Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Friday, April 2, 2010

Lengang....

Peliknya hari ni. Kenapa ye aku sampai pejabat awal pagi ni? Selalunya kalau aku keluar rumah jam 6.40 pagi, pastinya aku sampai ofis, punch tetap merah. Tapi hari ni pukul 7.35 da sampai. Ade acara apa hari ni? Ke disebabkan hari ni hari Jumaat. Tapi tak jugak...Jumaat pun biasanya jalan sesak.

Bila tengok balik kalendar, o...hari ini good friday...cuti umum untuk warga Singapura. Mungkin ini menyebabkan jalan raya lengan pagi ini, kerana mereka yang bekerja di Singapura cuti. Kalau macam ni setiap harikan best. Taklah terkejar-kejar pagi nak ke tempat kerja.

Sedikit info tentang good friday, kalau nak tahu la. Ia merupakan amalan orang Kristian sebelum menyambut perayaan Easter yang biasanya disambut pada hari Ahad, di mana mereka percaya Jesus Christ dihidupkan kembali pada hari Ahad tetapi sebelum itu telah disalib pada hari Jumaat iaitu dikenali good friday.

Di Malaysia, Sabah & Sarawak diberikan cuti umum, kerana bilangan penganut kristian yang besar jumlahnya di sana.

1 comment:

  1. salam k.ayu

    first time ayu tahu ttg good friday..
    tq..entry y bermanfaat

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails