Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Saturday, April 3, 2010

Kasut....sedihnya.

Salam semua. Aku dimaklumkan sukan YPJ akan diadakan pada bulan 5 akan datang. Dan beberapa hari lepas, kak ti dah pun meminta aku untuk menyumbangkan tenaga dalam team netball. Biasanya sukan YPJ diadakan 2 tahun sekali bagi tujuan pemilihan staf mewakili PESAYA (pesta sukan antara yayasan). Dah dua kali aku mengikuti PESAYA, pada tahun 2005 dan 2007. Tahun lepas 2009 tidak berpeluang, kerana mengandungkan anak ke-3.

Hai..rasa lama benor tak bersukan. Berat badan pun rasanya da bertambah...Maka, aku terus kata yes pada kak ti untuk turut serta. Tapi bila tengok balik kasut aku.........alamak da uzurnya,...sedih....sedih.

Kalau ko orang nak tahu ini la kasut yang aku dapat masa PESAYA 2007. Ha.........tu dia, da macam mulut buaya....ini hukumnya buang je la. Tapi sebelum dibuang, aku ambil gambar nie untuk diabadikan dalam blog aku nie......banyak jasanya tu sehinggakan team petanque kita orang dapat JOHAN. Cayala....



Agak2 ade tak orang nak belikan aku kasut baru ek ? macam kat bawah ni?...he he he...






1 comment:

  1. kak, klasiknya kasut yg buat TUAH tu...jgn buang...simpan buat kenangan,,

    pujuk cik abg belajer kat al ehsan...berbaloi2

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails