de keja....saje2 aku buang masa buat scrapbook ni. Benda alah ni aku ambil dari link yang ada kat laman web winnie. Cantik tak? Kalau nak cuba, gi la laman web nie.. Gambar aku & en. hassan tak buat la, sebab gambar kita orang ni cun sangat.

Ok, selamat mencuba bagi yg nak mencuba lah....


Photo Albums at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com


Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com



Birthday Tickers from WiddlyTinks.com



Pregnancy Tickers from WiddlyTinks.com

Wednesday, June 10, 2009

Jalan-jalan di Mersing

Cuti seminggu, family aku tak ke mana pun. Kalau nak berjalan pun kena tunggu en. hassan balik le dari Taman Negara Endau-Rompin. Akhirnye kita orang pergi jalan-jalan Mersing je. Lepas beli keropok lekor, bawa budak-budak ke pantai mersing. Boleh la dia orang main2 kat situ. Pantai Mersing tak sesuai untuk mandi, sebab pantai dia berlumpur. Kalau nak mandi-manda pergilah Pantai Air Papan ke atau Pantai Tanjung Leman.








Tuesday, June 9, 2009

Taman Negara Endau-Rompin

Kali ni aku ambil kesempatan untuk uploud gambar bagi pihak husband aku. Pada 30 Mei - 1 Jun 2009, en hassan kita bersama beberapa orang guru yang lain (Sek. Men Gelang Patah) telah membawa lebih kurang 60 pelajar ke ekspedisi Taman Negara Endau-Rompin.

Untuk pengetahuan ko orang, yang bukan orang Johor la, ada 2 pi
ntu masuk ke taman negara ni. Ko orang boleh masuk sama ada ikut jalan Kluang-Kahang-Mersing iaitu ke Kg Peta atau ikut Segamat melalui Bekok ke Kg Selai. Kat sini aku sertakan peta untuk memudahkan gambaran ko orang.


Kalau melalui Kahang untuk masuk menuju ke Kg Peta lebih kurang 55 - 60 km. Tapi untuk pengetahuan ko orang bas tak boleh lalu ye jalan tu...sebab jalan tanah merah dan tidak rata. Ekspedisi en. hassan kita tersangkut kat Kahang sebab dia orang ingat boleh masuk dengan bas. Apa lagi en. hassan kita pun call dia punya father-in-law (ayah aku le..) tanya kalau2 ade kawan yang ada lori. Mujur dapat 2 buah lori (lori buah kelapa sawit agaknye... le..), barula dapat masuk. Ini adalah sebahagian gambar-gambar yang dapat en. hassan rakam.






Bila tengok gambar2 ni teringat lah pulak. Aku pun pernah gak pergi ke Taman Negara Endau-Rompin. Masa tu pergi ngan en. hassan & staf YPJ. Masa tu en. hassan masih join KP lagi. Tapi kita orang pergi melalui Bekok ke Kg. Selai. Dari Bekok lebih kurang 26 km ke Selai. Masa tu tahun 2004. Aku pulak baru beberapa bulan habis pantang first baby. Minat punya pasal nak juga pergi. Baby tinggalkan kat kampung. Seronok memang seronok. Kalau ade peluang, nak pergi lagi. Tapi agak2 larat lagi ke yek? Ini la gambar masa 5 tahun yg lepas.






Sunday, June 7, 2009

Perompak mengamuk

Minggu lepas kebanyakan staf KP gi pesaya, disebabkan aku tak dpt pegi, so aku ambil cuti seminggu balik kampung kat Mersing. Kononnya nak menenangkan fikiran tapi lain pulak jadinya. Nak tahu kenapa???? beberapa minggu yg lepas perompak entah mana-mana mengamuk, Habis rumah orang kampung di masuknya.

Kampung aku nie kat Tenggaroh 1. Tapi bukan Tgh 1 je dia sapu, Tgh lain pun sama. Pernah la mak aku cakap satu malam dia orang dok merompak 7 buah rumah sekali. So, bila tiba malam je,, nak tido pun tak lena..... takut beb....masing-masing bawa parang panjang. Pak cik-pak cik kat sana pun dah buat rondaan start kul 1.00 pg - 5.00 pg.

Faham2 la rumah kampung, kat belakang umah, mana ade jalan mcm kat kawasan perumahan ni. Yang kita dok meronda ikut jalan depan yg perompaknya pulak ikut belakang masuk semak-semak tu. Itu yg payah nak tangkap.

Maklumat pak cik-pak cik yg mana rumah dia orang da kena masuk, dia orang cakap, adelah dalam 4 orang, muka masing-masing tutup ngan kain nampak mata je, lagi satu bau dia orang.....masyaallah...busuknya mcm bau bangkai. Kata orang mungkin dia orang ni tengah menuntut buat kerja tu 40 malam, dalam tempoh tu mesti masuk 40 buah rumah dan dlm tempoh tu juga dia orang tak boleh mandi. Kau orang bayangkanlah kalau tak mandi lepas tu ikut pulak laluan semak-semak tu...tak ke bau bangkai badan dia orang tu. Kau orang pernah dengar tak setengah perompak ni ada ilmu dan sanggup menukarkan dirinya jadi babi supaya senang nak menyusup dan merompak. Ko orang tak percaya?

Malam Jumaat jam 3 ke 4 pagi adik aku ade dengar dia orang nak gegar pintu belakang umah kita orang. Tapi tak jadi masuk sebabnya dia orang perasan rumah tu ade alarm. Tapi malam tu memang aku tak dapat tido. ..asyik-asyik terjaga je... my husband pun sama. Sebelum tu, apa-apa barang bernilai kita orang da sembunyikan.

Aku harap cepat-cepat la perompak2 ni kena tangkap...risau beb....
Related Posts with Thumbnails