Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Monday, March 16, 2009

Patutkah menerima pemberian orang?

Apabila anda ditanya "Awak nak ke barang ni?". Jawapan yang biasa kita dengar, apatah lagi kalau barang itu bernilai dan berguna, pasti anda menjawab "Kalau orang nak bagi, saya ambil lah"...

Tapi, tidakkah anda terfikir adakah anda berhak untuk memiliki barang itu? Tanpa anda selidik, anda menerima & menggunakannya kerana anda fikir barang itu berfaedah buat anda.

Saya cadangkan kepada anda agar berfikirlah duhulu sebelum menerima pemberian orang. Mungkin sepatutnya barang itu tidak menjadi milik anda tetapi merupakan hak orang yang lebih berhak.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu berfikir halal atau haramnya barang itu.
Walau bagaimanapun, Islam menggalakkan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk bagi meringankan beban yang ditanggung lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

Mereka yang memberi perlulah ikhlas, begitu juga sebaliknya orang yang menerima pemberian perlu ikhlas menerima dengan senyuman dan ucapan terima kasih.

Namun biarlah kita menjadi orang yang memberi daripada yang menerima, kerana tangan di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails