Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Thursday, March 19, 2009

KLKM tu ape?

Gambar ini dirakam semasa zaman muda-muda di UUM. Di sana setiap pelajar wajib mengikuti aktiviti ko-kurikulum selama 4 semester sebagai syarat untuk tamat program ijazah sarjana muda.

Saya di sana telah memilih mengikuti Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM). Sebabnya, saya memang minat aktiviti lasak ni. Cuma bila da meningkat usia ni, tak larat la pulak nak buat aktiviti lasak.

Untuk makluman, Pengakap Kelana Siswa ini merupakan pergerakan yang berbeza daripada Pengakap Remaja dan Kanak-kanak kerana pada peringkat ini ahli Pengakap akan diberi pendedahan sebagai seorang pemimpin. Pengakap Kelana Siswa hanya ditubuhkan di institusi-institusi pengajian tinggi yang bernaung di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia. Pada peringkat ini ahli-ahli hendaklah mempraktikkan Persetiaan Pengakap, Undang-undang Pengakap dan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dengan tugas-tugas yang lebih meluas lagi.

Kita orang kena hadiri kursus kepimpinan manik kayu 1 hingga 4 bagi melayakkan pentauliahan sijil pemimpin. Aktiviti ini melibatkan perkhemahan, pengembaraan, membuat gajed, malam kebudayaan dll.

Bila dikenang-kenang, rindu pulak zaman belajar kan??? Tapi masa yang berlalu tak akan berulang lagi.


Kursus manik kayu 3 di hutan Sintok UUM



Jangan tak caya, dalam hutan pun ada kuali tau...


Menara ni saya la yang buat....tak caya ke???????????

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails