Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Sunday, June 7, 2009

Perompak mengamuk

Minggu lepas kebanyakan staf KP gi pesaya, disebabkan aku tak dpt pegi, so aku ambil cuti seminggu balik kampung kat Mersing. Kononnya nak menenangkan fikiran tapi lain pulak jadinya. Nak tahu kenapa???? beberapa minggu yg lepas perompak entah mana-mana mengamuk, Habis rumah orang kampung di masuknya.

Kampung aku nie kat Tenggaroh 1. Tapi bukan Tgh 1 je dia sapu, Tgh lain pun sama. Pernah la mak aku cakap satu malam dia orang dok merompak 7 buah rumah sekali. So, bila tiba malam je,, nak tido pun tak lena..... takut beb....masing-masing bawa parang panjang. Pak cik-pak cik kat sana pun dah buat rondaan start kul 1.00 pg - 5.00 pg.

Faham2 la rumah kampung, kat belakang umah, mana ade jalan mcm kat kawasan perumahan ni. Yang kita dok meronda ikut jalan depan yg perompaknya pulak ikut belakang masuk semak-semak tu. Itu yg payah nak tangkap.

Maklumat pak cik-pak cik yg mana rumah dia orang da kena masuk, dia orang cakap, adelah dalam 4 orang, muka masing-masing tutup ngan kain nampak mata je, lagi satu bau dia orang.....masyaallah...busuknya mcm bau bangkai. Kata orang mungkin dia orang ni tengah menuntut buat kerja tu 40 malam, dalam tempoh tu mesti masuk 40 buah rumah dan dlm tempoh tu juga dia orang tak boleh mandi. Kau orang bayangkanlah kalau tak mandi lepas tu ikut pulak laluan semak-semak tu...tak ke bau bangkai badan dia orang tu. Kau orang pernah dengar tak setengah perompak ni ada ilmu dan sanggup menukarkan dirinya jadi babi supaya senang nak menyusup dan merompak. Ko orang tak percaya?

Malam Jumaat jam 3 ke 4 pagi adik aku ade dengar dia orang nak gegar pintu belakang umah kita orang. Tapi tak jadi masuk sebabnya dia orang perasan rumah tu ade alarm. Tapi malam tu memang aku tak dapat tido. ..asyik-asyik terjaga je... my husband pun sama. Sebelum tu, apa-apa barang bernilai kita orang da sembunyikan.

Aku harap cepat-cepat la perompak2 ni kena tangkap...risau beb....

1 comment:

  1. cam2 skrg ni...org mkin desparete nk hidup...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails