Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Wednesday, May 30, 2012

Apa ada dalam hidungnya?..

Assalamualaikum
Ini adalah kisah anakku Hadifah Zahwah & kisah ini telah berlaku beberapa minggu yang lepas. Alkisahnya balik dr IOI Mall, Kulai selepas menghadiri gathering sekolah lama, 5 mei lepas, lebih kurang jam 6.00 ptg, sesuatu telah berlaku kepada zahwah. Ada sesuatu dalam lubang hidungnya? apakah dia? dan bagaimana benda tu berada di situ?


Aku dan cikgu hassan sangat panik, apatah lagi Zahwah menangis kesakitan. Asalnya aku tak tahu apa yg ade dlm hidungnya, & cuba nak keluarkan dgn cara menekan hidungnya seakan2 menyuruh anak menghembuskan hingus.  Rupanya, tindakan aku semakin menyakitkan zahwah, dan dia semakin menjerit & menangis.


Lantas, aku minta handphone cikgu hassan sebab handphone dia je ade lampu.  Bila disuluh, aku nampak hijau2 & masih tak dpt mengenalpasti, apakah itu, begitu juga dgn cikgu hassan. Kami beberapa kali menyuruh zahwah menghembusnya, tp tak keluar juga. Akhirnya kami terpaksa ke hospital besar & agenda seterusnya utk ke danga city mall terpaksa dibatalkan. Sampai hampir ke jam 7 ptg. Faham2 je la, kami terpaksa menunggu lama sehinggalah jam hampir 10 malam, baru dapat jumpa doktor. Pd masa ini aku & anak2 yg lain x sanggup menunggu dan duduk sahaja dlm kereta, apatah lg baby Hawis pun mula merengek. 


Cikgu hassan sahaja yg menemankan zahwah. Sampai di bilik doktor, hanya dgn 5 kali hembusan, akhirnya, keluarlah benda tersebut dr lubang hidung zahwah.  Alhamdulillah doktor kata, tiada apa2 kecederaan dlm hidungnya... Cuma agak tension kerana terpaksa menunggu lama. Mungkin kalau kami tidak panik dan terus berusaha mengeluarkan dgn menyuruh zahwah menghembus beberapa kali, mungkin kami tak perlu menunggu begitu lama. Tapi tak pelah, seelok-eloknya kita serahkan kepada yg pakar. 


Inilah benda yang dimaksudkan.......Aku tak tahu dari mana zahwah dapat benda nie.  Tapi menurut kakak dia benda nie dia jumpa di tempat permainan IOI Mall, ader 2 biji. 1 biji lagi kakak dia dah buang. Hai..macam2 anak2 ku ini...


Sebiji manik berwarna hijau

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails