Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Thursday, April 26, 2012

Berlangsungnya PESAS 2012

Assalamualaikum,
Sambungan PESAS (Pesta Sukan Antara Staf) 2012 lagi...  PESAS kali ini terdiri dari 4 kumpulan yg bertanding iaitu: ITP, KP&KIJ, KK dan KPMS&IH. Berlansung di Kompleks Belia dan Sukan Johor.

Pembuka tirai PESAS bermula pada Jumaat 13 April bagi perlawanan bowling di Danga City Mall. Aku sempat juga datang memberi sokongan kat mereka. Cuma yg sedihnya, pasukan bowling perempuan ITP merasakan seolah-olah tlh dianak tirikan oleh pihak urusetia. Apa tidaknya, team yg terdiri 4 org ini telah dipecah2kan mengikut lane pasukan pihak lawan. Keadaan ini telah menjatuhkan semangat para pemain.  Diharap pihak pengajur di masa akan datang lebih prihatin & bersikap lebih adil. Jgn fikir nak menyenangkan kerja sahaja. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku sekiranya pihak urusetia mengambil langkah lebih awal. 

Pasukan bowling lelaki ITP (dalam kumpulan), mujur tidak dipecahkan
sebagaimana pasukan perempuan ITP.


Keesokannya, Sabtu 14 April,  aku terlibat utk perlawanan bola jaring. Kami kalah dengan KP&KIJ, dan menang dengan KK dan KPMS&IH.  Malang tidak berbau, Masuk perlawanan ke-2 aku telah mengalami masalah lutut, dan tidak dapat meneruskan perlawanan membantu rakan2 yg lain. Pada masa itu, aku mula fikir, esok mcm mana? Dpt tak aku bermain utk futsal?...Haaa....sedih, sebab training beriya2, akhirnya tak dapat nak main. Aku cuma berserah saje. Kalau andainya tak dpt main futsal, nak buat cam ne. Apa2 pun, alhamdulillah, ITP walaupun tak juara, tp dpt tempat ke-2 bg acara bola jaring. (Tidak mencapai sasaran-JUARA)

 
1st game - ITP bertemu dengan KP&KIJ. Kalah 5-3.

Ini pula pasukan bola tampar perempuan.

Hari ke-3, Ahad 15 April, pagi perlawanan futsal lelaki dan perempuan.  Ternyata aku tak dapat turut serta bermain. Lutut aku semakin bengkak & amat sakit.  Memang tak boleh berlari. Namun terima kasih pd Kak Hanim yang menggantikan tempat aku. Walau bagaimanapun, aku turun juga utk memberi sokongan kepda rakan2. Dan tahniah kepada pasukan futsal perempuan kerana berjaya juga memperolehi tempat ke-2 setelah melalui persaingan yang sengit.

Srikandi futsal.

Kumpulan perbarisan ITP (biru)

Tahniah juga kpd kontinjen perbarisan kerana mendapat tempat pertama. Siap ade pemegang sepanduk & 2 maskot. Ko org semua memang best , walaupun keseluruhan kita jatuh no-3. Takpe..sukan akan dtg kita cuba dptkan no-1. Insyaallah.

2 maskot ITP. 

2 comments:

  1. Kalau tak kerana markah perarakan ni, agak2 kita dapat no brp keseluruhan?? Nasib baik ada dua hero tukan, hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni semua idea dia org kak yus........mmg semangat dia org tu...mmg terbaek...

      Delete

Related Posts with Thumbnails