Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Wednesday, May 26, 2010

Jambatan beralun di Rusia

VOLGOGRAD, Rusia - Sebuah jambatan baru di sini sepanjang 7.2 kilometer bernilai AS$393.98 juta (RM1.3 bilion) yang dibuka lapan bulan lalu ditutup pada minggu lalu kerana permukaan jalannya beralun setiap kali angin kencang, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut beberapa laporan, permukaan jalan di atas jambatan itu akan beralun sehingga setinggi 0.91 meter apabila angin kencang bertiup di kawasan tersebut.

BENTUK binaan jambatan baru di Volgograd, Rusia.GAMBAR KECIL PERMUKAAN jalan yang kelihatan beralun di jambatan baru di Volgograd, Rusia.


Seorang pemandu kereta berkata: "Kereta saya melantun seperti bola. Saya pada mulanya menganggap terdapat sesuatu yang tidak kena dengan suspensi kereta saya." Menurut seorang lagi pemandu, Andrey Bystrov, dia pada mulanya menganggap tersilap jalan semasa keretanya melantun di atas jambatan itu.

"Saya turut terfikir mungkin ada sesuatu yang berlaku pada suspensi kereta saya. "Saya kemudiannya melihat kenderaan lain dan mendapati kereta mereka berayun-ayun," katanya. Seorang pakar, Vladimir Parshin berkata, angin mungkin punca jambatan galang itu beralun.

Sumber; Kosmo

4 comments:

  1. mungkin jambatan itu dicipta untuk gempa bumi. pasal tu tak rosak wpun goyang2.

    ReplyDelete
  2. ishhhh.. bahayanya.. x yakin la nk lalu ats jambatan ni.. selmat k???

    Ayu..ada tag 23 utk ayu.. ambik yep

    ReplyDelete
  3. fuyuuhhh menakutkan tu...bahaya jambatan ni...salam perkenalan ayu...

    ReplyDelete
  4. kak ayu..idok la jaja nak lalu kat jambatan ni..mau menjerit2 dalam kereta..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails