Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Thursday, July 15, 2010

Pemilik payu dara terbesar kini kritikal

GAMBAR menunjukkan Sheyla Hershey yang memiliki payu dara terbesar di dunia.

HOUSTON, Texas - Seorang model berumur 28 tahun, Sheyla Hershey yang memiliki payu dara terbesar dunia kelmarin berada dalam keadaan kritikal, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang juga seorang ibu berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan payu daranya yang terbaru di sebuah hospital.

Sheyla yang berketurunan Brazil tetapi tinggal di sini menjalani pembedahan itu kerana mengalami jangkitan akibat pembedahan tambahan terbaru payu daranya pada bulan lalu.

Doktor-doktor melakukan pembedahan itu pada pagi kelmarin untuk mengeluarkan implan payu dara.

Setakat ini, model itu telah menjalani 30 pembedahan.

Sebelum ini, Sheyla pernah berkata, dia demam dan berasa sakit serta tidak dapat bernafas dengan sempurna selain terpaksa baring di atas katil setiap hari.

Menurut laman web model itu, dia boleh berbahasa Portugal, Sepanyol, Itali dan Inggeris. - Agensi

Sumber; Kosmo

Ayu; manusia memang tak pernah puas dengan apa yang ada. Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan seseorang itu dengan cukup sempurna....Maka, bersyukurlah dengan segala kurnian Allah SWT, dengan memanfaatkan pemberiannya ke jalan yang diredhai oleh-Nya...

7 comments:

  1. nak modified mende alah tu buat apa..kan dah tanggung seksa

    ReplyDelete
  2. pandai buat pandaila tanggung..huhu~

    ReplyDelete
  3. macam2 la dorang ni.. mengubah ciptaan Tuhan dapat la hasinya.. huhu

    ReplyDelete
  4. tgk saiznya pun dah seram.
    manusia mmg tak pernah puas kn!

    ReplyDelete
  5. Buat susah susah saja. Kalau buat baju kurung, kan dah tak cukup 4m kain.

    ReplyDelete
  6. hah kan dah susah..tu la..

    betui kata tun teja, tak cukup 4meter hehe

    ReplyDelete
  7. aduh..kesiannyer..
    nak kasi cantik..tapi sakit pulak.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails