Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Thursday, May 3, 2012

Selepas PESAS 2012

Assalamualaikum,
Citer selepas PESAS 2012.......Kecederaan lutut aku semakin teruk. Aku hanya pergi ke klinik selepas 3 hari PESAS berakhir. Itu pun sebab tidak dapat menahan sakit. Ingatkan bole la dapat mc 2 hari, Khamis dan Jumaat. Malangnya 1 mc pun tak dapat. Diberinya aku ubat sendi perlu dimakan 2 bulan, ader juga ubat urat saraf dan tahan sakit. 

Ubat dari klinik


Selepas 5 hari makan ubat, sakit masih tak kurang. Cikgu hassan cadangkan pergi dukun patah. Dukun patah nie katanya glamour kat JB nie. Sblm nie  cikgu hassan pernah bawa anak aku yg sulung ubat jari dia yg bengkak akibat jatuh kat bilik air,...memang ramai org,cikgu hassan cakap.

Isnin 23 april, aku cuti lagi. Ptg barulah aku ngan cikgu hassan ke dukun patah di Ungku Mohsin JB. Sampai da pukul 5 ptg. Nampak mcm ramai org.  Ambik2 giliran dpt no.38....Alamak...dlm kepala fikir sempat ke nie, nak ambik lagi anak2 dr taska sblm 7 ptg.  

Akhirnya kami tunggu dan lihat.  Rupanya no giliran skrg baru 16. Percaya @ tidak, giliran aku dipanggil jam 6 ptg. Bermakna 1 jam je aku menunggu.  Punye la cepat. Apa taknye, purata dia mengubat seorg pesakit dalam anggaran tak sampai 5 minit.

Tiba giliran aku, aku ckp dua2 lutut aku sakit sebab bersukan. Dalam dia dok tanya2 kat aku sambil pegang lutut aku, terus je dia rentap kaki aku. Apa lagi menjeritla aku...'keletup'...lebih kurang la bunyi lutut aku tu.  Huhuhu...sakit giler masa dia rentap.  Tapi alhamdulillah, sakitnya berkurang. Khamis naik kerja, da boleh da sikit2 naik turun tangga. Nak tahu tak berapa harga yg kena aku bayar?...Untuk 1 lutut RM40, so 2 lutut RM80. 

Aku sempat gak ambik video di sekitar tempat dukun nie...dia tak la eksklusif mana pun, kat bawah kolong je..hehe, aku pun mcm tak caya je tempat nie. Ko org bila tgk video nie, jgn fikir yg bukan2 pulak ye. Yg pakai singlet hitam tu org yg sediakan ubat, yg akan dibalut di tempat yg sakit.  Perempuan cina tu pembantu dia utk urusan pembayaran. Dan terdapat beberapa orang sedang menunggu utk dirawat.

video

Oklah...ini semua adalah kenangan PESAS 2012. Jika dipanjangkan umur jumpa lah PESAS tahun depan.  Amin..
Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails