Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Tuesday, June 9, 2009

Taman Negara Endau-Rompin

Kali ni aku ambil kesempatan untuk uploud gambar bagi pihak husband aku. Pada 30 Mei - 1 Jun 2009, en hassan kita bersama beberapa orang guru yang lain (Sek. Men Gelang Patah) telah membawa lebih kurang 60 pelajar ke ekspedisi Taman Negara Endau-Rompin.

Untuk pengetahuan ko orang, yang bukan orang Johor la, ada 2 pi
ntu masuk ke taman negara ni. Ko orang boleh masuk sama ada ikut jalan Kluang-Kahang-Mersing iaitu ke Kg Peta atau ikut Segamat melalui Bekok ke Kg Selai. Kat sini aku sertakan peta untuk memudahkan gambaran ko orang.


Kalau melalui Kahang untuk masuk menuju ke Kg Peta lebih kurang 55 - 60 km. Tapi untuk pengetahuan ko orang bas tak boleh lalu ye jalan tu...sebab jalan tanah merah dan tidak rata. Ekspedisi en. hassan kita tersangkut kat Kahang sebab dia orang ingat boleh masuk dengan bas. Apa lagi en. hassan kita pun call dia punya father-in-law (ayah aku le..) tanya kalau2 ade kawan yang ada lori. Mujur dapat 2 buah lori (lori buah kelapa sawit agaknye... le..), barula dapat masuk. Ini adalah sebahagian gambar-gambar yang dapat en. hassan rakam.






Bila tengok gambar2 ni teringat lah pulak. Aku pun pernah gak pergi ke Taman Negara Endau-Rompin. Masa tu pergi ngan en. hassan & staf YPJ. Masa tu en. hassan masih join KP lagi. Tapi kita orang pergi melalui Bekok ke Kg. Selai. Dari Bekok lebih kurang 26 km ke Selai. Masa tu tahun 2004. Aku pulak baru beberapa bulan habis pantang first baby. Minat punya pasal nak juga pergi. Baby tinggalkan kat kampung. Seronok memang seronok. Kalau ade peluang, nak pergi lagi. Tapi agak2 larat lagi ke yek? Ini la gambar masa 5 tahun yg lepas.






4 comments:

  1. dh 2 kali masuk taman negara ni...sekali tu pernah duduk seminggu...mmg best...siap jd org asli kat situ lg...hehe

    ReplyDelete
  2. SALAM BRO...LYN NAK BUAT TRIP P SINI CAMNA YEK...ADA NO CONTACT TAK...N BERAPA YEK TOTAL PAYMENT YG U ALL BUAT

    ReplyDelete
  3. sory lupa nak inform...ikot kampung peta
    bab kami nak p tasik biru n buaya sangkut

    ReplyDelete
  4. hai lin, my husband cuma sampai tasik biru saje tak sampai pun buaya sangkut. ko kalau nak gi buaya sangkut kena ada orang pandu. Lebih baik dapatkan maklumat dr perbadanan taman negara johor. Tel: 07-2237471 / 07-2242525

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails