Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Sunday, August 1, 2010

HFMD pulak.....

Salam semua. Untuk makluman, 3 hari yg lepas, aku bercuti. Kalau ikutkan masa2 cuti nie sepatutnya byk la masa utk update blog...tp nampak gayanya, cutiku bukan untuk ber-ternet, tp kena jaga si kecik Zahwah. Dia x bole dihantar ke pengasuh spt biasa.

Emm.......sian anak aku yg sorg nie, baru je beberapa hari lepas baik dr demam, da kena pulak penyakit kaki tangan & mulut (HFMD). Alhamdulillah, setelah beberapa hari, zahwah beransur sihat, dan ruamnya pun semakin kering.

Ini adalah kali pertama, aku & en, hassan berhadapan dengan penyakit ini. Oleh itu, kami sgt2 berharap agar penyakit ini tidak berjangkit kepada abang dan kakaknya. Sebab penyakit ini amat mudah merebak, sama ada melalui sentuhan, atau cecair dr hidung / mulut atau cecair dr ruam pd tangan & kaki, begitu juga dengan najis pesakit.

Dan nampaknya sepanjang zahwah menghadapai penyakit ini, dia tidak la demam, dan selera makan pula, masih ada, masih boleh menyusu dan makan spt biasa, walaupun kurang sedikit... mungkin ruam pd mulut kurang berbanding pd kaki & tgnnya.

Doktor hanya beri zahwah ubat utk meredakan keradangan, antibiotik dan ubat sapu sahaja. Dan seperkara lg, mungkin selepas makan ubat, najis zahwah berubah warna seakan2 coklat kemerah merahan...ngeri juga aku tengok. Harap2 xde apa2 la kat si kecik nie.









Masih boleh tersenyum & bermain...alhamdulillah, moga zahwah
cepat sembuh.

Untuk maklumat lanjut tentang penyakit nie, korang bolehlah baca kat sini....SILA KLIK

3 comments:

Related Posts with Thumbnails