Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Thursday, March 12, 2009

Rombongan ke KL


Minggu lepas, anak sulong saya bagi surat dari cikgu dia. Katanya surat untuk pergi KL. Bukan main teruja lagi, ada ke patut saya tengah drive, di tunjukkan surat tu depan muka saya, nak suruh baca la konon. Tak pasal-pasal kena marah.

Dua tahun lepas Tadika Hikmah YPJ buat rombongan ke KL juga, lokasi; Eye on Malaysia, Aquaria KLCC & Zoo Negara. Jadi kali ni pun abang berharap dapat pergi lagi. Saya & suami apa lagi ugut la dia, kalau nak pergi, tiap-tiap malam kena rajin mengaji & lepas tu baca buku. Itu je la umpan dia, kalau dia malas........tak payah pergi KL. Jadual rombongan bulan April ni.

Tengok lah ni, masa rombongan 2 tahun lepas. Mak Uda dia pun ada sama.



Ngeri juga naik ni beb.......


Abang Hadif di hadapan Eye on Malaysia


Pemandangan waktu malam

Eye on Malaysia dibuka sempena Tahun Melawat malaysia 2007, dirasmikan oleh PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 6 Januari 2007. Ditempatkan di Taman Tasik Titiwangsa KL. Mempunyai ketinggi 60 meter. Tinggi tu... bayangkan kalau anda di gondala paling atas sekali....tiba-tiba terberhenti...... seram sejuk jugak kan.... , juga mempunyai 42 gondola. Sekarang ni dah dipindahkan ke Melaka bermula 8 November 2008.



Ikan pari....besar tu.



Di Aquaria KLCC


Macam tak de perasaan je, pegang burung kakak tua tu...




Hati-hati, nanti singa tu ngaam....


Hadif tu takut kat unta ke?



Cantik tak burung ni?


1 comment:

  1. Bulan April la plak ek...xdapat r join...ade exam... Hahaa...perasan je...xde sape pun ajak padahal... Umpan je c Hadif 2 Along, suh blaja, wat keje skolah... Ape2 pun, slamat bersuka ria~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails