Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Monday, May 31, 2010

Semangat bercucuk tanam.

Salam semua. Minggu lepas aku cuti panjang. Org lain start cuti wesak day, jumaat...tapi aku hari khamis da cuti. Rasa cam x larat nak gi keja, apatah lagi tengok rumah berkepor, so pasang la niat nak berkemas umah. Lagi pun rancangnya wesak day nak balik kampung.

Ikut hati malas nak balik, sebabnya minggu lepas baru je kami sekeluarga balik. Minggu ni balik sebab adik aku si uda sibuk suruh aku balik. Maklumlah dia ni susah sikit nak balik kampung. Mungkin raya thn ni, x dpt balik sebab balik umah mak mentua dia di Perak.

Balik kampung jumpa adik beradik memang seronok...anak2 aku pun seronok bila sekali sekala jumpa sepupu sepapat dia org...riuh la sekajap umah kat kg tu.

Di kampung sempat gak aku shoot gambar ayah aku yg sibuk tanam sayur ...ini semua gara2 felda kita org nak masuk bertanding felda tercantik. Emmm, kalau tak, idoknye ayah aku ni nak menanam sayur. Lainla cam pak mentua aku memang suka bercucuk tanam, tp yg dia suka nanam pokok bunga, bukannya sayur2 nie. Jom layan gambar x sebarapa nie.



ni la pergola...ayah aku buat tanam pokok petola
(hehe...bak hidup segan, mati tak mahu...)


ni pokok bayam..


Selain tanam sayur, buat pergola, pokok pagar, ampaian pun dikira markah dalam pertandingan ni. Kat atas tu gambar ayah aku (baju hijau) dibantu oleh pak mertuaku (baju putih), dalam usaha nak buat ampaian..haha lawak..gara2 nak masuk bertanding.

Tapi bagus juga buat cam nie, ader la semangat nak menceriakan kampung. Tak gitu? Cuma aku x sempat nak pusing kampung ambik gambar2 lain...Tapi kalau ko org nak tgk boleh gi umah CITARASA RINDUAN. , sebab kami ni satu kampung.


Ni la uda....sibuk gak suruh aku ambil gambar dia ngan is (anak dia la), suruh masuk kat aku punya blog nie...yg baju hijau tu anak aku ye Zahrah..

Harap2 kampung ku boleh la menang. X dpt no.1, no.2 ke 3 ke jadi la..hehe..s
Selamat berjaya la utk peneroka, penerokawati, belia & beliawanis Tenggaroh 1.


5 comments:

  1. bagus juga kan..? dari sibuk bercucuk tanam kt farmville...baik bercucuk tanam secara real mcm ni..tp...rumah sy tkde tanah..huhu...

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    IKAN SWEETSOUR & SUP TULANG

    ReplyDelete
  2. cantiknya template...orang2 tua mmg rajin bercucuk tanam. orang muda rajin juga kat farmville..

    ReplyDelete
  3. salam..
    kat Tenggaroh 1 dah wat pertandingan ke?
    mesti org2 felda sume bertungkus lumus ek..
    Tuya ni walaupun org Mersing,lama dah x ke Tenggaroh tu..

    harap2 dapat la menang kan..

    ReplyDelete
  4. pembetulan kak ayu..baju hijau tu bukan zahwah..zaharah tu...cepat tol zahwah pandai berjalan..ehe -alin-

    ReplyDelete
  5. Alin; alamak alin...nasib baik ko perasan. abg hassan pun x perasan nie..tulah bila nama anak2 dekat2 sama. asyik tersyasyol je..hehe..tq.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails