Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Wednesday, May 26, 2010

Tumbuk muka cikgu?..hiss dasyat

Salam semua...berita pg ni di metro; Tumbuk muka cikgu.
Hai apalah nak jadi dengan budak zaman sekarang. Cikgupun ditumbuknye. Cam ne nak berkat ilmu.

Kes ini berlaku di Kuala Lumpur, apabila seorang guru lelaki telah mendenda pelajarnya, 13 tahun kerana tidak membawa buku teks. Denda yg dimaksudkan ialah keluar kelas dan berdiri di hadapan pintu kelas. Sepanjang menjalani hukuman, pelajar terbabit tidak habis2 mengganggu kawan lain semasa sesi pembelajaran, walaupun telah ditegur berulang-ulang kali oleh guru berkenaan.

Keadaan menyebabkan guru berkenaan keluar dan memukul pelajar tersebut dengan buku teks tetapi dpt dielak lalu buku itu jatuh. Dan semasa guru cuba untuk mengambil buku itu, pelajar telah menyerang & menumbuk muka cikgu tersebut lebih 5 kali menyebabkan dia cedera.
Kejadian disaksikan oleh pelajar & guru yg lain. Dan difahamkan pelajar tersebut dibuang sekolah akibat tindakannya yg melampau.

Berkisar kisah di atas, aku ingin mengimbas kembali, sempena hari guru, terdapat salah satu surat seorg ibu di Metro yg menyatakan guru sekarang jauh berbeza dengan guru dulu, yg mana surat itu menganggap ramai guru sekarang tidak ikhlas dalam mendidik...adakah benar pernyataan tersebut? dan kenapa pula tidak dibezakan pelajar dulu & pelajar sekarang, ibu bapa dulu & ibu bapa sekarang?

Kalau kita lihat, kebanyakan pelajar yg bermasalah sbnrnya adalah berpunca dari rumah...siapa yg di rumah? bukan kah di rumah itu, ibu & bapa yang memainkan peranan yg penting. Tugas mendidik tidak boleh diletakkan 100% di bahu cikgu, tetapi ia lebih kepada ibu bapa pelajar itu sendiri.

Baru2 ini, dengan izin Allah saya telah bertemu dengan cikgu lama saya di fb, dan dia masih lagi mengajar skrg. Dapat la kami berbalas mesej dan ini sebahagian petikan mesej dr beliau.

"namun kenangan mengajar di tenggaroh amat mendalam. murid-murid dulu tak sama dengan sekarang. dulu seronok mengajar insan seperti awak...tapi sekarang banyak cabarannya...sabar aje lah"

Untuk cikgu2 teruskan usaha anda untuk mendidik anak bangsa...Sesungguhnya mendidik adalah kerja yang mulia. Hanya Allah SWT yg tahu akan keikhlasan kita dlm mendidik pelajar2 kita. Kepada ibu bapa pula, bila anda menghantar anak ke sekolah, ini x bermakna terlepas tanggungjawab anda.

Renung2kanlah.

4 comments:

  1. kak...
    terima kasih post entry ttg ini..
    ayu blm baca metro lagi...

    mmg lah kak...byk bezanya cabaran cikgu dahulu dan kini

    budak2 dah jauh beza,,kita dulu2 hormat gila2 kat cikgu...
    sekarang..aduh.....(faham2 ajer lah..)

    ReplyDelete
  2. guru terpaksa hadapi mcm2 ragam budak2 skang ni kan..

    ReplyDelete
  3. ayu; cabaran cikgu dulu & sekrg memang berbeza tapi niat mereka x berubah...utk didik anak bangsa

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails