Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Friday, August 27, 2010

Abang long berpuasa...

Salam. Alhamdulillah hari ni da masuk puasa ke-17. Di kesempatan ini aku ucapkan selamat menghabiskan ibadah puasa dan selamat menyambut hari raya nanti.

Pada tahun ini adalah tahun ke-2 bagi anak sulungku berpuasa di usia 7 tahun. Sehingga ke hari nie da 4 hari dia monteng puasa. Hari petama sebab dia x bersahur, hari ke-2 x tahan godaan adik dia makan roti masa kat kampung minggu lepas, hari ke-4 & ke-5, dia minum air kawan dia kat sekolah. Katanya kawan dia yang bagi. Aku ngan en. hassan bukan main marah lagi kat dia...dah tahu puasa boleh la pulak minta air kawan dia...apa taknya haus, pasal berlari sana berlari sini kat sekolah....keesokan harinya selepas kena marah baru lah dia tak buat lagi. Aku siap ugut dia x nak bagi makan kalau dia minum lagi kat sekolah...bukan apa, budak2 nie kenalah di ajar dari kecik. Takut nanti sampai ke besar asyik cakap x tahan bila puasa...kalau boleh kena lah bagi sokongan kat dia untuk terus berpuasa sampai petang, bukan menggalakkan dia untuk berbuka bila tak tahan.... Semoga abang long akan tabah menghadapi ujian sepanjang puasa. Amin.

Buat kawan2 semua kalau nak balik ke kampung tu, hati2 la ya bila di jalan raya....akhir sekali selamat menyambut hari raya yang bakal menjelma, dan kalau ader tersalah silap dalam apa2 penulisanku, aku minta maaf banyak2...Semoga raya kali ini lebih bermakna buat anda sekelian..
wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails