Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Monday, October 26, 2009

7 Nov 2009

Tarikh yang ditunggu dengan penuh debaran. Walaupun, telah melalui pengalaman bersalin dua kali, namun perasaan takut untuk menghadapi situasi itu nanti tetap ade. Almaklumlah lain anak, lain pula pengalamannya, susah ke atau senang, hanya Allah SWT sahaja yg tahu.
Apatah lagi mengandung kali ini, aku disahkan ade kencing manis pula. Kalau sehingga tarikh tersebut, masih belum bersalin lagi, maka kenalah masuk wad pada 7 Nov nanti.

Pengalaman anak pertama, aku disahkan dapat darah tinggi, so kenalah bersalin awal dari tarikh yang dijangka.

Aku sentiasa berdoa, agar Allah SWT mempermudahkan proses kelahiran kali ini dan semoga semuanya selamat.

Kepada rakan-rakan dan sesiapa yang membaca blog ini, doakanlah agar segala-galanya berjalan lancar dan selamat hendaknya. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails