Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Tuesday, December 1, 2009

Ahli keluarga baru

Tarikh 7 Nov 2009 (Sabtu), hari yg ditunggu telah tiba. Namun tiada tanda2 yang menunjukkan aku akan bersalin. Hari sebelumnya, aku dan suami dah siap sedia hantar anak2 balik kampung. Pulak tu hari Jumaat, keluarga aku buat kenduri selamat kerana mak dan ayah aku akan menunaikan haji tahun ini. Dan, dijangka akan berangkat pada 10 Nov 2009. Malam tu juga kita org dapat berita, ain (adik ipar), terpaksa bersalin melalui pembebahan di HSI, sebabnye baby dia da berak dan makan najis. Alhamdulillah segalanye selamat.

Keesokan harinya, aku dan suami bergerak dr Tenggaroh ke hospital. Dan kita org ambil keputusan untu ke HSA. Almaklumla da ade kes kencing manis, apa2 hal senang. Sebelum sampai hospital tu, sempat pulak kita orang melantak KFC dengan penuh nikmat dan tenteramnye...hehe..budak2 bedua tu tak de la katakan...

Sampai ke hospital terus ke bilik saringan. Masa tu jalan da buka 2cm. Aku confident, aku akan dapat wad kelas satu guna GL laki aku. Rupa2nye GL laki aku tak laku la pulak sebab belum sah jawatan... menangis...meraung aku kat hospital kena gi wad kelas 3....minta wad kelas 2, misi tu ckp kelas 1 & 2 sama je, yg beza cuma makan sedap sikit. Aku tak dpt bayangkan ...da la bilik air jauh, nun di hujung sana, pulak tu cuma ade 1 bilik mandi, 1 tandas duduk & 1 tandas cangkung..utk dikongsi lebih dari 30 orang. Aku punye katil pulak kat tengah2, mengadap org masuk lalu lalang...nie kalau nak tido pun tak selesa...

Tapi aku cukup berterima kasih kat suami aku kerana memahami keadaan aku dan dia berusaha tukarkan aku kat wad kelas 1. Bila ditanya bayarannya 1 malam RM50. Pada aku ok la tu, aku tak minta pun ditempatkan di hospital pakar, cuma biar la selesa, bukannye nak selesa sangat, tapi bukanlah yang menyusahkan sangat mcm kelas 3 tu. Aku rasa, walaupun wad kelas 3 tu, bayarannye murah, tapi sepatutnye kemudahan/keselesaan untuk pesakit perlu la diambil kira. Jam 9mlm baru la urusan pindah wad selesai.

Ahad pagi jam 6, aku diberi ubat, dan jam 1 tgh, doktor cek, bukaan masih 2cm. Sepanjang petang sampai ke magrib, aku takla sakit sangat, cuma rasa baby mengeras sekali sekala 20-30 minit sekali. Jam 9 mlm doktor cek lagi, dan bukaan da 5cm, dan aku terus dimasukkan ke wad bersalin. Alhamdulillah, aku selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.8kg, jam 1.32 pagi (isnin). Bayi ini diberi nama Hadifah Zahwah. Disebabkan aku ade kencing manis, jadi, bayi aku kena masuk wad lain untuk ujian kencing manis. Alhamdulillah, lps tgh husband bagi tahu, bayi tak de masalah. Dan, kita org boleh keluar hari ni juga.

Syukur juga, sempat la mak dan ayah aku melihat Zahwah sebelum mereka berangkat ke tanah suci esok hari. So hujung tahun ni, 2 org la org baru dalam keluarga kami. Wah,...tahun depan nampaknye bertambah sorang lagi....anak angah...syukur2.

Gambar Hadifah Zahwah Binti Hassan.





asyik mengamuk je nak tido, ha..masukkan aje kat buai


5 comments:

  1. tahniah kak ayu...
    bc pengalaman akak teringat pengalaman saya pulak!
    erm...doakan saya kak...nak tambah pengalaman bersalin ni...

    ReplyDelete
  2. Maz, Insya Allah, kalau ade rezeki tak ke mana.

    ReplyDelete
  3. bersalin dimana pun sama juga sakitnya tak kira duduk wad 1 atau wad 3. Duduk di wad satu lagi menakutkan apabila tiada kawan sedangkan di wad tiga ramai kawan, malam-malam taklah takut sangat

    ReplyDelete
  4. wad 1 hsa tak sama wad 1 dengan hospital swasta. wad 1 hsa sebilik 4 org. memang sakit tu sama, tapi sekurang2nye selesa dan tak menyusahkan kita lebih2 lagi sebaik lepas bersalin...tak la perlu menapak jauh2 utk ke bilik air..nak minta tolong misi kat situ, ah..jauh sekali. kadang2 misi ni pilih org jugak nak melayan kita. bila dia tahu kita kerja bagus, baru la nak layan baik walaupun duk wad 3. sepatutnye tak kira la ko wad 1 ke, 2 ke atau 3, manusia tetap manusia..layan la elok2. itu pengalam saya kali ini. tapi tak semua misi cam tukan...

    ReplyDelete
  5. cute la zahwah... geram! mudah2an pengalaman akan dtg lebih manis.. yg pntg semua selamat..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails