Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Monday, May 31, 2010

Semangat bercucuk tanam.

Salam semua. Minggu lepas aku cuti panjang. Org lain start cuti wesak day, jumaat...tapi aku hari khamis da cuti. Rasa cam x larat nak gi keja, apatah lagi tengok rumah berkepor, so pasang la niat nak berkemas umah. Lagi pun rancangnya wesak day nak balik kampung.

Ikut hati malas nak balik, sebabnya minggu lepas baru je kami sekeluarga balik. Minggu ni balik sebab adik aku si uda sibuk suruh aku balik. Maklumlah dia ni susah sikit nak balik kampung. Mungkin raya thn ni, x dpt balik sebab balik umah mak mentua dia di Perak.

Balik kampung jumpa adik beradik memang seronok...anak2 aku pun seronok bila sekali sekala jumpa sepupu sepapat dia org...riuh la sekajap umah kat kg tu.

Di kampung sempat gak aku shoot gambar ayah aku yg sibuk tanam sayur ...ini semua gara2 felda kita org nak masuk bertanding felda tercantik. Emmm, kalau tak, idoknye ayah aku ni nak menanam sayur. Lainla cam pak mentua aku memang suka bercucuk tanam, tp yg dia suka nanam pokok bunga, bukannya sayur2 nie. Jom layan gambar x sebarapa nie.



ni la pergola...ayah aku buat tanam pokok petola
(hehe...bak hidup segan, mati tak mahu...)


ni pokok bayam..


Selain tanam sayur, buat pergola, pokok pagar, ampaian pun dikira markah dalam pertandingan ni. Kat atas tu gambar ayah aku (baju hijau) dibantu oleh pak mertuaku (baju putih), dalam usaha nak buat ampaian..haha lawak..gara2 nak masuk bertanding.

Tapi bagus juga buat cam nie, ader la semangat nak menceriakan kampung. Tak gitu? Cuma aku x sempat nak pusing kampung ambik gambar2 lain...Tapi kalau ko org nak tgk boleh gi umah CITARASA RINDUAN. , sebab kami ni satu kampung.


Ni la uda....sibuk gak suruh aku ambil gambar dia ngan is (anak dia la), suruh masuk kat aku punya blog nie...yg baju hijau tu anak aku ye Zahrah..

Harap2 kampung ku boleh la menang. X dpt no.1, no.2 ke 3 ke jadi la..hehe..s
Selamat berjaya la utk peneroka, penerokawati, belia & beliawanis Tenggaroh 1.


Penutup Sukan YPJ 2010

Salam semua, n3 ni da lama aku nak post, tapi asyik x sempat je....sampai da jadi basi pun...
Tak pe la. Aku x kira, aku nak postkan juga n3 nie.

Ni gambar sekitar sukan YPJ di Kompleks Belia & Sukan Larkin. Aku cuma masuk 2 sukan aje, iaitu pentanque yg bermula 9 Mei 2010, dan bola jaring pada 16 Mei 2010. Alhamdulillah kedua2 acara yg aku masuk tidak menghampakan aku. Insyaallah kalau ader rezeki, x de aral melintang & umur panjang aku ingin menyertai sukan PESAYA pula tahun hadapan, di Sabah.

Sekitar perlawanan bola jaring & berehat sementara menunggu
majlis penutup

Majlis penyampaian hadiah & penutup

Pasukan kami; gabungan 3 kolej


Ini dia, pencapaian aku & kumpulan untuk sukan tahun ini.

Keputusan untuk johan keseluruhan telah dimenangi oleh YPJ Holdings. Tahniah la kepada yang menang tu...untuk yang kalah boleh cuba lagi utk sukan YPJ akan datang, yg dibuat 2 thn sekali....aku harap akan datang ramai lagi staf yg akan turut serta, jadi tak la asyik muka org yg sama je main pelbagai acara....

p/s; n3 sebelum ini sila KLIK

Wednesday, May 26, 2010

Jambatan beralun di Rusia

VOLGOGRAD, Rusia - Sebuah jambatan baru di sini sepanjang 7.2 kilometer bernilai AS$393.98 juta (RM1.3 bilion) yang dibuka lapan bulan lalu ditutup pada minggu lalu kerana permukaan jalannya beralun setiap kali angin kencang, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut beberapa laporan, permukaan jalan di atas jambatan itu akan beralun sehingga setinggi 0.91 meter apabila angin kencang bertiup di kawasan tersebut.

BENTUK binaan jambatan baru di Volgograd, Rusia.GAMBAR KECIL PERMUKAAN jalan yang kelihatan beralun di jambatan baru di Volgograd, Rusia.


Seorang pemandu kereta berkata: "Kereta saya melantun seperti bola. Saya pada mulanya menganggap terdapat sesuatu yang tidak kena dengan suspensi kereta saya." Menurut seorang lagi pemandu, Andrey Bystrov, dia pada mulanya menganggap tersilap jalan semasa keretanya melantun di atas jambatan itu.

"Saya turut terfikir mungkin ada sesuatu yang berlaku pada suspensi kereta saya. "Saya kemudiannya melihat kenderaan lain dan mendapati kereta mereka berayun-ayun," katanya. Seorang pakar, Vladimir Parshin berkata, angin mungkin punca jambatan galang itu beralun.

Sumber; Kosmo

Award dr COMEL

Salam.
Award ni aku terima dari Zai.
Utk zai, tq ye bagi award kat aku.


Utk dapatkan award ni, tuan umah bagi aku keja sikit. Dia suruh aku kena lengkapkan pembayang pantun kat bawah...Dah la aku ni x pandai berpantun...

Melukis potret pakai pensel
...............................................
Sambil melukis menjamah cake
..............................................
memang aku rasa blog aku comel
kenapa korang jeles ke?

Bole ke zai pantun aku ni? Ha..asal boleh je la. Pada sapa2 yg nak award ni & rasa blog dia comel ambik la ye..tuan umah COMEL bagi tp lengkapkan pantun sama cam kat atas.


Tumbuk muka cikgu?..hiss dasyat

Salam semua...berita pg ni di metro; Tumbuk muka cikgu.
Hai apalah nak jadi dengan budak zaman sekarang. Cikgupun ditumbuknye. Cam ne nak berkat ilmu.

Kes ini berlaku di Kuala Lumpur, apabila seorang guru lelaki telah mendenda pelajarnya, 13 tahun kerana tidak membawa buku teks. Denda yg dimaksudkan ialah keluar kelas dan berdiri di hadapan pintu kelas. Sepanjang menjalani hukuman, pelajar terbabit tidak habis2 mengganggu kawan lain semasa sesi pembelajaran, walaupun telah ditegur berulang-ulang kali oleh guru berkenaan.

Keadaan menyebabkan guru berkenaan keluar dan memukul pelajar tersebut dengan buku teks tetapi dpt dielak lalu buku itu jatuh. Dan semasa guru cuba untuk mengambil buku itu, pelajar telah menyerang & menumbuk muka cikgu tersebut lebih 5 kali menyebabkan dia cedera.
Kejadian disaksikan oleh pelajar & guru yg lain. Dan difahamkan pelajar tersebut dibuang sekolah akibat tindakannya yg melampau.

Berkisar kisah di atas, aku ingin mengimbas kembali, sempena hari guru, terdapat salah satu surat seorg ibu di Metro yg menyatakan guru sekarang jauh berbeza dengan guru dulu, yg mana surat itu menganggap ramai guru sekarang tidak ikhlas dalam mendidik...adakah benar pernyataan tersebut? dan kenapa pula tidak dibezakan pelajar dulu & pelajar sekarang, ibu bapa dulu & ibu bapa sekarang?

Kalau kita lihat, kebanyakan pelajar yg bermasalah sbnrnya adalah berpunca dari rumah...siapa yg di rumah? bukan kah di rumah itu, ibu & bapa yang memainkan peranan yg penting. Tugas mendidik tidak boleh diletakkan 100% di bahu cikgu, tetapi ia lebih kepada ibu bapa pelajar itu sendiri.

Baru2 ini, dengan izin Allah saya telah bertemu dengan cikgu lama saya di fb, dan dia masih lagi mengajar skrg. Dapat la kami berbalas mesej dan ini sebahagian petikan mesej dr beliau.

"namun kenangan mengajar di tenggaroh amat mendalam. murid-murid dulu tak sama dengan sekarang. dulu seronok mengajar insan seperti awak...tapi sekarang banyak cabarannya...sabar aje lah"

Untuk cikgu2 teruskan usaha anda untuk mendidik anak bangsa...Sesungguhnya mendidik adalah kerja yang mulia. Hanya Allah SWT yg tahu akan keikhlasan kita dlm mendidik pelajar2 kita. Kepada ibu bapa pula, bila anda menghantar anak ke sekolah, ini x bermakna terlepas tanggungjawab anda.

Renung2kanlah.

Tuesday, May 25, 2010

Hadiah Ulangtahun Perkahwinan

1) buat entry tajuknya ' Hadiah Ulangtahun Perkahwinan '
2) add blog mama aqif ngan blog aunty sherry kat dalam bloglist tau ;p
3) letakla banner gambar mama aqif n family dalam entry n link back ke entry ni ye
-saje nak promote mama aqif hahahaha ...
4) dalam entry tu korang letak ar gmbr kahwin korg yg cun2 ;p
kalau tak kawin lagi letak ar gmbr tunang
kalau tak tunang lagi, letak ar gmbr korg ngah berposing sakan
-sesaje nak suh korg promote diri korg plak ;p
5) pastu cerita sikit gana korg kenal ngan pasangan (saje nak tahu :p ), kalau takde pasangan lagi korg cerita la apa2 yg korg nak cerita
6) pastu cam biasa tinggalkan la comment kat entry ni
senang tak? ke susah sgt?
tarikh tutup : 19 Jun 2010

Salam semua...
Semalam 24Mei adalah hari lahir aku, & hari ni pulak 25Mei adalah hari ulangtahun perkahwinan aku yg ke-8.
Sempena hari ini aku mengambil peluang utk turut serta GA yg dianjurkan oleh mama aqif & kawan2nya (aunty sherry ngan aunty keen)

Syarat2nya seperti di atas:

Jom layan gambar2 yang x seberapa adanya nie..hehe




ada mcm hang tuah & tun teja tak?

tak larat tu sbnrnya en. hassan nak angkat...sampai berkerut dahi



Macam mana kita org boleh kenal?

Sebenarnya kami berdua 1 kampung, 1 blok, 1 jalan, maknanya berjiran la tu.
Tapi kami x pernah satu sekolah pun..
Kenal sejak 1992, masa tu aku tingkatan 4 & en. hassan tingkatan 5.
Komunikasi hanya melalui surat & berjumpa bila time cuti sekolah je,
itupun kat umah aku...depan mata mak & ayah akula.
Tak berani nak dating kat luar takut kena pelangkung ngan mak ayah masing2.
Hubungan terputus sekejap sebab masing2 sambung belajar.....
masa ni aku ader org lain & dia ader org lain gak.
Bila masing2 habis belajar...kami berkawan balik & terus buat keputusan untuk bernikah.

Maka,
25 Mei 2002 (nikah) & 26 Mei 2002 (majlis)
adalah hari bersejarah buat kami berdua.
Alhamdulillah, skrg kami telah dikurniakan dgn 3 cahayamata.
Aku berdoa semoga rumahtangga yang kami bina ini akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin.........

Monday, May 24, 2010

Terima kasih atas ucapan kalian

Salam semua..hari ni adalah besday aku.
Tarikh lahir aku sama ngan tarikh lahir ayah aku 24Mei.
Pagi ni aku bukak fb...tgk2 da berduyun2 wish besday utk aku dari kawan2, adik beradik & kenalan rapat.
Utk mereka yang mengucapkan dan mendoakan aku di hari lahir aku ni, aku ucapkan banyak2 terima kasih atas ingatan kalian.
Tak lupa juga utk andak & ain..tq kerana sambut besday ayah & kak long sekali pada malam ahad yg lepas. Terpaksa sambut awal sebab susuh nak kumpul hari ni..

Untuk kaluan semua, aku juga mendoakan agar kalian juga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan berbahagia duania & akhirat. Amin.....

Di bawah ini adalah ucapan dr seorg kawan yg aku ambil dr fb..
Tq Maz kerana mesej yg bermakna ini, utk saling ingat mengingati antara satu sama lain.

"Umur yang berkat ertinya umur yang semakin tua semakin salih, setiap detik diisi dengan amal ibadah. Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata, maka hari tuanya akan diisi dengan banyak bernostalgia mengenai masa mudanya. Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk akhirat (melalui amal ibadah), maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Penciptanya. Tidak ada rasa takut meninggalkan dunia ini, bahkan ia penuh harap untuk segera berasakan keindahan alam kehidupan berikutnya seperti dijanjikan Allah".

Friday, May 21, 2010

Jalan2 tengok sidebar kawan2 (siri I)

Salam semua...
Dari pg sehingga tengah hari ni..aku sibuk dok singgah umah kawan2, baca n3 & komen..lega rasa sebab dpt bertandang umah kawan2 dengan hati yg tenang...apa taknye semua kerja penting da beres..........kalau tak, time gi umah kawan2 tu, kepala ni dok teringat je kerja hakiki yg tak siap2 lagi...tu yang x boleh singgah lama2...

Selalunya aku singgah umah kawan2 aku, yg aku da linkkan kat sidebar aku....Dan bila aku singgah, aku tak lupa gak nak tengok kat sidebar kawan2...Alhamdulillah kebanyakan rumah kawan2 aku yg aku singgah setakat hari ini, kebanyakkan da pun link kan blog aku...tp ada gak yg belum linkkan blog aku...

Nampak gayanya, ............hehe aku pun tak tahu nak buat cam ne bg kawan2 yg belum link kan blog aku nie....perlu kah aku keluarkan link dia dr list aku?...kecuali ader juga yg rajin dtg umah aku & bagi komen, walaupun dia x linkkan blog aku...ha yg ni...aku akan kekalkan blog dia dlm list aku.....

Namun begitu, bagi kawan2 yg singgah & bagi komen, tq banyak2...semoga ukhwah yg terjalin akan berkekalan...Amin..

Dan bagi pihak aku, aku minta maaf kalau kadang2 x sempat nak gi umah kawan2. Bukan x nak ye, tp di sebabkan kekangan masa, di saat2 anak2 murid aku memerlukan......Kadang2 aku singgah just say hi, aje...sori. Insyaallah dlm masa cuti 2 bulan ni, byk la masa aku nak bertandang kat umah ko orang...

Award dr Mama3H

Salam semua...
Untuk mama 3H, tq kerana bagi aku award ni..
kalau ader lagi nanti, bagi lah lagi ye..
Cam biasa tugasan utk award ni spt di bawah;
mujurlah senang je ...boleh la buat time2 ade masa ni.

1. Apa yang bermain dalam fikiran kamu sekarang?
cam ne la budak2 aku jawab exam pg ni...

2. Nama samaran kamu ?
Ayu

3. Berikan tiga orang yang kamu sayang
ibubapa, suami & anak2

4. Panggilan untuk si dia
Abang

5. Hadiah yang anda impikan dari orang tersayang
berbulan madu

6. Blog mana korang suka follow?
blog yg ada info best..

7. Bagi award ni kat 15 blogger lain dengan penuh penghormatan:
ayu - citarasa rinduan
mamasyaza
ibu guru
erin - bun & butter story
maslina
mamaizzya
faizah - menyusun pengalaman hidup

Thursday, May 20, 2010

Demam peperiksaan..lupa tarikh ke?

Salam semua..hari ini hari ke-11 bagi peperiksaan akhir anak2 murid aku..semalam aku bertugas sebagai pengawas peperiksaan..
apa yang aku nak cerita kat sini..kes seorang student aku yang lupa tarikh peperiksaan bagi subjek yg diambil..dah lah dia tu pelajar sem akhir...emmm nak buat cam ne, nasik da jadi bubur. 30 minit sebelum peperiksaan tamat baru pelajar ni tersedar dan bergegas ke bilik akademik..tapi kami tak boleh nak buat ape2 sebabnya, ade pelajar yang ambil subjek yg sama da keluar dari dewan... karang kang jadi pulak kes soalan bocor....nak tak nak terpaksalah ambil peperiksaan khas.

Aku pelikla.. kenapa tarikh2 penting mcm ni boleh terlupa?.. aku nasihatkan pelajar2, salinlah jadual peperiksaan tu dgn betul...kalau belah semak beberapa kali; tarikh, masa dan tempat serta juga subjek yg diambil... lepas tu bila balik bilik...buat la kalender untuk minggu2 peperiksaan & tandakan peperiksaan bg subjek yg diambil kat tarikh yg berkenaan...& jgn lupa setiap hari hendaklah tandakan (X) atau (/) pada hari yang telah lepas. Jadi kita bole tahu berapa hari lagi untuk kita hadapi peperiksaan bagi kertas berkenaan.

satu lagi...kawan2 pun tolonglah sama2 ingat mengingati antara satu sama lain...Tak pelah, ini sebagai pengajaran buat pelajar tu...harap2 lepas dia semua pelajar akan berhati2 tentang tarikh2 peperiksaan nie..




TAG...kasut kegemaran

Salam..hehe..banyaknya hutang tag yg belum aku bayar. Untuk kawan2 aku minta maaf le kalau lambat nak balas tag kawan2..Insyaallah ader kesempatan aku akan tunaikan juga, walaupun da jadi pekasam kot..
Terlebih dahulu aku nak selesaikan hutang aku ngan faizah,

TAG ni aku da lama dpt dr menyusun pengalaman hidup.
Da jadi pekasam da pun.
Untuk Faizah, kak ayu minta maaf ye sebab lambat nak balas tag nie
TAG pasal kasut kegemaran
Ini dia gambar kasut kegemaran aku.
Kasut ni aku pakai masa aku ngandung yg ke3.
Lepas tu rasa da sedap lak pakai kasut cam nie.


Bila da beranak 3 ni mcm da tak larat nak pakai high heel....sakit rasa betis2 nie.
tapi kdg2 dalam hati teringin gak nak pakai.
Kasut ni hitam, so aku rasa sesuai la dgn apa2 baju pun.

Nampaknya aku kena lah tag juga kat blogger yg lain....sapa yg aku tag tu jgn marah la ye..
so, mereka yg bertuah di tag tu:


Tuesday, May 18, 2010

Api dalam air?

Salam semua...hari ini aku ingin berkongsi tentang kebesaran Allah SWT...yang mana aku baca daripada majalah infinity..dan aku cuba mencari gambar2 berkenaan untuk diuploadkan untuk renungan kita bersama.

"Sesungguhnya di bawah lautan ada api dan di bawah api ada lautan"
Berikut adalah hadis Rasulullah SAW berdasarkan firman ALLAH SWT;

"Dan laut yang dalam tanahnya ada api"
(Surah Ath-Thur: ayat 6)

Gambar2 ini adalah hasil penyelidikan National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) & National Science Foundation (NSF). Di mana ia diambil oleh robot Jason, yg dicipta khas untuk mengambil gambar2 di dasar lautan.

Berdasarkan gambar tersebut terdapat cahaya/api yg menerangi dasar lautan yang gelap. Dan api itu sebenar berasal drpd aliran lava gunung berapi di dasar lautan, 4,000 kaki di bawah permukaan air laut.

Hasil kajian juga menemukan terdapat lebih kurang 70% rangkaian gunung berapi di permukaan bawah laut, yg berkeluasan lebih 20,000 km di Lautan Pasifik termasuk Fiji, Tonga dan Samoa yg diistilahkan 'Rings of Fire'

Api yang membara di dasar lautan

Letusan gunung berapi di bawah laut









Kesejukan air tidak dapat memadamkan api

Kalau dilihat adalah agak mustahil bagaimana api boleh menyala & tidak terpadam di dlm air yg sejuk. Namun kekuasaan Allah SWT dapat mengatasi segala2nya..Sesungguhnya apa yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah SAW & Al-Quran adalah benar dan benar belaka...

Semoga paparan gambar ini dapat mengingatkan kita akan kebesaran Allah SWT & meningkatkan keimanan kita...

Monday, May 17, 2010

Imanina cute give away



Aku kena tag oleh blog COMEL dan GA nie adelah anjuran Emacupcakes Syarat-syarat seperti berikut...
1. Anda kena menjadi follower blog ni
emma86 -done
2. Tag 5 orang kawan-kawan anda supaya follow blog emma86 - done

ezreen
tinnie

3.Senaraikan blog emacupcakes.blogspot.com ke senarai Blog list anda - done
4.Yang paling penting letakkan Pic family..(Blogger family)..bagi yang belum kawen tu, family korang adalah ibu bapa n sibling korang.

itu saja..jom ramai2 sertainya..tarikh tutup sblm 20 Mei 2010...ada masa lagi.


Ucaplah hari guru untuk dirimu..wahai guru2

Salam semua.. Walaupun hari ni 17Mei 2010, namun aku percaya semua sekolah, tak kiralah sekolah rendah, menengah, atau jenis keb tamil @ cina, sedang sibuk meraikan sambutan hari guru kerana sambutan yg sepatutnya 16Mei jatuh pd hari Ahad...Ini termasuklah en. hassan...sibuk dia bawa kemeja batik pagi td ke sekolah. Tentulah balik nanti banyak lah hadiah yg en. hassan bawa.

Namun di kolej aku, sambutan itu tidak menjadi tradisi kami....seolah2 usaha kami ni hanya dipandang sebelah mata...sehingga ke hari ini, aku hanya menerima empat mesej ucapan selamat hari guru dari bekas2 pelajar kolej...tak lupa juga yg mengucapkan melalui FB..terima kasih atas ucapan anda semua.

Oleh itu, biarlah aku mengucapkan selamat hari guru untuk diri aku sendiri...semoga ucapan yg dituju khas buat diri sendiri ini akan terus membakar semangat aku untuk mendidik anak2 bangsa aku untuk maju ke hadapan...Jom kawan2 kolejku..walau apa jua cabaran & rintangan, marilah kita terus berusaha mendidik mereka, kerana amanah tetap amanah yang harus kita pikul....Laksanakanlah tanggungjawab ini kerana Allah SWT

Untuk anak didikku, tolanglah hargai kami. Kami tak kisah & tak perlukan pun sebarang ucapan atau hadiah dr anda...Tapi tolonglah ....tolonglah hadiahkan kami dengan kejayaan anda. Kejayaan yang bukan sahaja dr segi akademik malah dari segi sahsiah juga & keluarlah anda dari kolej ini dengan membawa kejayaan yang cemerlang & menjadi insan yg berguna di luar sana. Tak ade seorang pun guru yang hendak anak muridnya gagal..sesungguhnya kejayaan anda adalah kepuasan kami.

SELAMAT HARI GURU untuk semua...dan terima kasih buat ibu intan kerana menghadiahkan bunga ini..Selamat hari guru juga buat ibu intan.


Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru



Salam semua. Esok 16 Mei 2010,
merupakan hari guru.
Di sini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan
SELAMAT HARI GURU
kepada semua guru2 di Malaysia.

Tak lupa juga buat guru2ku yang pernah mengajar aku
di ;
Sek. Ren. Keb Tenggaroh, Mersing
Sek. Men Tenggaroh, Mersing,
Sek. Keb. Mersing
& pensyarah2 aku di ;
POLISAS
UUM
Tanpa kalian semua, aku mungkin tak akan mencapai ke tahap sekarang.

Dan sekarang, aku pula menggalas tanggungjawab itu.
Apabila aku berada di sini, baru aku sedar
betapa sukarnya kalian mendidik setiap
anak murid agar menjadi insan yang berguna.

Untuk guru2 di luar sana,
teruskanlah usaha murni anda itu.
Semoga anda menjadi guru yang cemerlang.

Tak lupa juga, ucapan selamat hari guru buat
en. hassan.

Tak lupa juga, dengan berbesar hati, aku
ingin memberikan kad ucapan ini kepada
siapa2 jua sama ada follower aku @ bukan,
yang bergelar guru.

Kepada sesiapa yang bukan guru,
kalau nak ambil kad ini untuk ditujukan kepada guru2 anda,
silalah ambil & tujukanlah kepada guru2 anda.

Untuk itu, lagu ini khas buat guru2...
(minta anak murid tolong hayati sama ya lagu ni..)

Biarku Menjadi Lilin (Pelangi)


Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri


Friday, May 14, 2010

Ketentuan dalam ADAMAYA..

Salam semua...semalam adalah episod terakhir drama Akasia Adamaya
Em.....sape yg follow tu, rugi la kalau tak tengok..
agak sedih jugak babak2 terakhir.

Dan akhirnya Maya akur kesilapanya &
kembali kepada insan yang telah ditentukan untuknya...ADAM.


MAYA
Kenapa harus berpaling sedangkan Allah
telah tentukan kebaikan buat kamu.
Terimalah kebaikan itu dengan penuh kesyukuran.

DANI
Malangnya dia adalah insan yang tidak dapat menerima hakikat
bahawa Maya bukanlah miliknya.

sesiapapun yang senasib dengan Dani, bersabarlah & redhalah dengan
ketentuan Ilahi

Ingatlah
Jodoh, ajal & maut itu, adalah ketentuan Ilahi.


Oleh itu, mari kita renungkan lirik lagu ini.
Aku tujukan khas buat insan2 di luar sana yg sedang mencari pasangan
mahupun yang sudah mempunyai pasangan ..

PERMATA YANG DICARI -
DEHEARTY


Hadirnya tanpa ku sedari
menggamit kasih cinta bersemi
hadir cinta insan padaku ini
anugerah kurniaan Ilahi

lembut tutur bicaranya
menarik hatiku untuk mendekatinya
kesopanannya memikat dihati
mendamaikan jiwa ku yg resah ini

Ya Allah jika dia benar untukku
dekatkan lah hatinya dgn hatiku
jika dia bukan milikiku damaikanlah hatiku dgn ketentuan-Mu

dialah permata yg dicari
selama ini baru kutemui
tapiku tak pasti
rencana Ilahi
apakah dia kan ku miliki

tidak sekali dinodai nafsu
akan kubatasi dengan syariatmu
jika dirinya bukan untuk ku
redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah, engkaulah
tempatku bergantung harapanku
kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Related Posts with Thumbnails