Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Monday, June 28, 2010

Cuti-cuti 2010 (bhg akhir)

Salam semua...seperti yg aku janjikan, nie aku nak n3 kan pasal tempat2 yg sempat aku sefamili pergi masa cuti di Kuala Terengganu....

Nie dia, tempat wajib pergi bila sampai Kuala Terengganu. Aku percaya org ganu sendiri pun ada yg lum sampai kat sini.....Pulau Wan Man....Taman Tamadun Islam. Kita org sampai sini lebih kurang kul 10 pg, 15 Jun lepas.



Sampai2 je terus bergambar.



Di hadapan pintu masuk Taman Monumen

Nak masuk Taman Monumen ni, bukan free, ha....biasala kena bayar...boleh tahan juga harga dia. Utk dewasa sekali masuk RM15.00 & kanak2 RM8.00.
Selesai buat bayaran, kami diberi passport. Passport ni sebagai bukti anda pernah mengunjungi taman ini dan boleh digunakan utk 3 kali lawatan dalam tempoh 1 tahun...(so, kalau rasa2 nak dtg lg ke sini passport ni jgn hilangkan la ye..), boleh la naik tram secara bercuma.



Tak lupa juga dpt baucer makan RM3.00/passport di cafe dlm taman nie aje.

Kalau da masuk dlm taman monumen ini, kita diberi pilihan, sama ada berjalan kaki atau menggunakan perkhidmatan yg disediakan berserta bayaran...kalau jalan kaki, F.O.C...hehe...tapi penat gak la nak berjalan.

Aku sekeluarga pilih naik buggy....tak larat nak heret anak2, lagi2 si kecik, Zahwah.






Perkhidmatan berbasikal yg disediakan.




Di hadapan Monumen Taj Mahal, Agra, India
(Maharaja Mughal ke-5, Shah Jahan telah membina Istana Taj Mahal bagi mengenang kisah cinta abadinya terhadap isterinya, Mumtaz Mahal)



Di hadapan Monumen Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin
Untuk monumen ini, pelawat dibenarkan masuk ke dalam.
(Dibina pada tahun 692 M, di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik Ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalnan Nabi Muhammmad SAW untuk bertemu Allah SWT)



Monumen Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam
(Masjid ini diberinama bersempena nama Sultan Brunei ke-28 & dibina pada tahun 1958. Ia direka oleh seorg arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini adalah binaan tertinggi di Brunei)


Monumen Pattani Central Mosque, Thailand
(Dibina pada tahun 1954 semasa pentadbiran Fil Marsyal Sarit. Masjid ini menyerupai rekabentuk Taj Mahal. Ia merupakan tumpuan utama penduduk Islam Thai dan menjadi pusat untuk upacara keagamaan)



Monumen Kudus Minar, Central Java, Indonesia
(Dibina pada tahun 1549, oleh Sunan Kudus (Ja'far Shodiq). Rekabentuk masjid ini bercirikan campuran Hindu & Jawa. Paling ketara adalah menaranya yg berbentuk seperti Chandi yg biasanya ditemui di kawasan kuil Hindu)



Monumen Suleyman Mosque, Turkey
(Masjid ini dibina pada tahun 1557 M, di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, skolah perubatan, hospotal, kedai, penjara & tempat penyimpanan senjata)



Monumen Great Mosque of Agadez, Niger
(Masjid yang diperbuat daripada tanah yang dikeringkan dibina pada abad ke 16 pada zaman kegemilangan Agadez. Ia mempunyai menara berbentuk piramid dengan 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya)



Lain2 monumen yg sempat dirakam;
Gambar atar dr kiri; Kalyan Minaret (Uzbekistan), Great Mosque of Samarra (Iraq)
& Xian Mosque (China)

Gambar bawah dr kiri; Mosque of Mohamed Ali (Egypt), Kul Sharif Mosque, Kazan (Russia)



Di hadapan Masjid Kristal.

Lain2 tempat yg kita orang pergi; Pantai batu buruk & pasar payang...
namun bagi anak2 aku nie,...dia org bukan seronok pun gi pulau wan man tu...ye la...x berapa sesuai utk budak2...bukan nya dia org faham pun..

Mujur la ade sesuatu yg menarik minat dia org bila sampai kat pantai batu buruk nie...

Keseronokan anak2ku di pantai batu buruk...


Ayu; sekali sekali berjalan memang menyeronokkan walaupun ia meletihkan...dlm kepala ni da plan lak cuti akan datang...nak ke mana yek?....ade yg nak bg cadangan?..hehe


14 comments:

  1. kita tak pernah sampai sini lagi.
    bila la aku nak g holiday ni?

    ReplyDelete
  2. terengganu mmg best..kite pnh smpi taman tamdun islam nih tapi x sempat nk tgk monumen sumer tu sbb mase tu x bukak lg... ermmm.. langkawi best jugak..sabah pon best...

    ReplyDelete
  3. bestnye...bila dapat ke sini...last ke Terengganu tahun 2003...lps ni kena kumpul duit ni...nk ke sini...

    ReplyDelete
  4. ain belum pernah sampai sini walaupun duk ganu.......

    hehehe.....

    kalau ada masa nak gi jugak nanti....

    thanks bagi info ya ayu....

    ReplyDelete
  5. cantik semua gambar2 tu..

    syoknyer p jalan2 kan!..

    ReplyDelete
  6. nice blog, nice entry, nice pics..syok nye dapat gi jalan-jalan. :-)

    ReplyDelete
  7. syida; kalau lum sampai..kena gi tu..bila2 je bole gi..hehe

    ReplyDelete
  8. Isma; semua tempat kat malaysia nie memang best..cuma lum berpeluang je nak gi

    ReplyDelete
  9. erin;...satu lagi kita ni kalau nak jln gi ikut pesaya..hehe

    ReplyDelete
  10. Ain, ayu da agak da...ade org ganu yg lum gi nie..tak pe..pelan2

    ReplyDelete
  11. Ena; memang syok gi jln2....kalau dpt nak gi selalu je..x kira la kat ne pun x semestinya t'ganu..hehe..memang kaki jalan.

    ReplyDelete
  12. tun teja; tq..singgah sini..selalu la singgah ye..

    ReplyDelete
  13. owhh baru ni yan tahu.. ade semua masjid ni kat sane.. kesian tul...
    tingin pulak nak kesana..
    Insya Allah tahun ni nak ke kelantan.. ngantar pengantin (adik nak kawin).. tp taktaula dpt singgah sini tak..

    ReplyDelete
  14. bestkan p pulau wan.pernah g sekali..nanti nak p lagi..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails