Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Friday, July 2, 2010

Pistol tepat pada muka

PECAH...cermin  kereta BMW yang dipandu Puteri Lily  dipecahkan dua penjenayah sebelum merompaknya, tengah hari semalam.

SUBANG JAYA: “Saya tergamam sebaik perompak itu mengacukan pistol tepat ke wajah saya,” kata Puteri Lily, 21, isteri pelakon dan pengarah filem terkemuka, Aziz M Osman, yang menjadi mangsa rompakan dua lelaki bermotosikal.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, Puteri Lily memandu BMW model Z4 mengekori suaminya, Aziz, 48, yang ketika itu memandu Nissan Serena melalui Jalan Lapangan Terbang Subang menuju pejabatnya di Kota Damansara, dekat sini.

Lily atau nama sebenarnya Puteri Salbainun Lokman berkata, ketika berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, dua lelaki bermotosikal menghampiri keretanya sebelum seorang daripada mereka memecahkan cermin tingkap di tempat duduk penumpang.

“Selepas itu, seorang daripada mereka mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukannya ke arah saya. Dia kemudian merampas beg tangan yang saya letakkan di atas tempat duduk penumpang hadapan sebelum memecut motosikal untuk melarikan diri,” kata model dan pelakon berkenaan.

Lily berkata, dia gagal mengecam wajah dua penjenayah terbabit kerana mereka memakai topi keledar berpenutup muka penuh selain turut memakai baju lengan panjang.

“Apa yang saya tahu, mereka turut membawa senjata lain dipercayai pedang samurai yang disembunyikan di belakang baju. Saya menyedari kewujudan senjata itu selepas seorang daripada lelaki itu membongkok untuk mengambil beg tangan,” kata mangsa yang membuat laporan di Balai Polis Subang, sejurus selepas kejadian.

Sementara itu, Aziz yang turut berada di lokasi kejadian berkata, dia ketika itu baru mengambil kenderaan MPV Nissan Serena dan memandu di hadapan kereta isterinya.

“Saya hanya mengetahui apa yang berlaku sebaik memandang cermin pandang belakang dan melihat dua lelaki melarikan beg tangan Lily.

“Kejadian berlaku terlalu pantas dan saya tak sempat mengecam jenis dan nombor pendaftaran motosikal terbabit. Namun telefon bimbit Lily tidak dilarikan dan ia digunakan untuk menghubungi saya,” katanya.

Aziz bagaimanapun bersyukur kerana isterinya tidak dicederakan.

Sumber: MyMetro

Ayu; bahaya ada di mana2, walaupun mungkin kereta anda telah berkunci,..so berhati2...semoga Allah sentiasa melindungi kita walau di mana jua kita berada..Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails