Salam semua. aku nak try gak join contest yg dianjurkan oleh pn. zai kita...COMEL , sempena hari ibu nie.
Mak, kau adalah sumber inspirasiku...
Mak, kau adalah insan yang sangat bermakna dalam hidupku,
tanpa mak, aku tak tahu adakah aku akan berdiri seperti sekarang ini.
Kau adalah insan yang tak pernah mengenal jemu & putus asa dalam
mendidik aku dan empat lagi anak2 mu.
Kenakalan aku dan adik2 sentiasa kau layani dengan penuh kesabaran.
Di saat ini aku tidak tertahan, lantas berlinangan air mataku mengenangkan pengorbananmu membesar & mendidik aku adik beradik. Ingat aku 30 tahun yang lepas, keengganan aku untuk menolong mu, hanya untuk membuang sampah di belakang rumah. Lalu kau memeluk aku...lantas berkata "long, mak sayang along"....Lihatlah betapa sayangnya kau pada ku, walaupun aku enggan menurut kata2mu...
Namun, aku sedar jiwa yang sabar, kelembutan kata-katamu, akhirnya aku akur dengar perintahmu....dan aku akan akur dan menyayangi mu sehingga ke akhir hayatku.
Along sayang mak.
senyum =D
ReplyDeleteadlina...tak sedih ye citer nie...hehe
ReplyDeleteGd luck ye!..
ReplyDeleten3 buat sy bertambah rindukan mak sy di kampung. pd ayah dan adik2 juge.. huhu.. bile la dapat balik agaknye.. sob sob sob