Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Saturday, April 17, 2010

Makeover...sikit2 je....

Bulan lepas merupakan bulan yg cukup sibuk buat en. hassan sbb beliau telah membuat berapa penambahan aksesori terhadap exoranya.

Berikut adalah apa yang telah beliau lakukan antaranya :



1) pasang bodykit...katanya design ala toyota wish gitu.Harganya RM 850 siap cat dan pasang. Material yg digunakan ialah PU atau bahasa mudahnya plastik. Ada byk jenis material utk buat bodykit ni contohnya fiber, pu, ppu dll. En Hassan kata: byk jenis bodykit utk exora ni tp mata dia berkenan yg ni je..simple dan x over. Anda hanya perlu tengok sample yg ada dan kemudian pilih, byr separuh deposit dan tunggu kurang lebih 5 hari dan dtg semula ke kedai utk pemasangan.



Tokey kedai bodykit sedang bekerja..

2) Siap bodykit..terus gi kedai ekzos selang satu blok katanya dan ekzos ni pula harganya RM 110 sahaja. Untuk pengetahuan korang semua, ekzos ni sebenarnya tidak berfungsi, sekadar perhiasan semata2. Ekzos yg sebenar ada kat belakangnya tu.....korang nmpak x muncung ekzos yg ke bawah tu ? Sekali pandang mmg x perasan...

3) Seterusnya en. hassan telah menambah door visor di empat2 tingkap dengan kos sebanyak RM 90. Untuk maklumat korang, door visor ni mcm awning rumah juga fungsinya...teduh la sikit kalau matahari terik.


Akhir sekali kata en hassan, dia baru menghabiskan RM 280 untuk door side step with LED utk semua pintu. Katanya, ia akan kelihatan menarik kalau buka pintu keta pada waktu malam...yelah tu.




Akhir sekali, setiap keluaran kereta di dunia ni pasti akan memberikan peluang-peluang pekerjaan secara langsung kepada pengilang2 aksesori, kedai2 aksesori ,kedai2 ekzos dll lagi. Jadi sapa yang untung? mereka dan keluarga mereka la..hihihihi.

4 comments:

Related Posts with Thumbnails