Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Friday, December 25, 2009

Zahwah vs Nur

Kehadiran Zahwah benar2 menguji kesabaran aku. Emosi aku menjadi tak stabil...marah, geram, sayang, sedih silih berganti. Tidak spt 3 tahun yg lepas dengan hadirnya Zahrah...kali ini lebih mencabar lagi. Ya Allah, berikan lah aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk melayan karenah Zahwah. Jadikan lah dia anak yang solehah.

Boleh dikatakan setiap hari, dlm hari2 berpantang, Zahwah sering menangis, dan tangisannya seolah-olah spt dicubit2....sekali sekali merah padam mukanya, sehingga aku jadi takut. Segala usaha aku lakukan untuk meredakan tangisnya...sapu minyak kat perut, takut dia kembung, berbuai dgn alunan kalimah Allah, susu da ku beri sekenyangnye, tapi tangisannye masih tak reda. Tidornye pun tak lena.

Keadaan Zahwah sangat berbeza dgn, Nur (sepupu zahwah) 3 hari lebih tua dari zahwah. Tak payah berbuai, bedodoi...kenyang susu sahaja terus lena. Tangisnye pun taklah sampai hilang suara, spt Zahwah.

Aku harap keadaan Zahwah hanya sementara, cukup la untuk tempoh berpantang. Org tua2 kata...kalau budak asyik nangis aje, perlu jaga2, jangan sampai sawan tangis. Itu yang aku tak mahu. Tak pe la zahwah, da besar nanti jadi budak yang baik ye...Amin.


Monday, December 14, 2009

Buat ape tu kak ngah?

Hari ini entah angin ape, si zahrah rajin pulak mengemas kasut2 kat luar rumah, sampai jadi gaduh ngan abang long dia. Abang long dia tak kasi kemas sebab abang dia sibuk nak pakai kasut nak main kat luar. Si Zahwah pulak tengah tido...da la nak tido payah, abang ngan kakak dia pulak memekak...ha kau....abang dia kena cepuk ngan ayah dia...

Lepas tu, kak ngah mengadu kat ibu dia...nak kemas kasut kat luar...wa...aku lagi la suka. So aku galakkan dia mengemas. Aku sememangnye belum mengemas2 kat luar tu, apatah lagi dalam pantang ni. Semuanye en. hassan yg buat. Alhamdulillah da bole diharap juga anak dara aku nie. Harap2 rajin dia tu sampai ke besor la hendaknye. Amin.






Gaya kak ngah mengemas


Hari lahir Zahrah















Pada 27 Nov 2009, seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Dan pada tarikh yang sama juga, merupakan hari lahir anak aku yang kedua, Hadifah Zahrah mencecah usianya 3 tahun.

Tak ade sambutan meriah pun untuk menyambut hari lahir zahrah, cuma bacaan doa selamat oleh en. hassan dan potong kek aje. Lagi pun, aku masih dalam pantang masuk hari ke-18. Manakala mak dan ayah aku tak de sebab mereka mengerjakan haji kali ke 2.

Untuk zahrah, selamat hari lahir. Ibu doakan kak ngah menjadi anak yang solehah, menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. I love U so much.



Tuesday, December 1, 2009

Ahli keluarga baru

Tarikh 7 Nov 2009 (Sabtu), hari yg ditunggu telah tiba. Namun tiada tanda2 yang menunjukkan aku akan bersalin. Hari sebelumnya, aku dan suami dah siap sedia hantar anak2 balik kampung. Pulak tu hari Jumaat, keluarga aku buat kenduri selamat kerana mak dan ayah aku akan menunaikan haji tahun ini. Dan, dijangka akan berangkat pada 10 Nov 2009. Malam tu juga kita org dapat berita, ain (adik ipar), terpaksa bersalin melalui pembebahan di HSI, sebabnye baby dia da berak dan makan najis. Alhamdulillah segalanye selamat.

Keesokan harinya, aku dan suami bergerak dr Tenggaroh ke hospital. Dan kita org ambil keputusan untu ke HSA. Almaklumla da ade kes kencing manis, apa2 hal senang. Sebelum sampai hospital tu, sempat pulak kita orang melantak KFC dengan penuh nikmat dan tenteramnye...hehe..budak2 bedua tu tak de la katakan...

Sampai ke hospital terus ke bilik saringan. Masa tu jalan da buka 2cm. Aku confident, aku akan dapat wad kelas satu guna GL laki aku. Rupa2nye GL laki aku tak laku la pulak sebab belum sah jawatan... menangis...meraung aku kat hospital kena gi wad kelas 3....minta wad kelas 2, misi tu ckp kelas 1 & 2 sama je, yg beza cuma makan sedap sikit. Aku tak dpt bayangkan ...da la bilik air jauh, nun di hujung sana, pulak tu cuma ade 1 bilik mandi, 1 tandas duduk & 1 tandas cangkung..utk dikongsi lebih dari 30 orang. Aku punye katil pulak kat tengah2, mengadap org masuk lalu lalang...nie kalau nak tido pun tak selesa...

Tapi aku cukup berterima kasih kat suami aku kerana memahami keadaan aku dan dia berusaha tukarkan aku kat wad kelas 1. Bila ditanya bayarannya 1 malam RM50. Pada aku ok la tu, aku tak minta pun ditempatkan di hospital pakar, cuma biar la selesa, bukannye nak selesa sangat, tapi bukanlah yang menyusahkan sangat mcm kelas 3 tu. Aku rasa, walaupun wad kelas 3 tu, bayarannye murah, tapi sepatutnye kemudahan/keselesaan untuk pesakit perlu la diambil kira. Jam 9mlm baru la urusan pindah wad selesai.

Ahad pagi jam 6, aku diberi ubat, dan jam 1 tgh, doktor cek, bukaan masih 2cm. Sepanjang petang sampai ke magrib, aku takla sakit sangat, cuma rasa baby mengeras sekali sekala 20-30 minit sekali. Jam 9 mlm doktor cek lagi, dan bukaan da 5cm, dan aku terus dimasukkan ke wad bersalin. Alhamdulillah, aku selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.8kg, jam 1.32 pagi (isnin). Bayi ini diberi nama Hadifah Zahwah. Disebabkan aku ade kencing manis, jadi, bayi aku kena masuk wad lain untuk ujian kencing manis. Alhamdulillah, lps tgh husband bagi tahu, bayi tak de masalah. Dan, kita org boleh keluar hari ni juga.

Syukur juga, sempat la mak dan ayah aku melihat Zahwah sebelum mereka berangkat ke tanah suci esok hari. So hujung tahun ni, 2 org la org baru dalam keluarga kami. Wah,...tahun depan nampaknye bertambah sorang lagi....anak angah...syukur2.

Gambar Hadifah Zahwah Binti Hassan.





asyik mengamuk je nak tido, ha..masukkan aje kat buai


Related Posts with Thumbnails