Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Monday, March 2, 2009

Pentanque

Pentanque merupakan sejenis permainan tradisional Perancis telah diperkenalkan pada tahun 1907. Permainan ini menggunakan bola besi digolek/dibaling boleh dimainkan oleh semua peringkat umur wanita dan lelaki dan di mana sahaja ada tempat lapang.

Permainan ini dimain secara single, double atau triple. Permainan yang melibatkan seora
ng lawan seorang akan diberi tiga biji bola besi masing-masing. Setiap balingan bola besi perlu mensasarkan / menghampiri ke arah bola kecil "jack". Mata akan dikira bagi bola besi yang menghampiri "jack" berbanding bola besi pihak lawan.

Walaupun permainan ini sudah lama diperkenalkan, tapi saya baru mengenali permainan ini. Itu pun kerana saya ingin menyertai "PESAYA" (Sukan Antara Yayasan) ke-8 di Perlis pada tahun 2005. Walaupun pertama kali Yayasan Johor menyertainya, namun berjaya mendapat tempat pertama (Johan bersama Terengganu) kategori perempuan.




Pasukan Pentanque Yayasan Johor 2005


"Johan bersama Terengganu" kerana kami kesuntukan masa untuk pergi ke "final". Tiada pertandingan di peringkat akhir. Yayasan Johor dan Terengganu bersetuju untuk berkongsi tempat pertama. Maka, tempat kedua tiada. Permainan ini tiada had masa yang ditetapkan, asalkan pemenang mencapai mata yang dikehendaki yang biasanya perlu mendapat 13 mata. Sebab itu lah, kadang-kadang ia mengambil masa yang
lama untuk satu-satu perlawanan.

Apa macam? Ada gaya tak?



Sedang melihat bola besi siapa yang paling dekat dengan "jack"

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails