Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Thursday, April 26, 2012

Berlangsungnya PESAS 2012

Assalamualaikum,
Sambungan PESAS (Pesta Sukan Antara Staf) 2012 lagi...  PESAS kali ini terdiri dari 4 kumpulan yg bertanding iaitu: ITP, KP&KIJ, KK dan KPMS&IH. Berlansung di Kompleks Belia dan Sukan Johor.

Pembuka tirai PESAS bermula pada Jumaat 13 April bagi perlawanan bowling di Danga City Mall. Aku sempat juga datang memberi sokongan kat mereka. Cuma yg sedihnya, pasukan bowling perempuan ITP merasakan seolah-olah tlh dianak tirikan oleh pihak urusetia. Apa tidaknya, team yg terdiri 4 org ini telah dipecah2kan mengikut lane pasukan pihak lawan. Keadaan ini telah menjatuhkan semangat para pemain.  Diharap pihak pengajur di masa akan datang lebih prihatin & bersikap lebih adil. Jgn fikir nak menyenangkan kerja sahaja. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku sekiranya pihak urusetia mengambil langkah lebih awal. 

Pasukan bowling lelaki ITP (dalam kumpulan), mujur tidak dipecahkan
sebagaimana pasukan perempuan ITP.


Keesokannya, Sabtu 14 April,  aku terlibat utk perlawanan bola jaring. Kami kalah dengan KP&KIJ, dan menang dengan KK dan KPMS&IH.  Malang tidak berbau, Masuk perlawanan ke-2 aku telah mengalami masalah lutut, dan tidak dapat meneruskan perlawanan membantu rakan2 yg lain. Pada masa itu, aku mula fikir, esok mcm mana? Dpt tak aku bermain utk futsal?...Haaa....sedih, sebab training beriya2, akhirnya tak dapat nak main. Aku cuma berserah saje. Kalau andainya tak dpt main futsal, nak buat cam ne. Apa2 pun, alhamdulillah, ITP walaupun tak juara, tp dpt tempat ke-2 bg acara bola jaring. (Tidak mencapai sasaran-JUARA)

 
1st game - ITP bertemu dengan KP&KIJ. Kalah 5-3.

Ini pula pasukan bola tampar perempuan.

Hari ke-3, Ahad 15 April, pagi perlawanan futsal lelaki dan perempuan.  Ternyata aku tak dapat turut serta bermain. Lutut aku semakin bengkak & amat sakit.  Memang tak boleh berlari. Namun terima kasih pd Kak Hanim yang menggantikan tempat aku. Walau bagaimanapun, aku turun juga utk memberi sokongan kepda rakan2. Dan tahniah kepada pasukan futsal perempuan kerana berjaya juga memperolehi tempat ke-2 setelah melalui persaingan yang sengit.

Srikandi futsal.

Kumpulan perbarisan ITP (biru)

Tahniah juga kpd kontinjen perbarisan kerana mendapat tempat pertama. Siap ade pemegang sepanduk & 2 maskot. Ko org semua memang best , walaupun keseluruhan kita jatuh no-3. Takpe..sukan akan dtg kita cuba dptkan no-1. Insyaallah.

2 maskot ITP. 

Wednesday, April 25, 2012

Sebelum PESAS 2012

Assalamualaikum, 
Alhamdulillah, kerana masih diberi kesempatan utk mengupdate blog nie. Kali nie, nak citer sedikit persiapan sebelum PESAS 2012 (sambungan entry sblmnya). Lebih kurang hampir 2 minggu atlet2 ITP dok training sebelum perlawanan sbnr.  Terasa seronok pulak setelah sekian lama tak bersukan. Nampaknya kebanyakan warga ITP memberi kerjasama memuaskan sepanjang latihan. Disebabkan kami tak cukup org, maka team netball dan futsal saling tolong menolong antara satu sama lain. Bila main netball, team futsal akan tolong, dan bila main futsal, team netball akan tolong pulak.  


Aku nie pulak asalnya main netball je, tp entah cam ne terjoin pulak pasukan futsal. Jadi aku kena main dua2, mujurlah jadual perlawanan tak sama. Di mana perlawanan netball pd Sabtu manakala futsal hari Ahad. Bila main futsal, eh....mcm best pulak. Ini first time aku main futsal. Sblm ni tak teringin pun nak main..


Acara sukan ni sbnrnya KPYPJ buat 2 thn sekali. Tu yg seronok kan main tu. Tapi kali nie, aku dah dianggap kategori veteran. Memang rasa agak berat sikit bdn nie, lutut pun da semacam je rasa bila berlari tu..huhu...Tapi yg penting semangat mesti ade. Di bwh ni adalah sebahagian gambar sepanjang latihan.

Ha....baling...baling... jgn tak baling...Staf lelaki turut membantu pasukan bola jaring

Barisan pasukan bola jaring.

Jurulatih futsal sedang memberi tunjuk ajar. Tq en. jurulatih (Fendi)

Thursday, April 19, 2012

Assalamualaikum
Hari ni, dah petang2 begini, rasa mcm nak update blog nie...mungkin da terasa bosan tak ade nak buat ape. Lg pun da lama benor aku tak update blog nie...da byk nor sesawangnya...hehe..

Alhamdulillah, student2 aku masih lagi dlm mood final exam minggu ni, tinggal 3 hari lagi je sblm boleh bercuti panjang selama 2 bulan, begitu juga lah dgn cikgunya. Namun bg aku, tempoh 2 bln ini akan digunakan utk kemas kini nota2 dan penyediaan kuiz, ujian dan sebagainya.

Alhamdulillah juga, kerana jumaat, sabtu dan ahad lepas (13-15 april 2012), pesas (pesta sukan antara staf KPYPJ) telah selesai dgn keputusan kolej aku ITP memperolehi tempat ke-3 drpd 4 pasukan. Tak pe lah boleh cuba lg di tahun hadapan. Insyaallah.

Oklah, Insyaallah aku akan sambung lagi cerita2 sblm, di sepanjang & slps pesas 2012.

Wassalam, jumpa lagi.
Related Posts with Thumbnails