Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Friday, May 7, 2010

Berhati-hati dgn surat rantaian.

Salam semua..Hari ni aku baru lepas menyemak email. Salah satu email yg menarik perhatian aku..ialah email spt di bawah. Aku rasa sudah beberapa kali aku menerima email yg berbentuk rantaian seperti ini. Aku percaya ada antara kawan2 juga pernah menerima email spt ini...

Apa yg aku nak kongsi kan di sini ialah..
persoalan: perlukah kita menunaikan apa yg disuruh dalam surat rantaian ini....pada aku, jgn kita memandang remeh perkara ini kerana ia ader kena mengena dgn akidah...kalau anda membaca sampai habis surat ini, seolah-oleh penulis email ini cuba memesongkan akidah kita, supaya kita percaya sesuatu yg baik atau buruk itu berpunca drpd tindakan kita terhadap surat ini...di mana
(i) anda akan mendapat kebaikan kalau anda menyebarkan wasiat ini sebanyak 20 salinan, atau
(ii) anda akan mendapat musibah kalau anda tidak menghiraukan @ tidak menyebarkan wasiat ini sebanyak 20 salinan.

Bukan kah kebaikan dan keburukan itu datangnya dr yg Esa? Dan kenapa mesti hanya 20 salinan? Bukan ke sesuatu yg baik itu perlu disebarkan kepada sesiapa sahaja (tidak terhad). Penulis email ini cuba berselindung dgn sedikit ilmu keagamaan dan pesanan yg dibuat kpd si pembaca...Kita tidak tahu siapa penulis email ini...dan apaakh agenda yg terselindung disebaliknya.

Apa yg anda harus buat jika dpt email spt ini?
Jawapannya:
1. Anda boleh abaikan sahaja tanpa sebarang tindakan spt yg disarankan, @
2. Anda boleh sebarkan dgn syarat...niat anda perlu dibetulkan dgn tidak mempercayai akan contoh peristiwa2 baik/buruk yg dinyatakan & yg peting sila edit terlebih dahulu dgn memadam contoh2 peristiwa yg dinyatakan dan memadam saranan si penulis ini. Tetapi sblm itu, pastikan terlebih dahulu info keagamaan itu betul sblm disebarkan..kalau salah..abaikan sahaja.
Semoga kita semua dilindungi oleh Allah SWT dr anasir2 Islam. Amin.....

Ini adalah petikan email yg aku terima...silalah baca.

bace sampai abez....pastu fowardkn plz.....
ni adalah benar... sila baca sehingga habis... dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di
makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal
dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.
(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.
PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita
Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara . Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua
ibu bapa.
UNTUK MAKLUMAN
1.
seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar
dalam perniagaannya.
2.
seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
3.
Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.
4.
tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi
beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.
5.
Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
6.
di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia
dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.
7.
Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain.
Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain. dimana mereka mendapat malapetaka. setelah
kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah
anda akan memperolehi sesuatu
dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.
PERHATIAN
setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.
kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau
dicetak dan disampaikan kepada orang lain. insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan
TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM.... SEBAR KAN 20 WASIAT NI KPD UMAT ISLAM... .


3 comments:

  1. siti kalau dpt meial berantai, jrg sgt nak memforward semula..malas..haha

    ReplyDelete
  2. selalu kalau dpt email or sma gini abaikan jer. tak pernah plak ikut apa di minta.
    ehh..lupa plak salam ziarah yer..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails