Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan jahat
Orang beribadat disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang berpakaian baru disangka menunjuk-nunjuk
Orang yang berpakaian buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang ceria disangka membela
Mana tahu
yang diam itu kerana berzikir kepada Allah SWT
yang senyum itu kerana sedekah
yang masam itu kerana mengenang dosa
yang menawan itu kerana bersih hati & mindanya
yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu di makan api
Sesuatu benda yang dilihat, macam-macam kesimpulan yang boleh dibuat.
Semuanya bergantung bagaimana seseorang melihatnya.
"Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya Islam
akan tertegak di atas bumi kamu"
Imam Al-Syahid Hassan Al Banna
betul..betul...betul..
ReplyDeleteadat manusia biasa
yup betul...dlm ertikata yg lain, think positive..jgn cepat sgt nak pkir mende2 yg tak elok kat owang lain...tak baik...tak pasal2 aje dosa kita bertambah
ReplyDelete