Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Monday, May 17, 2010

Ucaplah hari guru untuk dirimu..wahai guru2

Salam semua.. Walaupun hari ni 17Mei 2010, namun aku percaya semua sekolah, tak kiralah sekolah rendah, menengah, atau jenis keb tamil @ cina, sedang sibuk meraikan sambutan hari guru kerana sambutan yg sepatutnya 16Mei jatuh pd hari Ahad...Ini termasuklah en. hassan...sibuk dia bawa kemeja batik pagi td ke sekolah. Tentulah balik nanti banyak lah hadiah yg en. hassan bawa.

Namun di kolej aku, sambutan itu tidak menjadi tradisi kami....seolah2 usaha kami ni hanya dipandang sebelah mata...sehingga ke hari ini, aku hanya menerima empat mesej ucapan selamat hari guru dari bekas2 pelajar kolej...tak lupa juga yg mengucapkan melalui FB..terima kasih atas ucapan anda semua.

Oleh itu, biarlah aku mengucapkan selamat hari guru untuk diri aku sendiri...semoga ucapan yg dituju khas buat diri sendiri ini akan terus membakar semangat aku untuk mendidik anak2 bangsa aku untuk maju ke hadapan...Jom kawan2 kolejku..walau apa jua cabaran & rintangan, marilah kita terus berusaha mendidik mereka, kerana amanah tetap amanah yang harus kita pikul....Laksanakanlah tanggungjawab ini kerana Allah SWT

Untuk anak didikku, tolanglah hargai kami. Kami tak kisah & tak perlukan pun sebarang ucapan atau hadiah dr anda...Tapi tolonglah ....tolonglah hadiahkan kami dengan kejayaan anda. Kejayaan yang bukan sahaja dr segi akademik malah dari segi sahsiah juga & keluarlah anda dari kolej ini dengan membawa kejayaan yang cemerlang & menjadi insan yg berguna di luar sana. Tak ade seorang pun guru yang hendak anak muridnya gagal..sesungguhnya kejayaan anda adalah kepuasan kami.

SELAMAT HARI GURU untuk semua...dan terima kasih buat ibu intan kerana menghadiahkan bunga ini..Selamat hari guru juga buat ibu intan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails