Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Friday, July 2, 2010

Tazkirah Jumaat - Terdetik kerana sebiji tembikai


gambar google
Pada suatu hari, seorg ahli sufi yang mahsyur bernama Syaqiq Al-Balkhi , telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pncipta buah tembikai itu?"

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata2nya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri drpd barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini, engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah si isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

p/s; syukurilah atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

3 comments:

  1. bagus entry ni.. insaf rasenye.. sllu kite mmg gitu la kan...

    ReplyDelete
  2. insaf... insaf.... betullah, kita selalu menyalahkan penjual saja..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails